eleven

 
 
Aku letakkan kek yang baru dibakar ke atas meja. Hari ini hari jadi Taehyung yang ke-26 tahun.

Tak mungkin aku lupa.

Hari jadi orang teristimewa dalam diri aku. Sangat-sangat istimewa. Kedudukannya tidak berubah walaupun sudah melukakan aku.

Itu istimewanya Taehyung pada aku. Dia boleh melukakan aku sebanyak mana dia mahu, tapi cinta dan sayang aku tak akan berubah.

Sampai mati. Sumpah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ding!

Jam menginjak angka 12 malam. Dia masih tak pulang. Aku pula masih menunggu bagai si bodoh menagih kasih.

Klik!

Aku pandang pintu rumah dibuka dan Taehyung masuk ke dalam rumah. Wajahnya kelat.

Risau, aku mendekati Taehyung. Tangannya aku sentuh namun dia mengelak.

"Kenapa?"

Taehyung beri pandangan yang sukar aku baca maknanya.

"Aku benci kau Harim."

Runtuh. Aku bagai terasa jatuh ke dalam gaung gelap. Dan nafas aku sesak semula.

"Ke-kenapa?"

"Aku menyesal kawin dengan kau."

Aku terjatuh dan memeluk lutut ke dada. Aku menggeleng menidakkan kata-katanya.

"Tak. Tak. Awak masih cintakan saya. Awak tak menyesal kawin dengan saya."

"Aku menyesal Harim! Aku benci kau!"

Nadanya melambung tinggi. Perkara yang aku takutkan selama ini berubah menjadi nyata.

Tubuh aku menggeletar lagi. Aku jadi takut dengan kenyataan.

"Jangan benci saya."

Pinta aku.

"Kenapa? Kau masalah dalam hubungan aku dan Mina!"

Aku pejam mata erat. Tapak tangan menekap pada telinga. Aku tak mahu dengar kebencian Taehyung pada aku lagi.

Sakit!

"Tak. Awak tak boleh benci saya. Sebab awak tak boleh hidup tanpa saya. Awak pernah cakap benda tu kan dulu?"

Aku menunduk menekur lantai. Badan digoyang kehadapan dan kebelakang perlahan-lahan.

"It's called sweet liar, Harim."

Aku pandang Taehyung. Wajahnya ketat. Aku tak tahu penyiksaan apa yang perlu aku tanggung malam ini.

Peritnya sehingga emosi aku kacau-bilau. Setiap pertuturan Taehyung bagai mata pedang yang tajam.

Sangat sakit untuk dihadam.

"Ta-tapi kalau awak tipu saya, kita takkan berkahwin."

Aku sedaya upaya mempertahankan diri aku sebagai seorang wanita kesayangan dia.

"Perasaan manusia berubah. Aku dah tak ada hati dengan kau sekarang. Move on Harim. Bagi aku bahagia dengan Mina. Please."

Ujarnya dan berlalu naik ke tingkat atas. Wajahnya sugul. Aku tersedu-sedan.

Setiap anggota tubuh aku terasa menggeletar. Aku terasa jijik. Kenapa aku dibuangkan? Salah ke aku nak bahagia?

Dosa apa yang sudah aku buat? Sampai tak layak langsung untuk rasa bahagia?

Ini ke yang dikatakan neraka dunia? Aku bagai terasa nyawa aku sudah pergi namun jasad aku masih utuh di muka bumi untuk diseksa manusia.

Tak. Semua ini salah aku. Kerana terlaku sayangkan Kim Taehyung sepenuh hati.

'Bunuh diri kau untuk dapatkan kasih-sayang Taehyung semula.'

Suara itu datang lagi. Aku menyempitkan diri di hujung sudut. Takut dengan kehadiran dia.

Tak dijemput namun sentiasa ada. Bagai dia dalam diri aku sendiri.

Jangan kacau aku. Tolong. Pergi.

'Orang akan sayang kau bila kau dah tak ada. Dengar cakap aku Harim. Kau kena mati untuk disayangi.'

Waktu itu aku bagai tersedar sesuatu. Perlahan-lahan aku senyum. Selepas ini, Taehyung akan jadi milik aku semula. Aku bersumpah takkan ada sesiapa akan jadi pengganti aku dalam hati dia.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top