Bab 49🔒
🌻
“Cik Ariel dah, okay?” soal Yumi selaku PA, Ariel sebaik melihat bosnya itu melangkah masuk kedalam pejabat. Ariel hanya tersenyum yang bermakna okay. Yumi mengeluh lega, dia mengekori Ariel masuk kedalam pejabat sambil membawa buku notanya.
“Susun jadual saya semula, ya Yumi? Saya rasa disebabkan kejadian beberapa hari yang lalu, meeting dan beberapa temu janji terpaksa dibatalkan dan ditangguh ke hari yang lain. Em, maaf sebab menyusahkan awak..” kata Ariel perlahan, sedikit rasa bersalah dengan gadis itu.
Yumi menggelengkan kepala.
“No, it's okay. Memang kerja saya pun, Cik. Em jadual cik saya akan susun balik” balas Yumi, dia menulis sesuatu di buku catatannya sebelum menundukkan badan lalu keluar dari situ.
Ariel membuang pandang pada meja kerjanya yang sedikit kemas, mesti PA-nya itu yang kemaskan. Yalah, terakhir kali pun ketika dia berjumpa dengan Nadine, mejanya ketika itu berselerak dengan fail. Hem.
Ariel menarik satu fail berwarna merah. Ianya merupakan laporan kewangan syarikatnya. Ariel memilih untuk meneliti laporan tersebut sebelum dia bentangkan dihadapan para pekerjanya nanti diwaktu meeting.
Tok! Tok!
“Masuk!” Arah Ariel, pintu biliknya terbuka dan Taehyung masuk sambil membawa bunga. Ariel terdiam, kejadian kelmarin terimbau difikirannya.
“Buat apa datang sini?” soal Ariel datar. Taehyung mengeluh perlahan, dia melangkah hingga dia berdiri di hadapan meja Ariel. Sejambak bunga rose diletakkan diatas meja gadis itu.
“Saya nak minta maaf, saya terlepas laku semalam. Saya tak dapat kawal diri, dia sakitkan awak, saya sakitkan dia balik.” terang Taehyung. Ariel diam, bunga rose yang berada diatas meja dia renung sebelum mengeluh perlahan.
“Dia tak sakitkan saya pun, Taehyung. Dia baik, cuma ada orang yang sakit hati dan cemburu dengan saya. Awak pun tahu kan yang Jungkook tu banyak yang minat?” jawab Ariel. Taehyung cuma sengih, dia angguk faham.
“Em, saya tahu.. macam yang saya cakap. Saya terikutkan emosi. Sekali lagi, saya minta maaf sebab sakitkan suami awak tu.” kata Taehyung. Ariel mengangguk, dia sandarkan tubuhnya pada kerusi seraya berpeluk tubuh.
Mata mereka masing- masing dikunci untuk melihat wajah sesama. Melihatkan anak mata Ariel yang coklat cair itu buatkan Taehyung sedikit tak keruan. Berbeza dengan mata biru Aurora, mata Ariel cukup menenangkan. Dia akui yang rindu itu masih ada, namun pandangan Ariel kali ini terasa kosong pada dirinya. Menampakkan bahawa gadis itu betul- betul sudah melupakannya.
“Selain dari itu, ada benda yang awak nak cakap, kan?” soal Ariel. Taehyung terkebil- kebil. Entah kenapa, dia rasakan yang Ariel seakan dapat membaca fikirannya.
“Awak nampak bahagia sekarang..”
“Sebab saya dah ada dia sekarang..” jawapan Ariel buatkan Taehyung tersenyum kecil. Dia mengangguk faham.
“I know, saya doakan awak bahagia dengan pilihan awak. Terima kasih sebab pernah jadi orang yang saya sayang.” kata Taehyung. Ariel hanya diam, dia memang tidak mahu membahas soal itu lagi. Bagi dia, yang berlalu biarlah berlalu.
“Ariel..”
“Em?”
“Nak minta nombor kakak awak, boleh?” pertanyaan Taehyung buatkan Ariel mengerutkan dahi. Wajah lelaki itu dia pandang, mahu mencari keikhlasan disitu.
“Buat apa?”
“Nak try..” kata Taehyung, malu- malu kucing. Ariel tersengih.
“Kalau awak nak dekat kakak saya, jangan tinggal dia macam awak tinggalkan saya.” kata Ariel, Taehyung menggeleng tanda tidak.
“Jadi, usahalah sendiri.”
“Ahh andwaee!” rengek Taehyung.
...
“Oh my! Aku makin jatuh cinta dengan dia kau tau tak!” Jungkook menepuk- nepuk bahu Mingyu yang sedang membelek phone.
“Dia izinkan aku untuk jadi suami dia, kau tau tak betapa gembiranya aku sekarang ni!” ucap Jungkook. Pelanggan yang berada didalam restoran itu tidak dihiraukan lagi. Biarlah, orang tengah happy lagikan bahagialah katakan?
“Ahh baguslah tu. Tak payahlah aku dengar kau meroyan sebab putus cinta ke, hilang bini ke, apa ke lepas ni..” kata Mingyu sebelum menepuk- nepuk bahu Jungkook. Jungkook buat muka poker, namun wajahnya kembali tersenyum.
Yalah, dia pun setuju dengan Mingyu. Tak adalah dia nak meroyan sebab hilang bini kan lepas ni? Lagipun Ariel akan ada sepanjang masa bila-bila gadis itu memerlukan dirinya. Ariel pun seorang yang memahami..
“Hahh. Apa plan kau lepas ni? Tak nak bawa dia pergi honeymoon ke? Untuk release tension sementara tunggu baby baru..” kata Mingyu. Jungkook cuma senyum.
“Em, aku memang plan macam tu pun. Tunggu dia free baru aku bawa dia pergi honeymoon.” jawab Jungkook seraya tersengih.
“Aku balik dululah. Nak kemas rumah” kata Jungkook sebelum mengangkat punggung mahu beredar dari situ.
“Ahh baik- baik kau. Kirim sayang aku dekat bini kau” usik Minyu buatkan Jungkook menjelingnya.
“Ahh sayang hotak kau!”
.
Eum😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top