four
Aku menyelak selimut dengan perasaan hampa. Taehyung sudah hilang. Aku bangun berseorangan selepas kejadian malam semalam.
Luka yang belum sembuh kembali berdarah. Aku pegang dada. Sakit. Taehyung berubah.
Dia bukan Taehyung yang dulu. Taehyung yang mencium dahi aku dan menarik aku dalam dakapan setiap kali pagi menjelang.
Bantal dibaling melepas rasa.
Prang!
Aku pejam mata saat bingkai perkahwinan aku dan dia jatuh menghempas lantai. Air mata menitis lagi.
Sunyi.
Sakit.
Bercampur menjadi satu rasa. Tubuh aku menggeletar. Aku jadi takut. Takut menghadapi hari esok.
Setiap tindakan Taehyung sekarang menyesakkan minda dan rasa. Manisnya dalam dusta.
Sukar menilai ikhlasnya dalam bicara dan lagak. Bagai menarik sehelai rambut dalam tepung.
'Dia tak sayang kau. Atau mungkin dia benci.'
Aku tekap tapak tangan ke telinga dengan erat. Suara pelik datang menjengah menambahkan rasa takut.
Macam mana kalau Taehyung benar-benar berubah?
'Dia akan tinggalkan kau.'
Tak tak! Tak boleh. Taehyung tak boleh tinggalkan aku. Dia sayang aku.
'Mungkin lepas kau mati, dia akan sayang kau.'
Aku tersentak. Perlahan-lahan aku peluk lutut dan menyempitkan diri di sudut bilik. Aku pandang sekeliling bilik. Mencari punca suara.
Takut.
'Percaya cakap aku. Dia akan sayang kau lepas kau mati.'
Aku menunduk menyembunyikan wajah pada lutut. Tubuh aku bergerak kedepan dan kebelakang.
Taehyung tolong saya.
Kriiinnggg!
Aku angkat kepala dan memandang telefon pintar aku di atas meja. Masih berdering minta diangkat. Perlahan-lahan aku merangkak dan mencapai telefon.
Panggilan dari nombor tak dikenali.
Aku angkat panggilan tersebut dan menanti pemanggil bersuara dahulu.
"Min Harin?"
Suara seorang perempuan jelas di pendengaran.
"Kim. Harin."
Sebut aku satu per satu. Pemanggil di sana berdehem.
"Saya Yoon Mina. Boleh kita jumpa?"
Yoon Mina. Betina simpanan Taehyung. Aku mengertap bibir.
"Jumpa di mana?"
"Saya mesej tempat nanti."
Panggilan terputus. Aku menghempas telefon pada lantai. Terketar-ketar tangan aku memegang belakang kepala yang disembamkan pada lutut.
Aku kecewa. Penat dan marah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top