BAB 13
Ais terkedu mendengar apa yang diceritakan oleh Duri. Dia tidak sangka yang hanya sebab seorang gadis, adik kembarnya menjadi mangsa. Tetapi kenapa dia terasa seperti perkara ini pernah berlaku sebelum ini? Ais menghiraukan perkara itu dahulu, sekarang dia perlu lakukan sesuatu.
"Esok, kita lapor kat pengetua. Okey?" pujuk Ais lalu dia mengelap air mata Duri.
Duri sekadar hanya mampu menganggukkan kepalanya, dia tidak mampu berkata apa-apa dan cuma mampu menangis kerana rasa terlampau sakit.
"Shh. Sabar ya?" Ais memujuk Duri dan memeluk adik kembarnya itu dengan erat.
Keesokan harinya, Ais pergi ke akademi bersama Duri. Ahli kumpulan Aryan berbisik dan mengejek dikala dua kembar itu menapak masuk ke dalam kelas. Ais yang melihat wajah-wajah mereka membuatkan dia berasa geram sangat dengan mereka tetapi dia tidak mampu buat apa-apa buat masa ini.
"Kita pergi waktu rehat nanti, okey?" bisik Ais.
"Okey," balas Duri.
Ais dan Duri duduk di tempat mereka, Ais memeriksa laci mejanya dan dia terkaku apabila dia perasan beberapa helai sampul surat di dalam laci mejanya itu.
"Ais? Kenapa tu?" tegur Duri.
"Huh? Tak ada apa-apa." Ais cepat-cepat sorokkan surat-surat tersebut lebih dalam lagi.
"Ha, akhirnya kau datang. Ais," tegur Aryan lalu dia duduk di atas meja Ais.
"Apa yang kau nak?" Ais merenung tajam ke arah Aryan.
"Aku cuma nak cakap, aku minta maaf pasal hari tu. Aku cuma tak sengaja," kata Aryan.
"Tak sengaja? Jaga mulut kau sikit, aku tahu apa yang kau buat kat Duri. Kau tak malu ke datang kat depan aku selepas apa yang kau buat kat dia?" kata Ais panjang lebar.
"Oh, nampaknya seseorang kaki report." Aryan terus menggenggam lengan Duri dengan sangat kuat menyebabkan dia mengerang kesakitan.
"Hei, berhenti! Tak cukup ke kau sakitkan dia?!" Ais terus berdiri dan cuba menghalang Aryan.
"Suka hati akulah aku nak buat apa, korang berdua cuma budak baru kat sini. Aku boleh buat apa sahaja kat korang," ejek Aryan.
"Baru atau tidak, kau dah melebih!" marah Ais.
"Hoho, takutnya. Dengar sini, jaga kembar kau ni elok-elok daripada dekat dengan Liyana. Kalau dia buat lagi, dengan kau sekali kena." Aryan memberi amaran sebelum menolak lengan Duri ke tepi.
"Hiks." Duri mengerang kesakitan, darah dan nanah membasahi lengan seragam putihnya.
"Huh?! Tidak, tidak." Ais mula cemas dan terus melipat lengan seragam Duri, Ais terkaku apabila kesan lecur pada Duri terbuka.
Ais cepat-cepat keluarkan ubat luka daripada begnya dan merawat luka lecur Duri itu.
"Sakit," rintih Duri.
"Tahan sikit, biar aku balut luka kau." Ais membalas lalu dia membalut luka Duri setelah selesai merawatnya.
"Jom kita tukar tempat," kata Ais.
"Hu..Huh?" Duri keliru.
"Kau duduk tempat aku dan aku duduk tempat kau, aku tak nak Aryan sentuh kau." Ais membalas.
Duri menganggukkan kepalanya dan mereka berdua menukar tempat, Ais dalam keadaan berjaya jika salah satu ahli kumpulan Aryan ingin cari pasal dengan dia atau Duri.
"Tolonglah waktu rehat datang dengan cepat," kata Ais di dalam hati.
[SWITCH]
Masa berlalu dengan pantas dan waktu rehat sudah tiba, kesemua pelajar meluru keluar daripada kelas masing-masing untuk ke kantin.
"Jom, Duri." Ais memimpin tangan bersama sebuah fail pada salah satu tangannya dan mereka berdua menuju ke pejabat sebelum seseorang menarik kolar seragam Ais daripada belakang.
"Ugh?!... Aryan." Wajah Ais berubah menyampah apabila dia menoleh ke belakang.
"Korang nak pergi mana, huh?" soal Aryan.
".. Pejabat," balas Ais.
"Buat apa? Kau nak report ya?" ugut Aryan.
"Mana ada. Ni, aku nak bagi dokumen kat pejabat. Ada dokumen yang tertinggal masa hari pertama datang. Kenapa? Nak ikut?" kata Ais, cuba memberi alasan.
"Ah, pergilah kau! Jangan lupa datang ke kantin, aku tunggu!" kata Aryan sebelum dia terus pergi.
Ais menghela nafas lega, dia bernasib baik yang sudah bersiap sedia. Sebenarnya fail di dalam tangannya hanya kosong semata-mata, dia lakukan itu untuk daripada Aryan mencurigai bahawa dia bakal laporkan tindakan kepada pemgetua.
"Jom cepat, Duri." Ais terus berlari anak ke pejabat bersama Duri.
Setibanya di dalam pejabat, Ais mendekati kerani yang menjaga pejabat itu.
"Maafkan saya? Pengetua ada di dalam?" soal Ais.
"Ada. Nak buat apa?" soal kerani itu pula dengan wajah dingin.
"Kami nak jumpa pengetua sekejap, kami ada hal nak bincangkan." Ais membalas.
Kerani itu memandang Ais dan Duri atas bawah sebelum mengambil ganggang telefon, mendial nombor seseorang.
"Helo, encik? Ni ada pelajar nak jumpa dengan encik.. Hm. Okey." Kerana itu meletakkan ganggang telefon setelah selesai.
"Masuk," kata kerani itu dengan ringkas sebelum dia kembali melakukan kerjanya.
"Terima kasih," ucap Ais lalu dia dan Duri terus menuju ke pejabat milik pengetua.
TOK! TOK! TOK!
Pintu diketuk oleh Ais.
"Masuk," sahut pengetua daripada dalam.
"Maaf menganggu," ucap Ais sambil menapak ke dalam pejabat bersama Duri.
"Hm, kamu berdua nak apa datang ke pejabat saya?" soal pengetua.
"Sebenarnya, cikgu. Kami nak laporkan sesuatu," kata Ais, dia cuba untuk mengumpul segala keberaniaannya untuk bercakap.
"Laporkan sesuatu? Apa dia?" soal pengetua lagi.
"... Tentang buli," balas Ais membuatkan pengetua itu terdiam seketika.
Melalui riak wajah pengetua itu, Ais perasan seperti ada sesuatu yang tak kena.
"... Siapa yang buat kali ini?" soal pengetua lagi.
"Aryan," balas Ais membuatkan pengetua terdiam buat kali kedua.
Pengetua berdehem.
"Adakah kamu ada cari pasal dengan dia?"
"Huh?! Sudah tentu tidak!" balas Ais, dia terkejut dengan soalan tersebut.
"Jadi kenapa dia boleh buli kamu? Mesti kamu lakukan kesalahan kat dia," kata pengetua.
"Tapi, cikgu. Kami pelajar baru di sini, kami langsung tak buat apa-apa kesalahan kat mereka! Mereka yang buli kami, mereka yang salah! Tengok lengan adik kembar saya! Tengok!" bantah Ais sambil dia menunjukkan luka pada lengan Duri kepada pengetua.
"Jangan tinggikan suara kamu, anak muda!" marah pengetua membuatkan Ais terus terdiam.
Pengetua mengeluh.
"Baiklah, baiklah. Saya akan cuba berbincang dengan ibubapa pelajar yang buli kamu. Okey?" kata pengetua.
".. Okey," balas Ais.
"Sekarang, kamu pergi rehat dahulu. Masa rehat dah nak habis nanti. Pergi," arah pengetua membuatkan Ais dan Duri terus keluar daripada pejabatnya.
Ais mengeluh, dia agak kecewa dengan tingkahlaku pengetua sebentar tadi.
"Ais, betul ke pengetua akan berbincang dengan ibubapa mereka?" soal Duri.
".. Kita hanya mampu berdoa, harap-harap pengetua betul-betul lakukannya. Ehem! Jom pergi ke kantin?" soal Ais pula, cuba untuk mengubah topik.
"Okey, jom!" kata Duri dengan ceria.
Ais tersenyum sedikit apabila dia melihat Duri kembali ceria, mereka berdua berjalan menuju ke kantin sehinggalah...
SPLASH!!
Beberapa galon air berwarna hitam tumpah ke atas Ais dan Duri.
"Agh?! Apakah?!" jerit Ais sambil memandang ke atas lalu matanya membulat apabila dia ternampak pelakunya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top