BAB 1

Empat tahun yang lalu...

"Huh?! Tok Aba jatuh sakit?!" Terlihat lima kembar yang berkumpul di ruang tamu terkejut dengan khabar daripada bapa mereka, Amato.

"Ya dan ayah mahu pindahkan dua daripada kamu berlima ke Pulau Rintis untuk menemani Tok Aba," kata Amato.

"Tapi ayah, kami baru sahaja dapat sekolah yang kami mahukan! Takkan nak kena pindah pula?" bantah Blaze, tidak berpuas hati.

"Sebab itu ayah nak dua orang sahaja dan ayah sudah berbincang dengan ibu kamu untuk pilih Ais dan Duri," balas Amato

"Apa?!" Mereka berlima terkejut dan memandang antara satu sama lain.

"Tapi kenapa kami?" soal Ais untuk kepastian.

"Sebab kamu berdua sahaja bersekolah harian, yang lain bersekolah di sekolah berasrama." Amato membalas lagi.

Kata-kata Amato itu benar kerana Halilintar dan Gempa bersekolah di Akademi Berasrama Penuh di luar Kota Hilir, Blaze bersekolah di Sekolah Menengah Sukan di Kota Hilir manakala Ais dan Duri sahaja bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kota Hilir. Amato lakukan ini mengikut kehendak anak-anak kembarnya supaya mereka mampu bersekolah di tempat berprestij tinggi dan mampu berdikari kecuali Ais dan Duri dimana nasib mereka tidak baik kerana markah kokurikulum atau pembelajaran mereka agak kurang daripada kembar-kembar yang lain.

"Kalau ayah kata begitu, Ais tidak kisah tapi Ais tidak tahu tentang Duri pula." Ais memandang ke arah Duri.

"Kalau Ais nak pergi ke Pulau Rintis, Duri akan pergi juga! Kasihan Ais kalau dia jaga Tok Aba seorang diri," kata Duri dengan ceria.

"Kalau macam tu, baiklah. Ayah akan uruskan dokumen kamu, okey?" kata Amato pula.

"Baik, ayah." Ais dan Duri menganggukkan kepala mereka berdua secara serentak, akur dengan kehendak Amato.

"Baiklah, ayah kena pergi kerja semula. Ayah ada hal lain pula," kata Amato sebelum mengorakkan langkah keluar daripada ruang tamu itu.

"Weh, Ais! Duri! Korang betul ke sanggup nak pindah kat Pulau Rintis?" soal Blaze.

"Ya, lagipun korang semua sekolah kat sekolah bagus-bagus. Agak rugi kalau korang pindah hanya sebab itu," balas Ais.

"Maafkan kami, Ais. Duri." Gempa bersuara.

"Korang jangan risaulah! Kami boleh buat, lagipun ayah nak kita berdikari. Kan? Mungkin ini peluang kami untuk duduk jauh," kata Duri, cuba untuk berfikiran positif.

"Baiklah, kalau macam tu. Korang kena jaga diri baik-baik nanti, tahu?" Gempa mengusap rambut kedua-dua adik kembarnya itu.

"Baik!" kata Ais dan Duri secara serentak.

[SWITCH]

Beberapa hari kemudian setelah menguruskan dokumen untuk pemindahan Ais dan Duri, akhirnya tiba hari di mana Ais dan Duri perlu meninggalkan Kota Hilir.

"Semua barang dah kemas?" soal ibu kepada adik-beradik kembar itu yang sedang menyediakan makanan kepada Ais dan Duri.

"Sudah!" balas Ais dan Duri serentak.

Ruang makan agak sunyi dan cuma mereka bertiga ada di ruangan itu kerana kembar yang lain sudah pun pulang ke sekolah masing-masing.

"Sedihnya yang kita dapat jumpa yang lain sebelum bertolak ke Pulau Rintis," rungut Duri.

"Nak buat macam mana, kita dapat pindah selepas dorang habis cuti." Ais membalas sebelum menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya sendiri manakala Duri mengeluh.

"Nanti bila cuti lagi, ibu pujuk ayah bawa yang lain balik ke Pulau Rintis. Okey?" Ibu mereka memujuk.

"Betul ke ni?" soal Duri dengan perasaan teruja.

"Betul, sayang." Ibu mereka mencubit pipi Duri dengan lembut.

"Yakin ke yang ayah nak bawa yang lain ke Pulau Rintis? Dia asyik-asyik sibuk je, raya tahun lepas pun kita kena balik malam sebelum raya sebab ada kerja kecemasan. Entah-entah semua datang melawat sahaja." Ais berkata sambil menekan ayat 'kerja kecemasan', kelihatan dia tidak berpuas hati dengan perangai ayah mereka yang gila kerja.

"Apa cakap macam tu, nanti ibu pandai-pandailah pujuk ayah kamu tu." Ibu mereka membalas.

"Okey," kata Ais dengan nada redha.

"Cepat makan, nanti teksi dah sampai pula!" kata ibu mereka membuatkan Ais dan Duri kembali menjamah.

HON! HON! HON!

Terdengar bunyi hon kenderaan yang berhenti di hadapan rumah mereka.

"Hah! Kan ibu baru sahaja cakap!" Ibu mereka bercekak pinggang.

"Apa ni, ibu! Mulut ibu masin!" Ais berseloroh.

"Haha! Sampai hati kamu kata mulut ibu masin ya?"

"Jom cepat, nanti abang teksi tunggu kita lama pula!" Duri cepat-cepat bangun dan mengheret bagasinya ke pintu utama.

"Hei, Duri! Sabarlah sikit!" Ais dengan gelojoh menghabiskan nasi goreng sebelum berlari ke pintu bersama bagasi.

Duri sibuk mengikat tali kasutnya manakala Ais kelam kabut menyarung kakinya ke dalam kasut.

"Kami pergi dulu, ibu!" jerit Duri.

"Eh, nanti!" kata ibu mereka.

"Kenapa, ibu?" Ais mengerutkan dahinya.

"Nah, ambil ni." Ibu mereka memberi dua beg kertas kepada Duri dan Ais.

"Apa ni, ibu?" soal Duri dengan perasaan teruja.

"Yang beg satu ni ada makanan yang ibu bungkus dan satu lagi adalah hadiah daripada kembar-kembar kamu," balas ibu mereka.

"Wah, betul ke ni?!" kata Duri, dia semakin teruja.

"Ya. Dah, pergilah."

"Bye, ibu." Duri terus mencium tangan ibu mereka sebelum Ais melakukan perkara yang sama.

"Bye. Jaga diri baik-baik," ucap ibu mereka.

"Okey!" kata Duri dan Ais serentak sebelum mereka berdua berlari ke teksi yang sudah menunggu mereka.

Duri dan Ais meletakkan segala barang mereka ke dalam bonet belakang sebelum masuk ke dalam perut teksi. Duri menurunkan tingkap teksi dan melambaikan tangannya kepada ibu mereka.

"Bye, bye!"

Ibu mereka membalas lambaian Duri sebelum teksi tersebut bergerak dan meninggalkan kawasan taman perumahan yang mereka duduki.

"Duri teruja sangat nak jumpa Tok Aba, Ais teruja?" soal Duri.

"Ya," balas Ais dengan ringkas sebelum dia mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.

Sebenarnya Ais berasa berat hati mahu meninggalkan Kota Hilir tapi apakan daya, dia mampu mengikuti kehendak ayahnya. Kalau melawan, dikira menguris hati ayahnya pula.

Setelah beberapa minit merentas jalan raya, akhirnya teksi yang dinaiki mereka berdua berjaya tiba di stesen kereta api.

"Terima kasih, bang." Ais menghulurkan duit kepada pemandu teksi sebelum keluar daripada perut kereta bersama Duri.

Mereka berdua mengeluarkan bagasi masing-masing dan barang yang lain keluar daripada bonet belakang.

"Sekarang dah pukul berapa?" soal Duri.

"Lapan suku," balas Ais sambil memandang jam tangannya.

"Oh, sempat lagi ni nak tunggu kereta api kita sampai. Jomlah!" kata Duri sambil mengheret bagasinya masuk ke dalam stesen kereta api itu.

Duri dan Ais berjalan di dalam stesen kereta api itu, sekali-sekala mereka berdua singgah di kedai serbaneka dan membeli sedikit jajanan untuk dikunyah nanti.

"Perhatian kepada semua penumpang ke Pulau Rintis, sila tunggu di barisan sembilan kerana kereta api untuk anda bakal tiba sebentar lagi!"

Sebuah pengumuman bergema di seluruh stesen, menarik perhatian kesemua pengunjung di dalam stesen tersebut termasuk Duri dan Ais.

"Oh, kereta api kita nak sampai! Jom, jom!" Duri terus menarik tangan Ais dan berlari ke ruang landasan kereta api.

"Duri, sabarlah! Kereta api belum depan mata kita lagilah!" jerit Ais.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top