seven
Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah. Aku beri senyuman ke arahnya dan dia hanya memandang aku lama.
"Awak, ok ke?"
Tanya dia. Aku ketawa kecil.
Kelakar.
Apa dia expect aku akan buat? Menangis depan dia?
Cukuplah aku sakitkan diri sendiri sahaja. Dia tak perlu tahu dalaman aku bagaimana.
Di tubuh badan aku pun sudah ada kesan luka. Cuma terlindung sebalik baju sahaja.
"Pasal Mina? Saya ok."
Rasa nak cabut lidah sendiri bila sebut nama dia. Aku tak ok Taehyung.
Sangat tak ok.
"Thanks sayang."
Dia mendekati aku dan memeluk tubuh aku. Tangannya berlabuh pada belakang bahu aku di mana ada kesan torehan baru.
Aku pejam mata erat menahan pedih. Menitis setitis air mata aku.
Kalau betul sayang, kenapa awak curang Taehyung?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top