twenty three


 
"Kenapa awak buat semua ni Harim?"

Taehyung bertanya dalam nada lemah. Aku hanya pandang ke satu sudut.

Fikiran aku kosong. Aku sudah tidak tahu emosi apa lagi yang perlu aku berikan.

Dia tersedar selepas pengsan dipukul tadi. Dan aku ikat dia di kerusi agar dia tidak berlari ke mana-mana lagi. Cukuplah aku penatkan diri aku untuk bunuh betina seorang tu.

"Sebab aku terlalu sayangkan kau Taehyung. Aku sayang kau sangat sampai aku hilang diri aku sendiri dalam usaha nak dapatkan kau semula."

Aku memeluk lutut rapat ke dada. Kemudian kepala aku pula disembamkan pada lutut.

"Aku takut dengan semua benda. Aku takut dengan diri sendiri. Aku tak dapat kawal diri aku. Aku sakit."

Tubuh aku menggeletar semula. Seperti awal proses semasa aku makin hilang diri sendiri.

"Semuanya jadi tak kena. Aku sakitkan diri sendiri untuk kawal diri aku dari sakitkan orang lain. Tapi kenapa sakit ni makin teruk? Kenapa Taehyung?"

Esakan aku pecah. Aku tersedu-sedan.

"Dia selalu suruh aku bunuh diri aku sendiri untuk dapatkan kau semula."

"Siapa?"

"Dia. Aku tak tahu. Aku tak kenal. Dia selalu ada setiap kali aku sakit. Dia selalu pujuk aku bunuh diri aku sendiri. Betul ke kau akan sayang aku semula kalau aku mati Taehyung?"

Aku melirik Taehyung. Dia sedang menangis.

"Tak. Tak. Jangan. Saya selalu sayangkan awak Harim. Saya minta maaf sakitkan awak. Saya minta maaf."

Dia merayu pada aku. Aku tersenyum mendengar ucapannya.

'Jangan percaya dia. Dia cuma menipu kau.'

Aku tersentak. Dia datang lagi. Aku menjauh dari Taehyung dan memeluk lutut erat.

"Jangan ganggu aku!"

"Harim!"

"Tolong saya Taehyung."

Aku merayu meminta pertolongan Taehyung. Dia bergerak-gerak dari kerusi namun pergerakannya terbatas.

'Bunuh diri kau depan dia. Mesti dia makin sayangkan kau.'

"Taehyung. Tolong saya."

"Saya minta maaf Harim."

Tangisan Taehyung jelas di pendengaran aku. Aku menggeletar dan merangkak perlahan mendekati Taehyung semula.

"Dia nak saya bunuh diri saya."

Aku pegang lutut Taehyung dan berbisik pada dia. Aku pandang sekeliling takut dia dengar.

"Saya sayangkan awak Harim. Jangan dengar cakap sesiapa."

Esak Taehyung. Aku juga menangis. Aku sakit. Aku letih dengan semua ini.

'Kalau macam tu, kau bunuh dia.'

Aku tersentak. Laju aku menekup telinga dengan tapak tangan. Tak mahu dengar lagi suruhan-suruhan dia.

"Taehyung, dia suruh saya bunuh awak."

Aku memeluk kaki Taehyung dan memandang sekeliling. Suaranya jelas di pendengaran.

"Saya minta maaf sakitkan awak Harim. Saya tak tahu awak terseksa sampai macam ni sekali. Saya memang tak guna. Saya minta maaf. Saya tak tunaikan janji saya untuk jaga awak."

Esakan Taehyung tidak berhenti. Dia hanya memandang aku yang masih ketakutan.

'Bunuh dia!'

"Jangan ganggu aku! Pergi!"

Aku menjerit dan memeluk kaki Taehyung seerat mungkin. Dapat aku dengar suara Taehyung menangis.

Aku tak tahu. Aku serabut.

'Bunuh dia!'

'Bunuh dia!'

'Bunuh dia!'

"Arghhhh! Jangan ganggu aku!"

Jerit aku. Tak sedar tangan aku sudah merodok perut Taehyung. Aku tak tahu bila kaca gelas tadi sudah berada dalam tangan aku. Sedar-sedar sahaja Taehyung sudah lemah dengan kaca yang masih terpacak pada perutnya.

Aku mengundur dan memeluk lutut. Kemudian tangan aku yang penuh dengan darah Taehyung aku sapu pada gaun merah yang masih tersarung pada tubuh aku.

"Tae-Taehyung."

Panggil aku dengan esakan. Aku takut. Dia pandang aku dengan senyuman lemahnya.

"Saya minta maaf."

"Saya sayangkan awak."

Ujarnya berbisik. Kemudian matanya terpejam rapat dan gerakan tubuhnya juga sudah berhenti. Aku merangkak mendekati Taehyung.

"Taehyung bangun!"

Aku pegang pipi Taehyung sehingga tinggalkan kesan darah pada wajahnya. Namun tiada balasan.

Dan ketika itu aku sedar, diri aku sudah hilang sepenuhnya.

Min Harim sudah lama mati.

Hanya bangkai hidup yang bergerak tanpa nyawa. Malam ulang tahun perkahwinan yang sepatutnya diraikan penuh bahagia, lenyap sekelip mata.

Aku memeluk lutut dan tangan memukul kuat belakang kepala aku. Apa yang tak kena? Kenapa semua ni berlaku?

"Arghhhhhh!"

Jeritan aku bergema di ruangan dapur yang kini berselerak dan dilumuri darah di serata tempat.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top