Bab 44🔒
🌻
“Pemilik syarikat L.E Holding's, anak kepada bekas usahawan terkenal Harold Lee iaitu Cik Ariel Lee dilaporkan keguguran tadi pagi. Perkara tersebut berlaku disebabkan perasaan dengki seseorang terhadap usahawan muda tersebut. Pihak polis masih mencari wanita bernama Nadine Kim untuk disabitkan kesalahan cubaan membunuh seksyen 301 kanun keseksaan..”
Laporan berita di akhbar harian secara digital itu buatkan Jungkook mengeluh berat. Macam mana pihak media mendapat tahu perkara tersebut walhal tak ada seorang pun yang membuka mulut? Inilah padahnya kalau orang yang mempunyai pengaruh, semua benda privasi mereka mahu dihebohkan ke seluruh dunia. Tak kira benda tu baik ataupun benda tak baik.
Jungkook menoleh memandang Ariel yang sedang duduk diatas katil menghadap ke jendela. Gadis itu masih berasa sedih kerana kehilangan baby. Jungkook memasukkan phone didalam poket seluar lalu menghampiri Ariel.
“Sayang..” panggilnya, namun tidak ada respon dari gadis itu. Jungkook menyentuh tapak tangan Ariel, sejuk.
“Sayang.. stop crying..”
“Maafkan saya.. sebab cuai. Kalau saya pandai jaga diri, tentu takkan jadi macam ni,kan?” kata Ariel perlahan dengan nada suara yang serak- serak kerana baru lepas menangis. Gadis itu sudah semalaman menangisi pemergian baby. It's hurt her so much.
“Hey, it's okay. Lagipun sayang tak tahu yang sayang mengandung,kan?” Tanya Jungkook lembut. Ariel mengangguk faham, Jungkook mengesat sisa air mata Ariel di pipi menggunakan ibu jari.
“Mungkin bukan rezeki kita, sayang.. Kita masih boleh cuba. Yang penting sekarang, sayang kena banyak berehat dan jangan stress.” ucap Jungkook, dia tarik Ariel hingga gadis itu tersembam pada dadanya. Jungkook mengeluh perlahan, dia sayangkan Ariel. Terlalu..
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pada pintu bilik yang menempatkan Ariel membuat mereka meleraikan pelukan dengan cepat. Kemudian, seorang gadis yang merupakan pembantu kepada Ariel masuk kedalam ruangan tersebut sambil tercungap- cungap. Penat sebab berlari.
“Kenapa ni, Yumi?” soal Ariel, sedikit lemah. Gadis itu menarik nafas sebelum menundingkan jarinya pada pintu bilik.
“Pihak media dan Nadine dalam perjalanan kesini! Dia cakap nak temu bual Cik pasal kes ni dan.. siapa sebenarnya suami Cik ni.” terang Yumi. Jungkook membulatkan matanya manakala Ariel masih lagi berlagak tenang.
“Sayang, kalau mereka tahu siapa saya. Habislah!” kata Jungkook seraya memegang kedua lengan Ariel. Dia cukup gelabah sekarang ini. Dia takut prestasi Ariel berserta identiti dirinya yang sebenar ter-expose ke seluruh dunia!
“Janganlah panik..”
“Macam mana saya tak panik sayang? Kalau mereka tahu siapa saya ni.. bukan setakat reputasi awak, syarikat awak, diri saya, semuanya akan hancur!” kata Jungkook. Ariel tidak membalas, dia menyentuh pipi Jungkook bertujuan untuk menenangkan lelaki itu.
“You'll be fine, Jungkook. Semuanya akan okay, percayalah pada saya, hubby..” bisik Ariel lembut. Dia sudah mempunyai rancangan yang tersendiri. Jungkook mendiamkan diri, sedikit tenang mendengar Ariel berkata begitu.
“Hello lovey dovey!” kata Nadine sebaik pintu wad di rempuh olehnya. Sekumpulan wartawan menyerbu masuk kedalam ruangan tersebut. Jungkook mengetap bibir. Melihatkan wajah Nadine buatkan Ariel mengetap bibir geram. Dengan bantuan Jungkook, Ariel turun dari katil perlahan- lahan.
“Berani awak datang sini berjumpa saya semula setelah apa yang awak lakukan kepada saya?” kata Ariel. Nadine tersenyum jahat, dia berpeluk tubuh. Cahaya blirtz dari kamera yang merakam detik- detik tersebut sedikit menyilaukan mata.
Yumi sudah menelefon beberapa orang pengawal untuk mengawal keadaan didalam sementara dia berdiri disamping Nadine, untuk menghalang gadis itu dekat dengan Ariel.
“Well, good to see you. Aku datang sini cuma nak betulkan keadaan sebab kau pun tahu bukan aku yang tolak kau. Dan kalaupun kau tahu aku yang buat, kau tak ada bukti.” kata Nadine. Ariel mengepal tapak tangannya. Jungkook menyentuh lengan Ariel namun gadis itu menepis.
“What do you want from me?”
“Terkahir kali aku cakap, aku nak Jungkook, tapi kau degil. Kau tak nak berlembut, jadi aku ambil keputusan untuk expose semuanya. Mulai dari mana kau dapat lelaki ni, berapa kau bayar dia dan.. kalau aku tak dapat dia, maknanya kau tak dapat. Kan?” bisik Nadine di hujung ayatnya pada Ariel. Jungkook yang berada di belakang Ariel berdebar.
“Go ahead and tell them the truth.” kata Ariel buatkan Jungkook menarik lengan gadis itu dan Ariel berhadapan dengannya.
“Sayang!”
Nadine senyum sinis.
“Awak semua nak tahu tak? Lelaki yang bergelar suami kepada perempuan ni hanyalah lelaki yang disewa melalui sebuah apps,Suami Untuk Disewa. Perempuan ni sanggup bayar hampir setengah juta untuk dapatkan Jungkook dan sewa dia selama 3 bulan. That too much and you can see that she's desprate.” ada senyuman sinis di hujung bibir Nadine. Dia mengeluarkan phonenya.
“As you can see, this is the app..”
Nadine menayangkan skrin phone yang memaparkan aplikasi SUD, Jungkook sudah tidak senang duduk. Nadine menekan aplikasi tersebut, namun tidak ada reaksi. Tidak dapat dibuka.
“Tunggu.. apa yang berlaku?” berulang- ulang kali Nadine menekan aplikasi tersebut tapi hasilnya tidak dapat dibuka.
“Nadine.. kalau Jungkook ni suami sewaan saya, macam mana saya boleh mengandung sedangkan awak tahu dalam kontrak tu tak boleh ada hubungan intim?” Bisik Ariel dihujung ayat buatkan Nadine terkedu.
“Mana bukti awak yang saya sewa dia 3 bulan dan bayar hampir setengah juta?” soal Ariel, Nadine sudah mulai gelabah. Para wartawan didalam ruangan tersebut sudah mulai berbisik sesama sendiri dan menyoal Nadine soalan cepumas.
“Saya nak kamu semua tahu, lelaki ni suami sah saya. Tak ada kahwin kontrak dan yang sewaktu dengannya” kata Ariel seraya memeluk lengan Jungkook. Nadine mengetap bibir, baru sahaja dia hendak melarikan diri, kemunculan dua orang polis buatkan Nadine terkaku.
“Nadine Kim, awak didapati bersalah atas cubaan membunuh dan menyeleweng duit syarikat sebanyak 200 ribu. Tangkap dia.” arah seorang polis perempuan tersebut dan tangan Nadine digari.
“Tak! Aku tak salah! Aku ada bukti yang dia sewa lelaki tu! Lepaskan aku!” Nadine meronta- ronta sebelum dibawa keluar dari ruangan tersebut. Pihak wartawan sudah dihalau keluar. Pandangan Ariel samar- samar sebelum dia jatuh dipelukan Jungkook kerana tidak tahan dengan cahaya kamera. Dia akhirnya pengsan.
“Sayang!”
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top