BAB 15
KLIK!
Pintu utama Rumah Tok Aba yang terbuka menarik perhatian Abang Jo yang berada di ruang tamu bersama Tok Aba yang sedang nyenyak tidur.
"Aik? Ais? Duri? Kenapa kamu berdua balik awal ni?" Abang Jo mengerutkan dahinya apabila Ais dan Duri pulang terlalu awal.
"Nanti, kenapa baju kamu berdua kotor ni?! Ais, kenapa muka kamu lebam-lebam ni?!" sambung Abang Jo, dia semakin terkejut setelah melihat keadaan Ais dan Duri.
Ais mendiamkan dirinya dan ingin terus berjalan ke tingkat atas bersama Duri tetapi Abang Jo terus menghalang mereka berdua.
"Kamu berdua tak boleh naik ke atas sehingga salah satu daripada kamu beritahu apa yang jadi," kata Abang Jo dengan tegas.
Ais masih mendiamkan dirinya manakala Duri berada di dalam dilemma.
"Duri, apa yang jadi?" Abang Jo mengalihkan pandangannya kepada Duri.
"Ka.. Kami. Uhm.." Duri tergagap-gagap, matanya melirik ke arah Ais.
"Duri." Abang Jo bersuara lagi.
"Kami cuma jatuh longkang," celah Ais.
"Kalau jatuh longkang, takkan sampai kamu berdua jatuh serentak? Dan lebam-lebam ni, ini macam tak nampak kamu jatuh biasa-biasa." Abang Jo membalas membuatkan Ais terdiam.
"Adakah kamu bergaduh di sekolah?" soal Abang Jo lagi tetapi Ais tidak dapat menjawabnya.
Abang Jo mengeluh.
"Pergi mandi dulu. Dah siap nanti, datang ke abang. Biar abang rawat luka itu," kata Abang Jo.
"Okey," kata Duri manakala Ais sekadar menganggukkan kepalanya.
Ais dan Duri terus berjalan ke tingkat atas, meninggalkan Abang Jo.
Abang Jo menatap ke arah mereka berdua dengan perasaan risau. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Ais dan Duri.
"Patut ke aku beritahu Encik Amato?" fikir Abang Jo.
Beberapa jam kemudian, kelihatan Abang Jo merawat lebam-lebam di wajah Ais.
"Ada tempat lain yang sakit?" soal Abang Jo.
"Tiada," balas Ais, ringkas.
"Okey, kamu pergilah rehat. Kamu nak makan apa-apa?" soal Abang Jo sambil tangannya sibuk mengemas kapas-kapas yang berada di atas meja.
"Tak rasa lapar lagi." Ais menggelengkan kepalanya.
"Ha, yalah."
Ais terus bangun dan berjalan ke bilik, menarik perhatian Duri.
"Ais," tegur Duri.
"Hm?" Ais memandang ke arah Duri.
"Patut ke kita beritahu ayah dan ibu tentang laporan polis tu?" soal Duri.
".. Mungkin hujung minggu ini aku beritahu ayah dan ibu pasal ni. Ayah mesti sibuk sekarang ini," balas Ais.
"O.. Okey."
Ais terus baring di atas katilnya dan keluhan berat keluar daripada mulutnya.
TING!
Tiba-tiba notifikasi telefon milik Ais berbunyi, Ais mengambil telefonnya itu dan menekan notifikasi tersebut. Notifilasi itu terus membuka aplikasi mesej.
"Mesej?" Ais mengerutkan keningnya dan dia membaca mesej itu.

Mata Ais serta-merta membulat dikala dia membaca mesej itu. Ais menatap ke arah Duri seketika, kelihatan adiknya itu sedang membaca komik yang diberikan oleh Blaze. Ais kembali memandang ke arah skrin telefonnya, dia cuba untuk bersikap tenang walaupun dia terasa jantungnya sudah gugur setelah membaca mesej itu. Ais memeriksa nombor yang menghantar mesej itu, ianya nombor dia tidak kenali. Ais mengumpulkan segala perasaanya dan menaip.

Ais menunggu untuk si penghantar membalas mesejnya, matanya merenung skrin telefonnya dengan lama.
TING!

Si penghantar kembali membalas mesej Ais, lidah Ais rasa terbelit dan perutnya tidak rasa sedap setelah dia membaca mesej itu.
"Tak. Tak mungkin ini nombor dia. Aku dah block nombor dia selepas dia pindah," fikir Ais, perasaan takut menyelubungi dirinya.
Ais menaip dengan perasaan takut, dia menaip nama yang berada di dalam fikirannya sekarang ini.

Ais menunggu si penghantar membalas mesejnya kembali, jantung Ais berdegup kencang.
TING! TING! TING!

Bertalu-talu mesej dibalas oleh si penghantar.
KRASH!!
Tiba-tiba sesuatu memecahkan tingkap bilik Ais dan Duri menyebabkan pasangan kembar itu menjerit ketakutan.
"Apa jadi?!" Abang Jo menyerbu masuk ke dalam bilik berdua.
"A.. Ada orang buang batu!" jerit Duri sambil menunding ke arah batu sebesar penumbuk yang berada di atas lantai.
"Huh?! Tunggu di situ, abang pergi ambil penyapu!" Abang Jo cepat-cepat berlari untuk mengambil penyapu.
Ais yang dalam ketakutan menatap ke arah batu itu, air liurnya ditelan kasar. Dia perlahan-lahan mendekati batu itu dan mengambil kertas tersebut.
"Ais?" Duri kehairanan apabila Ais mendekati batu itu.
Ais membuka kertas itu dan matanya terbeliak apabila tulisan berwarna tertulis di atas kertas itu.
Aku akan sentiasa bersama dengan kau, Ais.
Ais cepat-cepat menggoyakkan kertas itu, dadanya berombak-ombak. Dia terasa badannya tidak dapat bernafas.
"Ais?" Duri mengerutkan keningnya apabila melihat tingkahlaku Ais itu.
"Ais, kenapa kamu ada di situ?! Ada kaca di situ!" Abang Jo yang memegang penyapu meluru ke arah Ais.
"Ahhhh!! Jangan dekat! Jangan dekat!" jerit Ais, dia terus menekup telinganya sendiri.
"Ais?!" Duri terkejut apabila Ais tiba-tiba menjerit.
"Ais?! Kenapa ni?! Ini Abang Jolah!" kata Abang Jo yang cuba untuk sentuh Ais.
"Jangan sentuh aku! Jangan sentuh! Maafkan aku!" raung Ais.
"Ais, Ais! Bawa bertenang, ini Abang Jo!" kata Abang Jo dengan lantang.
Ais tersentak daripada suara Abang Jo, matanya terus melirik ke arah Abang Jo.
"A... Abang Jo?"
Tiba-tiba air mata perlahan-lahan membasahi pipi Ais.
"Hei, hei. Apa jadi ni?" Abang Jo terus memeluk Ais.
Ais tidak dapat menjawab soalan Abang Jo dan terus meraung.
"Hei, hei. Shh. Abang Jo kat sini, Ais jangan risau." Abang Jo mengusap belakang Ais dan cuba menenangkan remaja itu.
[SWITCH]
Sementara itu, di Rumah Agam milik Megat Hanafi..2:30 petang..
BUK!
Fail setebal buku tulis dihempas dengan keras ke atas kepala Aryan yang berdiri diam di hadapan ayahnya.
"Kau buat apa kat sekolah tadi?" soal Megat Hanafi dengan suara dingin.
".. Belajar," balas Aryan.
"Hei, kau jangan tipu aku ya?! Kau buli budak lagi, kan?!" tengking Megat Hanafi membuatkan Aryan kembali terdiam.
"Sepanjang aku tak ada, mesti ada sahaja kau buat hal! Sikit-sikit menyusahkan aku! Sikit-sikit menyusahkan aku!"
BUK! BUK! BUK!
Fail yang dipegang oleh Megat Hanafi dihempas-hempas ke kepala Aryan berkali-kali dengan perasaan marah manakala anaknya, Aryan hanya mampu menunduk dan menahan marah.
"Kau dengar sini, kalau aku dengar lagi ada orang report pasal kau kat aku. Kau pula akan pindah dengan aku, faham?!" tengking Megat Hanafi.
".. Faham," balas Aryan dengan nada perlahan.
"Dah besar panjang pun perangai macam apa, dasar anak menyusahkan aku." Megat Hanafi gumam seorang diri sambil meninggalkan Aryan yang masih tercegat di ruang tamu.
Aryan menatap lantai dengan lama, perasaan marah menyelubunginya. Giginya diketapkan, tangannya digumpalkan menjadi penumbuk. Dia tahu dan yakin siapa yang laporkan hal ini kepada ayahnya.
"Ais, Duri. Siap kau."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top