Bab 10
"Kau takkan dapat lari dari aku kali ini."
Taehyung tersenyum sinis.
———————
Seul Min POV
"Betul ke apa yang aku nampak? Berita tu cakap Jeon Jeongguk tapi gambar yang terpampang kat televisyen tu......
Wajahnya seperti Jungkook."
Aku memegang daguku tanda berfikir dan dalam masa yang sama, aku mengerutkan dahi.
"Tak mungkin orang yang menumpang rumah aku pembunuh bersiri?" Aku menelan air liur dengan kasar.
-------
Hati aku berdegup dengan kencang. Peluh mula membasahi pada dahiku. Kaki aku terasa berat mahu melangkah. Hanya 1 meter sahaja lagi jarak kedudukan aku dengan pintu rumahku.
Tak mungkin selama ni lelaki yang aku bagi dia menumpang adalah pembunuh bersiri?
Eomma, menyesalnya anakmu ini tak dengar nasihatmu')
Aku memasukkan kunci ke dalam tempat yang sepatutnya. Aku memulas tombol pintu dengan perlahan. Jantungku memainkan rentaknya.
Jap?! Kenapa dalam rumah aku ni gelap? Rasanya aku bukak lampu sebelum keluar rumah tadi. Siap pasang lagu disko lagi.
Tibe
Si jebon tu mana?
"Gulp."
Aku perlahan-perlahan membolos masuk ke dalam rumah melalui pintu.
Takkanlah pakai tingkap kot.
Aku menapak beberapa langkah ke hadapan dan serta-merta pintu di belakang aku tutup dengan sendirinya.
Aku tersentak.
Kedengaran bunyi tapak kaki dari arah belakangku. Bulu romaku meremang saat hembusan kasar berada tepat di belakang leher milik aku.
"Kang Seul Min."
Helaan nafas lelaki itu jelas berada di tepi telinga kiriku. Aku memejam mata dengan erat. Kedua-dua tanganku menggigil dengan hebat.
"Hm kenapa tangan sayang menggigil ni? Takut dengan lelaki yang bernama Jeon Jungkook eh?" Ketawa sinis turut menyapa pendengaranku.
"Or I should call him, Jeon Jeongguk?"
Serentak mataku terbuntang dengan luas.
———————
Tubuh badanku berdiri kaku seperti patung. Aku mengetap bibirku seraya memejam mata dengan erat.
Tubuhku mula menggigil. Jantung mengepam darah dengan laju.
Kerana...
Namja itu memegang pisau kecilnya lalu mendekatkan alatan tajam itu di sekitar pipiku.
Jungkook memeluk pinggangku dari arah belakang sambil menggerakkan pisaunya ke arah leher jinjang aku.
Sesiapa bantu aku?!
"You're smelling sweet, sweetheart." Dia menghidu rambutku dengan penuh nikmat.
"Strawberry. Hm I like."
"J-jebal jangan a-apakan aku," aku merayu dengan sepenuh hati. Jungkook tersenyum sinis.
Mungkin puas hati dapat takutkan aku.
"Hm aku rasa mamat si*l tu nanti serbu rumah ni kejap lagi. So, honey aku nak berterima kasih sebab tumpangkan aku kat rumah kau. Thank you for taking care of me, sayang." Jungkook menarik tubuhku menghadap ke arahnya.
Aku terkedu dengan perbuatan Jungkook.
Dia menatap aku dengan tatapan lembut. Sepasang tangannya memegang erat pada bahu milik aku. Betul ke dia ni pembunuh bersiri?
"JEON JEONGGUK KELUAR! AKU TAHU KAU MENYOROK KAT SINI! JANGAN JADI PENGECUT SANGAT! KELUARLAH!"
Kedengaran suara milik seorang lelaki dari arah luar rumahku.
Aku rasa rumah aku dikepung oleh polis.
Kelihatan wajahnya merah menahan marah dan sepasang matanya memandang tajam ke arah pintu.
Bila-bila masa sahaja polis boleh merempuh pintu utama rumahku. "J-Jungkook, polis ke tu?" Aku menyoal dengan takut. Tak pasal-pasal aku jadi mayat malam ni.
"Heh siapa lagi yang cari aku kalau bukan polis bangs** tu."
"JANGAN HARAP KAU DAPAT LEPASKAN DIRI KALI NI JEONGGUK! RUMAH INI DAH DIKEPUNG! KAU TAK DAPAT NAK LARI LAGI! AKU KATA KELUAR KELUARLAH! MENYERAH DIRI SEKARANG!"
"Ceh ingat aku ni senang macam tu je nak menyerah diri. Idgaf." Jungkook menjilat bibirnya dengan malas.
Kepalanya memikirkan rancangan untuk keluar dari rumah tanpa dijejaki oleh polis-polis itu.
Jungkook beralih memandangku. "Jungkook, awak nak lari?" Aku memandangnya dengan sayu.
Entah kenapa aku rasa aku takut kehilangan dia dan aku rasa aku dah jatuh cinta dengan lelaki yang bernama Jeon Jungkook.
Walaupun dia pembunuh bersiri.
"Yes, dear. Aku harap kau tak rindukan aku, sayang," Jungkook senyum sekilas lalu mencium dahiku dengan penuh kasih sayang.
D-dia cium dahi a-aku?!
"Jaga diri kau dan hati kau untuk aku. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi. See you soon, sweetheart."
———————
"I will find you."
Perkataan terakhir yang aku sempat dengar daripada Jungkook.
Sebaik sahaja Jungkook lari melepaskan diri, serentak itu seorang anggota polis menyerbu rumahku diikuti dengan sekumpulan polis yang lain.
Tinggal lah aku seorang diri di dalam rumah ni.
"Sh*t! MANA DIA PERGI?!" Suara tu macam familiar.
Sekumpulan polis dikerah mencari Jungkook setiap pelosok dalam rumah aku.
Eh tu bukan ke mamat cashier kat 7-Eleven ke tadi?
"Kau tahu tak mana pembunuh tu? Sila bagi kerjasama."
Uish masa kat 7-Eleven tadi punyalah muka suci ditambah pulak dengan kecomelannya. Tapi sekarang bukan main lagi renungan menggoda dia bagi kat aku.
Dasar.
Nasib aku dah taken. Eh?
"M-maaf dia hilang macam tu je. Saya tak sempat nak halang dia tadi."
Tipu sunat je lah Seul Min. Tch dia bukan nak tanya keadaan aku okey ke tak tapi dia tanya keberadaan jungkook heh kurang asam.
"Dia ada cakap tak dia pergi mana-mana?"
"Nak cakap apanya dari tadi dia letak pisau kat pipi saya. Memang saya senyap lah."
Ok tipu sunat lagi. Tapi memang betullah jungkook ada pegang pisau tadi.
"Inspektor Kim! Tiada tanda-tanda dia menyorok kat sini inspektor! Kami syak dia betul-betul larikan diri!"
"Aish! BODOH!"
Aku hanya merenung langsir yang beralun ditiup oleh angin malam.
Jungkook, awak kat mana? betul ke awak akan cari saya?
———————
3 tahun kemudian
Seul Min menjinjit dua plastik yang dipenuhi oleh barang yang dibelinya dari 7e. Stok makanan katanya.
"Kan best kalau aku boleh terbang hm."
Tanpa Seul Min sedari, setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh seseorang dari dia datang ke kedai serbaneka itu sehingga keluar dari kedai itu.
Seram bukan?
"Lepasni nak buat apa eh?" Gumam Seul Min seraya mengorak langkah menuju ke rumahnya.
Ketika Seul Min berada dalam dunianya sendiri, ada sepasang tangan menariknya masuk ke dalam lorong yang gelap dan sunyi itu.
Seul Min menjerit kecil saat lelaki asing itu menariknya secara tiba-tiba. Lelaki yang tidak dikenali itu segera menutup mulut gadis itu kerana bimbang jika perempuan ini cuba memusnahkan agendanya.
Seul Min POV
"UMMPHH!"
"Shh.. ini aku, kesayangan kau." Mata aku membuntang luas. Sumpah terkejut.
How can he is standing in front of me right now?
Dia mula melepaskan tangannya yang berada pada mulutku.
"J-Jungkook?"
Bibir yang merah itu mula membentuk senyuman menggodanya.
"Miss me?"
THE END
A/N:
Pada 16 Oktober, 11:26 pm short story Yeon yang kedua akhirnya dah tamat! Hip Hip Hooray! Bayangkanlah dari bulan 7 sampai bulan 10 perghhhhh HAHHAHHA baru siap 🤣 I'm so sorry if I make all of you keep waiting for updating my fanfics. Jeongmal mianhae🥺
Actually Yeon buat short story ni sebab nak celebrate yang Yeon dah setahun being a writer hehe❤️
Haaaa yang masih tertunggu dgn update ff yeon yang lain tu, Yeon terpaksa hiatus hiks sbb spm is around the corner skskkskskks
To my beloved readers,
Mesti korang tertanya2 about Yeon kan? Yelah tetiba je Yeon diam pastu menghilang in a month. Senyap je xde khabar berita, even ig pun Yeon dh xde up story apa semua tu kan?
I'm really sorry 🥺
Don't worry Yeon ok je alhamdulillah sihat walafiat. How about you? Yeon baru je harini habis trial spm hm tak tahulh nk ckp mcm mana. Hopefully ok je heee
Btw thank you for reading my fanfics, yeorobunnn🥰
Kepada sesiapa yang menantikan update ff yeon tu, harap korang sabar menunggu okie. beberapa bulan je lg. Tunggu yeon tau! InsyaAllah habis espiyem Yeon buat special comeback utk korang❤️
A big thank you for my readers who being loyal to me until now💜 I appreciate so much<3!
Love you always, peeps!
XoXo, Yeon ft Taehyung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top