+ 20

Disebabkan Mina dah tidur , jadi Jimin keseorangan , tak tahu nak buat apa sekarang ni .

Nak main aci ligan duduk dengan Mina tapi dah terbongkang dah atas katil, nak main fon , bateri pulak habis.

Nak tak nak , remote tv diambil lalu Jimin menekan punat ' on ' lalu skrin tv terus terpasang .

Bukak je tv ,

Dora The Explorer terus muncul mewarnai hidup anda.

" awak nampak di mana swiper si pencuri ? " soal Dora.

" dekat belakang semak tuh , " jawab Jimin .

Sudah terang lagi bersuluh Swiper si pencuri ada dekat semak, apa bangang sangat soalan ni.

" di mana ? " soal Dora lagi dengan tersenyum,
monyet yang memakai boot di sebelah Dora juga turut tersenyum.

" pekak eh ? aku cakap dekat belakang semak ! "

marah Jimin , kartun ni memang mencabar kesabaran Park Jimin.

" di belakang semak ? "

Tanpa berlengah , tv banasonic dilempar ke dinding .

" HAH GERAM AKU ! AKU CAKAP DEKAT BELAKANG SEMAK , BERAPA KALI TAH NAK TANYA , BODOH PUNYA DORA "

TOKKK TOKKK TOKKK TOKKK TOKK TOKK

" siapa pulak yang ketuk pintu rumah aku tengah-ii malam buta ni ? dah la salam tk bagi , ketuk pintu pun kemain kuat hehh "

bebel Jimin lalu memulas tombol pintu dan tubuh badan Jimin terus dipeluk erat.

Air mata Taehyung tak berhenti menitis. Fungus dan mukus Taehyung juga turut menitis dan melekat di bahu Jimin.

" HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA , HAERIN TINGGALKAN AKUU JIMIN . AKU DAH JADI JANDAA JIMINNNNN ! JIMIN !!!! HAE--HAERINN !!! DAN TAK SEHARUSNYA AKUU BERTEMU DIRIMU DI DUNIA INI "

Jimin menepuk belakang badan Taehyung perlahan ,

" Al-fatihah buat arwah Haerin. Alhamdulillah hi robbil alamin ar-rahma nirrohim, "

penampar gojes selamat mendarat di kedua pipi Jimin .

" Dia tk mati lagi bodoh , dia cuma ti-tinggalkan aku HUWAAAAAAAAAAAAAAAA "

Mina yang tadi tidur sudah terbangun dek kerana terdengar suara Taehyung .

Ganggu tidur orang betul dia ni--

" Ni apahal memekak dekat rumah orang tengah malam buta nih , tk reti hormat orang tidur ke ? " soal Mina.

" Haerin tinggalkan Taehyung " baru sahaja Mina mahu menadah tangan untuk membaca Al-fatihah ,

" bukan mati , cuma tinggalkan Taehyung jelah "

tangan diturunkan semula.

+++

Tanpa disedari, langit yang gelap pun mulai bertukar cerah. Selepas 5 jam Taehyung menangis , akhirnya tangisannya berhenti juga.

Masih susah untuk menerima kenyataan bahawa Haerin telah pergi tinggalkan dia. Bila dia call Puan Park dan bertanyakan tentang Haerin,

Puan Park juga tidak tahu keberadaanya. Taehyung benar-ii buntu, di mana Haerin? Kenapa dia berbuat sedemikian ?

Tak kesian ke dekat Taehyung ? Macam mana kalau ada apa-ii jadi pada Haerin ? Dia buat apa sekarang ni ?

Keluhan berat dilepaskan,

" padan muka kau jugak , masa dia ada kau tak jaga dia elok-ii. Semua benda kau berkira padahal bukan sesiapa pu isteri kau jugak . Hah bila takda , baru nak insaf? Itulah balasan untuk orang yang kedekut macam kau , haritu aku ingat kau dah nak insaf tapi tk jugak . Hah sekarang baru nak menyesal ? gi mati--"

padu betul ayat Jimin.

Taehyung meraup wajahnya kasar.

" Aku berjimat untuk kebaikan dia jugak , sekarang ni barang semuanya mahal bukan murah . Tambah pulak dia mengandung , kos check up dengan kos beranak lagi "

balas Taehyung , tak reti insaf lagi beruk ni.

Jimin gulingkan mata ke atas , nasihat pun tak menjadi.

Lantak kaulah Taehyung--

" Eh Mina mana ? Bukan ke dia keluar dengan bini aku semalam ? " soal Taehyung.

" SAYANGKU MINAAAA ! MEH DEKAT ANJE KEJAP ! "

" KEJAP ! "

Mina meletakkan pinggan ke dalam singki lalu mengatur langkah ke ruang tamu rumah.

" wae ? "

soal Mina sinis.

" Awak ada keluar dengan Haerin kan semalam ? " soalan Jimin dibalas dengan anggukan .

" Tapi lepas habis beli barang dapur , kitorang terus balik . Aku nampak dengan batang hidung aku sendiri yang dia masuk dalam rumah . Tah-tah Tae cakap dia tinggalkan Tae , itu memang Mina tak tahu tapi Mina rasa Mina tahu sebab apaa dia tinggalkan Tae "

Tae yang tadi tertunduk terus mendongak pandang Mina,

" sebab apa ? "

" kau tahu tak semalam birthday dia ? "

Taehyung kaku.

Sumpah tk ingat !

" aku tahu yang kau mesti tak ingat kan ? kau tahu tak isteri kau tu dah bersabar dengan kau lama dah? Kadang-kadang dia ada cerita dekat aku yang dia dah tak kuat nak hadap sikap kau tu tapi disebabkan dia sayang kau,

Dia hadap jugak , tapi lately ni kedekut kau menjadi-jadi, stress si Haerin tu tahu tak ? teruk lah kau ni Tae , kau ceraikanlah dia . Aku pun sakit hati dengan perangai hanat kau "

terang Mina panjang lebar.

Taehyung tertunduk, suami jenis apa dia ni ?

" aku rasa better kau berubah, demi kebaikan isteri kau jugak . Kalau kau tak berubah , aku rasa kau memang tak ada harapan untuk jumpa isteri kau lepas ni "

nasihat Jimin .

Demi kepulangan Haerin, aku perlu berubah! tapi salahkah aku berjimat-cermat ?

itu bukan kesalahan yang besar pun.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top