Bab 30🔒

🌻

"Aurora Lee, she's my first wife and my first love.."

Ting!

Lamunan Ariel terhenti apabila pintu lift terbuka dan berhenti pada tingkat pejabatnya. Dia mengeluh perlahan sebelum membawa langkah kaki keluar dari lift. Sebaik sahaja kelibatnya kelihatan di koridor tersebut, PA-nya, Choi Yuna bergegas menghampiri gadis tersebut.

"Miss, I'm sorry. Saya dah cuba halang Encik Taehyung, tapi dia tetap nak masuk and stay dalam bilik Cik. Setahu saya, Encik Taehyung tak ada temu janji dengan Cik hari ni." kata Yuna seraya berusaha menyamakan langkah kakinya dengan Ariel.

"Tak apa, awak boleh teruskan buat kerja" balas Ariel disambut dengan anggukan dari Choi Yuna. Dia menolak daun pintu pejabat sebelum matanya menangkap figura seorang lelaki sedang berdiri tegak dihadapan tingkap melihat luar bangunan. Ariel berdehem perlahan buatkan lelaki itu menoleh.

Bibirnya mengukir senyum kotak sebaik melihat Ariel. Laju kakinya melangkah mengambil sejambak bunga rose lalu mendekati Ariel.

"I bought you this.." ucap Taehyung, jambangan bunga dihulurkan pada Ariel, gadis itu hanya diam memilhat bunga yang dihulur sebelum mengeluh perlahan.

"Thank you, tapi saya tak perlukannya-"

"Awak akan perlukannya untuk hilangkan stress awak, saya tahu apa yang awak lalui sekarang." kata Taehyung, tangannya menyentuh lengan Ariel sebelum gadis itu ditarik rapat dengannya. Ariel menahan.

"Taehyung please, tolong jangan buat macam ni. Saya tak ada mood nak main- main" balas Ariel lalu menolak tubuh Taehyung perlahan. Lelaki itu mengeluh, dia hanya memandang Ariel dari ekor mata ketika gadis itu sedang berjalan ke meja kerjanya.

"How's your sister and your husband? Mereka tak cakap pasal apa- apa ke? Mereka tak terangkan perkara yang sebenar kepada awak?"

"Jadi awak tahu?"

"Saya dah lama tahu, sayang.." balas Taehyung buatkan Ariel berdecit kecil. Sayang? Rasa nak muntah dia dengar perkataan tu dari mulut pengkhianat ni. Taehyung mencium bunga rose tersebut sebelum tersebut senget, dia mengambil tempat di kerusi kosong dihadapan meja Ariel seraya tersenyum.

"Tak eloklah kalau saya yang dedahkannya. Jadi, lebih baik awak dengar dari mulut mereka berdua, kan?" kata Taehyung, sengaja mahu mengapi- apikan Ariel. Dia mengeluh perlahan, tubuhnya disandarkan pada kerusi.

"Awak tak pernah bayangkan apa yang berlaku bila mereka tinggal berdua? Bila mereka masih bergelar suami isteri? Mungkin mereka pernah serapat hubungan awak dengan Jungkook sekarang. Bahkan lebih rapat. Don't you ever think about it?" soal Taehyung. Ariel mendiamkan diri.

"Lagipun, cinta pandang pertama memang susah untuk dilupakan, kan?"

Ariel menggeleng perlahan, dia menolak perkara itu jauh- jauh. Dia tidak mahu membenci Jungkook disebabkan mulut orang. Lebih- lebih lagi dengan mulut Taehyung ni.

"Jadi, awak nak saya buat apa?"

"Easy, come back to me."

"Dalam mimpi awak, Taehyung. Berhenti berangan dan move on dari saya. Saya pernah cakap, kan? Saya tak suka peluang kedua, jadi tolong lupakan saya sebagai seorang yang pernah ada disisi awak dulu.." ucap Ariel.

Taehyung mengetap bibir, matanya menikam anak mata Ariel sebelum mengalihkan pandangan.

"Jangan minta saya untuk lupakan awak Ariel, it's hard. Saya akan datang semula bila kontrak awak dan Jungkook tamat. So, wait for me. Saya akan ke Sydney esok dan balik seminggu lagi, wish me safe flight." ucap Taehyung seraya senyum hambar. Taehyung melangkah meninggalkan bilik kerja Ariel.

"Mian.."

🌻

Bum!

"Oi, emak engkau terbang!" latah Seokjin bila Jungkook yang dari tadi senyap di tempat duduknya tiba- tiba sahaja berdiri lalu memukul meja. Kemudian dia duduk semula lalu sembamkan kepala atas meja. Seokjin mengelus dadanya, kot doktornya dibetulkan.

"Bagitau aku apa masalah kau cepat, dah dekat 10 minit kau dalam bilik pemeriksaan ni, nasiblah sekarang waktu rehat. Kalau tak, habis kena bebel dengan pesakit lain" tegur Seokjin, pasu bunga kecil yang terletak di hujung mejanya dia betulkan bila hampir jatuh.

"Hyung.. aku dalam masalah besar!"

"Besar macam mana masalah kau? Tulah, dulu aku nak tolong kau jadi pembantu jururawat dekat sini kau tak nak. Kau cakap itu kerja perempuan, ha sekarang kau hadaplah dengan masalah besar kau tu." perli Seokjin. Jungkook mencebikkan bibir. Hem, dia datang sini sebab Mingyu tak ada hari ni, kerja outstation, terpaksa cari telinga lain. Huft.

"Hyung, kook tak tahu nak cakap macam mana. Hyung kenal tak perempuan yang Jungkook kenalkan pada Hyung dulu?"

"Tak kenal kot, sebab kau tu perempuan keliling pinggang-"

"Eee yang Jungkook kenalkan dekat Hyung masa first time Jungkook kahwin tu. Aurora Lee?" bersungguh- sungguh Jungkook nak Seokjin ingat.

"Ha ingat- ingat, kenapa? Dia nak kahwin dengan kau balik ke?"

"Eee bukan! Dia ada adik yang jadi isteri Jungkook sekarang. Mereka berjumpa, semalam baru tahu tentang perkara ni. Satu buat- buat biasa, satu merajuk. Jungkook nak buat apa sekarang niiii" rengek Jungkook. Lengan Seokjin dia goncang perlahan.

"Kau suka adik ke kakak sekarang, ni?"

"Emm.. mestilah adik." jawab Jungkook tersipu- sipu.

"Then? Pergilah pujuk adik, takkan nak pujuk kakak pula, kan?" balas Seokjin dengan kening yang terjongket- jongket.

"Tapi macam mana?"

"Haa itu kau fikir sendiri. Berani buat, beranilah tanggung, okay bye, aku nak makan" kata Seokjin lalu berdiri. Jungkook mengeluh perlahan, dia sandarkan tubuhnya pada kerusi seraya mengurut dahinya.

Sakit kepala!

.


Can't get you out my head~

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top