035

nobody

" kim taehyung ! hati - hati potong ayam tu ! nanti jari luka ha siapa susah ? saya juga "

" tenang . saya hebat bab memasak ni . selalu nampak omma masak hehe "

" tu bukan hebat namanya . awak potong ayam tu laju - laju nak gi ane ? bukannya ayam tu lari pun . haih . meh sini saya ajar cara yang betul -- ADOIII !! "

gadis bernama nara itu berguling - guling di atas lantai simen gara - gara ibu jari kaki kanannya terlanggar kaki meja .

taehyung kaget . dia berhenti memotong ayam lalu berlari mendapatkan isterinya yang sudah ayam golek dah kat atas lantai tu .

" WAEGURAEEE ???? "

" KAKI SAYA HUWAAAAAA "

nara tayang muka sedih . taehyung bingung , nak tolong dulu ke atau nak gelak dulu .

" haih , mana yang sakit ni hm ? meh sini saya tengok "

nara stop berguling pastu angkat kaki kanan dia .

" nampak tu ibu jari kaki saya merah ? ha tulah yang sakit "

" oh . japgi hilanglah tu sakitnya "

taehyung bangkit untuk kembali dengan aktiviti memotong ayamnya , meninggalkan nara di atas lantai simen .

nara merengus geram . nak je dia sekeh kepala si taehyung tu guna jag .

" taehyung ! taknak tolong ke ? "

" bangunlah sendiri . takat ibu jari kaki je kot yang sakit "

selamba badak je anak kim ni bercakap membuatkan kegeraman nara makin menggunung .

" cis " nara mencebik . dalam hati dia sudah menyumpah serana si taehyung ni . kalau ya pun , hulurkanlah bantuan . ini tak . main tinggal je bini kesakitan kat atas lantai .

" nak merajuk la tu . saya gurau jelah . nah sambut tangan saya ni " taehyung berbalik semula ke arah nara lalu menghulurkan tangan kirinya .

malas nak merajuk lama - lama , nara pun sambut jelah huluran tangan itu .

tak sampai 2 saat tapak tangan nara mendarat di atas tapak tangan taehyung , jejaka itu sudah menarik tangan isterinya .

refleks , gadis itu terpeluk suaminya sendiri . mukanya pula merah habis kalah cili api . bukan sebab marah , tapi sebab malu sksksk .

yang lagi buat nara rasa nak meletop , dia boleh dengar degupan jantung taehyung yang laju mengalahkan kelajuan rap suga bitiyesh dalam cypher pt.2 .

dan author pun memainkan lagu berjudul for you nyanyian opparr bitiyesh sebagai muzik latar memandangkan lagu tu sesuai sangat dengan scene berkerengga macamni auch .

tapi belum sempat part intro dinyanyikan oleh jungkook bitiyesh , lagu for you itu tiba - tiba saja bertukar kepada lagu love is not over dengan ditemani bunyi hujan gerimis .

ini semua gara - gara taehyung yang tiba - tiba saja tukar scene sampai music background pun tertukar sekali .

pada mulanya dia memang mahu membalas pelukan nara namun ada sesuatu yang mengganggu fikirannya membuatkan dia menolak perlahan gadis itu menjauhinya .

omma kim , bayangan wanita itu bermain di fikiran . bagaimana keadaan wanita itu yang kini sedang berkurung di rumah teres mereka ?

punca utama mengapa omma kim tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anak tunggalnya adalah disebabkan si tuan rumah yakni lelaki tua gemuk datang buat rondaan depan rumah .

sepatutnya deadline bayaran sewa adalah pada hari esok . tapi entah apa masalah lelaki tua tu datang awal . eksaited sangat nak kutip hutang . tak senang taehyung mahu packing barang miliknya dan ibunya untuk dibawa pindah ke istana .

yang buatkan omma kim berkuarantin dalam rumah adalah sebab lelaki tua itu tampak seperti terlalu obses terhadap wanita itu .

kesian omma kim , nak keluar rumah pun insekiyo . ini semua salah lelaki tua tu la . obses punya pasal sampai everyday datang rumah nak stalk . memanglah orang takowd .

" nara . harini kita makan ayam goreng je ke ? taknak tambah nasi ke apa ke " ujar taehyung bagi menghilangkan kejanggalan yang berlangsung selama 5 saat antara dia dan nara .

jejaka itu mengusap belakang tengkuknya . kepalanya masih serabut . hatinya pula dilanda kerisauan .

dia berharap sangat ibunya sudah siap packing barang - barang . dia mahu membawa ibunya itu pindah ke istana , bebas dari lelaki tua gemuk yang serupa sasaeng fans itu .

" nak tambah nasi macamana ? manada beras kat dapur ni . ayam je yang saya jumpa dalam peti sejuk "

jawapan yang diberikan nara membuatkan taehyung berfikir sejenak .

nampaknya dia sudah boleh dapat alasan yang boleh dia gunakan untuk dia balik ke rumah ibunya .

" oh kalau macamtu -- biar saya pergi belikan beras ! tak lengkap sarapan kita kalau takde nasi ehee . awak jaga diri baik - baik kat sini , saya nak pergi kedai runcit kat kampung dulu "

taehyung mengusutkan rambut gadis itu . baru setapak dia melangkah untuk beredar , pergelangan tangannya tiba - tiba saja digapai oleh nara .

" awak nak pergi kampung ? nak ikut ! saya teringin nak pergi kampung tu juga ! "

jejaka itu sudah mula merasa fening kefala . aduhai kenapalah anak raja ni tetiba nak ikut pulaaa . susahlah dia nak ke rumah omma kim kalau macamni .

nara pula tayang muka comel , nak memujuk . sebenarnya dari dulu lagi dia teringin nak ke kampung bawah bukit tu tapi ....

" kamu -- nak tak keluar jalan - jalan kat luar sana ? "

" luar ? luar mana ea ? "

" luar la . contohnya , kampung yang kat bawah bukit sana tu . boleh singgah rumah halmeoni . nak ? "

nara mengherotkan bibirnya sambil berfikir . selalunya kalau orang berfikir , urut dagu . dia je lain dari yang lain .

" erm taknaklah . nanti semua ingat nara ni pencuri sebab nara pakai topeng . nanti dorang tangkap nara -- uwaaa takodddd "

halmeoni park membalas dengan anggukkan kecil . senyuman tipis terbit di bibir wanita berusia hampir seabad itu .

" kalau itu yang nara mahukan , baiklah . halmeoni tak mahu paksa . bila nara dah ada keyakinan diri untuk keluar , keluarlah . nikmati udara segar . halmeoni rasa serba salah sebab biarkan kamu terkurung di sini "

nara tidak membalas sebaliknya dia menghantar pandangan ke arah pemandangan kampung di bawah sana . teringin juga dia nak tengok kampung zaman liechtenstein tu macamana .

" maaf , nara . bukan saya taknak bawa tapi -- " taehyung terjeda seketika , memikirkan sambungan untuk ayatnya .

" apa tapi tapi ? awak cemburu kalau ada lelaki ngorat saya ? atau saya tersesat kat kampung tu ? cenggitu ? "

nara mengutarakan soalan . laju saja taehyung mengangguk . fuh takyah dia struggle cari alasan apa nak bagi .

" hm yelah . saya duduk sini . tapi jangan lupakan sesuatu untuk saya . janganlah beli beras je "

" baik ! lepas saya beli beras , saya belikan awak mochi ! nae ? "

nara mengangguk . taehyung pula dah jerit horaa horeyy dalam hati .

sekarang dia tak perlu risau kalau nara diapa - apakan lelaki tua gemuk itu sebab pemilik takhta hatinya dijamin selamat di istana .

yang perlu dirisaukannya sekarang adalah keadaan si ibu yang tengah berkuarantin di rumah .

-

what's your reaction kalau aye kata ff ini akan tamat tak lama lagi ?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top