Bab 15🔒

🌻

[private number]

+ [▶] hey, don't you miss me?

Ariel mengetap bibir, mesej tersebut dipandang dengan pandangan malas. Dia tidak tahu hendak membalas apa sedangkan penghantar yang menggunakan private number untuk menghantar mesej itupun dia tidak kenal sama sekali. Haraplah, bukan dia.

Drt drt!

Phone Ariel kembali bergetar, mesej dari private number tersebut, sekali lagi.

[private number]

+ [▶] i miss you

Ariel menggulingkan anak mata. Tak ada masa dia hendak melayan mesej- mesej sebegitu, lebih baik dia sambung buat kerja yang semakin menimbun ni. Baru sahaja dia hendak melabuhkan punggung diatas kerusi, satu lagi mesej masuk. Kali ini bukan dari private number itu, melainkan dari Jungkook, suaminya itu.

Hubbyjk♥

Wait, jangan kecam dulu. Jungkook sendiri yang setkan nama contact tu bila dia tanya Ariel set nama dia apa dalam phone tu. So, Ariel hanya menerima saja. Hubbylah katakan.

Hubbyjk♥

+ busy ke?

Not really
Why?

+ohh
+em, klau syg tak busy..
+kita kluar nak?
+kjap pun jadilah😳

Bibir Ariel mengukir senyum, dia sudah terbayang akan wajah Jungkook ketika ingin mengajaknya keluar. Mesti malu-malu tu kan? Ariel sengih kecil.

Date?
Dkat mana?

Hubbyjk♥

+Em..
+ ya kot.
+syg nak pergi mana?
+sy bole bawa

Klau sya.
Sya nak date dekat rumah je.

+sayang..
+don't tease me
+i'm shy😳😖

Who tease you?
I mean, kalau kita date kat rumah
Sya bole masak untuk awak

+ohh😮
+em, kita keluarlah.
+sbb kalau date kat rumah..
+nnt jadi lain..

Jadi apa?

Ariel sudah tersengih- sengih sendirian, walaupun Jungkook tak ada dihadapan dia sekarang. Dia boleh rasanya yang Jungkook sudah malu dan wajahnya merah dengan sendirinya. Comel!

Hubbyjk♥

+sayang please..

Okay i got it

+sya dtg pejabat awak dalam jam 2 mcm tu.
+prepare okay?
+dan jgan stress2 bila kerja
+nnt skit

Awak boleh sembuhkan saya

+dengan apa?

It's simple
Just one kiss

+sya smbung kemas rumah skrang.
+take care sayang!
+💜

Okay💜

Ariel tongkat dagunya dengam tapak tangan. Bibirnya tidak lengkang dengan senyuman, sedikit sebanyak, dia selesa dengan Jungkook.

Hubbyjk♥

+[▶] take care sayang.. muah!

Amboi! Kalau bukan depan- depan, berani ye bagi flying kiss? Kalau depan- depan? Mahu kaku dia. Ariel hanya meneliti mesej Jungkook.

Untung kalau perempuan lain dapat jadi isteri awak betul- betul kan, Jungkook? Gumam Ariel sebelum mengeluh perlahan. Phone diletakkan atas meja disisnya, fail yang mulai bertimbun dia capai lalu selak.

Fokus!

🌻

"Bunga? Check! Ticket? Check! Driver?"

"Check!" sampuk Mingyu dari belakang. Terus Jungkook hadiahkan jelingan pada lelaki itu, Mingyu membalasnya dengan jelingan juga. Bahu Jungkook dipukul perlahan.

"Ceh! Tahulah nak date dengan isteri hari ni, tapi tak payahlah nak jeling- jeling bagai. Aku ni ikhlas nak jadi driver tak berbayar engkau, tahu tak?" kata Mingyu buatkan Jungkook tersengih lebar. Terlupa pasal benda tersebut. Tadi, awal pagi lagi dia heret Mingyu sebab nak jadikan lelaki itu drivernya sehari ini.

"Halah, sorrylah. Aku janji ini last aku minta tolong kau, esok- esok, aku janji tak kacau kau dah. Kau nak tidur sampai tahun depan pun aku tak halang" balas Jungkook, sekali lagi Mingyu melayangkan tapak tangannya ke bahu Jungkook. Gurau kasar kau ni!

"Eeh! Tahulah dah kahwin banyak kali! Ada masa rasa hati ni bergetar, aku pulak? Entah bilalah nak merasa naik pelamin" ujar Mingyu, Jungkook angkat bahu sebelum menayangkan sengihan tak kesah pada Mingyu Dia melirik jam tangan.

"Okay, aku naik atas dulu, kau tunggu sini" Arah Jungkook sebelum hilang dari pandangan Mingyu. Jungkook terus masuk kedalam bangunan tersebut.

"Boleh saya tahu, Encik ni siapa?" soal staf penjaga kaunter di lobi bila Jungkook menyoal bilik kerja Ariel di tingkat yang ke berapa. Dahi gadis itu berkerut, namun bibirnya tak lengkang mengukir senyum, terpesona dengan kekacakan Jungkook sekarang ini.

"Ah, saya Jeon Jungkook, suami kepada Cik Ariel.." jawab Jungkook buatkan riak wajah gadis tersebut berubah, laju dia tundukkan badan berulang- ulang kali tanda meminta maaf.

"Maafkan saya, Encik sebab tak kenal dengan Encik selaku suami kepada Cik Ariel. Maafkan saya, mari, biar saya tunjukkan bilik kerja Cik Ariel" baru saja gadis itu berura- ura hendak melangkah membawa Jungkook. Lelaki itu menghalang.

"Ehh tak apa, saya boleh pergi sendiri, awak cakap je kat tingkat berapa"

"Ahh, Cik Ariel ada meeting sekarang ni, jadi Encik boleh tunggu dia di bilik kerja dia di tingkat 6, bilik paling hujung sekali" terang gadis tersebut. Jungkook tersenyum, dia tundukkan badan tanda berterima kasih sebelum mengambil lift untuk naik ke tingkat atas.

Sejambak bunga ros merah yang segar dihirupnya, masih kekal wangiannya walaupun lama bergelut dalam kereta.

Ting!

Sesampainya di tingkat 6, Jungkook laju mencari bilik yang dimaksudkan gadis tersebut. Paling hujung sekali, bisik Jungkook pada dirinya bila sedikit terleka. Para staf yang ada ditingkat tersebut mulai tertinjau- tinjau untuk melihatnya.

"Handsomenya!"

"Wah! Dia bawa bungalah! Nak bagi siapa agaknya tu, ya?"

"Ya tuhan, kalau aku dapat, comfirm aku tak lepaskan!"

"Budak delivery, kot?"

Jungkook hanya tersengih seraya menundukkan badannya lalu menyelinap masuk bagai pencuri didalam bilik paling hujung sekali. Dia bernafas normal semula.

"Awak okay?"

"Eh sayang, staf yang kat bawah cakap awak ada meeting, err dah siap ke?" soal Jungkook, dia termalu sendiri. Mungkin Ariel sudah melihat dirinya menyelinap masuk ke sini tadi,kan? Dui.

"Ya, dah siap. Baru je.." jawab Ariel, dia belek fail berwarna merah. Jungkook menggaru kepala, dia melangkah menghampiri Ariel, bunga dihulurkan dihadapan gadis itu.

"Untuk saya?"

"Habis tu? Untuk siapa lagi?" soal Jungkook semula. Ariel tersengih, dia letakkan fail atas meja sebelum jambangam bunga ros dicapai lalu dihidu. Wanginya!

"Thank you!"

"Your welcome.."

Ariel yang tadinya memandang bunga ros sekarang melarikan pandangan memandang Jungkook pula. Bila Jungkook sedar, cepat- cepat Jungkook alihkan pandanganya memandang dinding. Lehernya digosok, kekok.

"Em, shall we go?"

"Where?"

"Rahsia" jawab Jungkook seraya tersengih. Dia raih tapak tangan Ariel sebelum bersama- sama mereka beriringan keluar dari ruang kerja Ariel.

Kecoh pejabat jadinya!

.

.

Author bila nak buat konflik, author nak konflik tu teruk.

(I know I teruk and I'm sorry.)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top