Bab 14🔒
🌻
Ting!
Ting!
Ting!
Ting!
Ariel hanya mendiamkan diri, tidak bergerak mahupun berganjak untuk mendapatkan phonenya yang berdering ria atas meja, keningnya diurut, sakit dikepalanya makin menjadi- jadi, tambah lagi dengan kerja dan masalahnya yang timbul baru- baru ini.
Clek!
"Sayang, awalnya awak balik kerja hari ni.." ucap Jungkook, pintu bilik kerja Ariel dibuka luas sebelum dia menapak masuk kedalam ruangan tersebut. Ditangannya, ada secawan kopi untuk gadis itu.
Kening Jungkook berkerut melihatkan sikap Ariel yang hanya bersahaja dengan phonenya yang tak berhenti- henti berbunyi. Cawan kopi diletakkan diatas meja.
"Em, tak nak jawab ke mesej? Mana tau penting?" tanya Jungkook. Ariel menggeleng kecil, tangannya lincah menaip diatas keyboard laptop.
"Kenapa senyap je ni? Banyak sangat ke kerja hari ni? Em? Sayang?" soal Jungkook, Ariel tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri. Jungkook menjadi pelik. Dia bergerak merapatkan diri dengan Ariel sebelum memberikan back hug pada Ariel.
"Kenapa ni?" soal Jungkook lembut.
"Sayang, cakaplah something.." bisik Jungkook.
"Nak cakap apa?"
"Macam selalu.."
"Saya busy, maaflah" jawab Ariel lembut. Jungkook mengukir senyum, faham dengan pernyataan dari Ariel. Dia jarakkan diri dari gadis itu, lalu meneliti kertas- kertas yang sedikit bertaburan atas meja kecil dia ruangan tersebut. Phone Ariel yang dari tadi asyik berbunyi mengusik hati kecilnya. Dia menjadi tanda tanya.
Senyap- senyap Jungkook capai phone Ariel, hatinya bersorak gembira bila phone tersebut tidak mempunyai sebarang password. Berhati- hati dia menekan mesej yang baru masuk dari nombor yang tak tercatat sebagai kenalan isterinya itu.
Mata Jungkook membulat sebaik melihat isi dari mesej tersebut. Gambarnya ketika di gym bersama dengan Nadine! Menyirap darah Jungkook bila melihatnya, sudah dia agak, Nadine datang bukan tak ada sebab, mesti ada motif yang tersembunyi dan inilah sebabnya!
"Sayang.."
Tiada sahutan dari gadis itu, Jungkook mengetap bibir. Phone diletakkan atas meja sebelum dia kembali mendekati gadis itu.
"Ariel, awak dah tengok gambar yang kena send ni?" soal Jungkook.
"Kalau ya pun, apa saya boleh buat? Awak memang suami saya, tapi saya tak boleh control semuanya. Awak keluar, suka ataupun cintakan orang lain, itu hak awak, bukan hak saya" balas Ariel buatkan Jungkook mengetap bibir. Sedikit terasa dengan kata- kata Ariel.
"Awak tak percayakan saya?"
"Awak tak percayakan saya ke, sayang?" ulang Jungkook lembut, lengan Ariel disentuhnya lembut sebelum tapak tangan gadis itu diraih sebelum diciumnya.
"Baiklah, biar saya terus terang kepada awak, dia tu Nadine, bekas isteri kedua saya. Dia datang nak greet saya dan ucap tahniah, dia memang macam tu, sedikit touchy. Percayalah sayang, tak ada perkara yang berlaku selepas tu.." terang Jungkook lembut. Jari Ariel menyentuh bibir Jungkook.
"Stop gelar gadis lain as you ex wife. Saya tak suka, saya rasa lain macam dan saya rasa saya ni hanyalah pilihan kedua awak. Stop saying that, masa lalu hanyalah masa lalu. Saya minta maaf kalau fikir yang bukan- bukan pasal awak.." ucap Ariel, tapak tangannya mengusap pula pipi Jungkook.
"You just greet her than go, right? Not more than that?" soal Ariel. Bibir Jungkook mengukir senyum kecil. Keningnya dijongketkan.
"Kenapa? Sayang cemburu?"
Ariel senyum kecil, bibir Jungkook diusapnya lembut. Lengan Ariel melingkar pada leher Jungkook buatkan jantung lelaki itu berdebar tidak tentu arah. Jarak mereka yang sangat rapat buatkan wajah Jungkook serta merta menjadi merah.
"Wajarlah saya cemburu, sayakan isteri awak. Wajar rasa cemburu tu ada pada saya. Lagipun, siapa je yang tak jatuh hati pada Jungkook yang kacak ni?" Ariel kenyitkan anak matanya pada Jungkook. Bertambah merah wajah lelaki itu.
"Erk, ehem!"
Jungkook batuk kecil. Serta merta dia jarakkan dirinya dengan Ariel sebelum berdiri tegak. Hidungnya digosok, lehernya diusap. Kekok, malu, resah, gelisah semuanya bercampur menjadi perasaan yang serba serbi. Jungkook pelik sendiri, perasaan sebegitu hanya hadir bila dia bersama dengan Areil.
"Em, sayang nak apa- apa tak? Saya boleh sediakan memandangkan saya tengah free ni.." Jungkook mengantung ayatnya bila terasa tapak tangannya disentuh. Wajah Ariel dipandang.
"Can you give me a kiss?"
"A kiss?" soal Jungkook sedikit terkejut, dia tergagap sedikit. Ariel berdiri tegak berhadapan dengan Jungkook.
"Now?"
"Yes, now" pinta Ariel dengan wajah tenang. Dia hanya mampu menahan gelak bila Jungkook sudah tidak keruan mendengar permintaannya tadi.
"Sayang, no.." Jungkook ketap bibir, Ariel ketawa kecil. Dia jongket kaki sebelum bibirnya mencium pipi Jungkook. Dia tersenyum lalu langkah kaki dibawa keluar dari ruangan tersebut.
Pipi Jungkook memerah.
Argh! Jantung jangan buat hal!
.
.
Jungkook jelly?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top