028
nobody
SKRREEETTTTTT !
yuha memberhentikan kereta mercedes yang dipandunya menyebabkan hidung mancung lagikan precious taehyung tersembam pada belakang kusyen tempat duduk yuha .
cermin pandang belakang diperhatikan . gadis itu lantas menoleh ke belakang apabila terlihat pantulan taehyung yang sedang mengusap hidungnya .
" kenapa dengan hidung tu ? " soalan polos itu terbit dari bibir yuha .
" ni ha . terkena natang ni " taehyung menuding jarinya ke arah kusyen yang menjadi punca kepada hidungnya kemerahan .
ceh , dia yang tak pakai tali pinggang keledar . salahkan kusyen pula .
" saya break mengejut sangat ke ?! hidung tu masih mancung lagi tak ?!! tak penyek ke , apa ke ??! "
" ada nampak hidung saya penyek ke ? "
taehyung menayangkan raut wajah derp . tangannya yang sedari tadi mengusap hidungnya yang kemerahan dialihkan .
walaupun hidung merah macam badut tapi tetap hensem eh sksksk .
" fuh . syukur tak penyek . kalau tak , habislah aku kena saman " yuha menghembuskan nafas lega .
jejaka yang segak berpakaian ala - ala tuan putera itu seraya mengalihkan pandangan ke luar tingkap kereta apabila sudah memastikan warna hidungnya yang tadi kemerahan bertukar kepada warna asal .
" ha tunggu apa lagi ? keluar ah " hambek kau akak dukun dah bertukar jadi kaklong kawasan beb .
" eh biar betul ? takkan saya nak kena naik bukit tu ? "
raut wajah taehyung jelas menunjukkan yang dia tidak ingin menaiki bukit semata - mata untuk ke istana di atas sana . nanti berpeluh . busuk !
" ingat senang ke nak pandu kereta mahal macamni naik bukit ? dah la saya takde lesen . main bedal je pandu ni senanya . wuu saya pun baru tau yang saya ni pandai memandu hehe "
" ceh . takde pun orang suruh dia tukar pasu bunga omma jadi kereta . tukar jadi kuda pun cukuplah "
" bising la lagi bising . nak saya pandu balik rumah ke ? melepas nanti jumpa tuan puteri " yuha menjelirkan lidahnya ke arah taehyung .
pepatah pernah mengatakan , perempuan selalu menang . oleh kerana itu , taehyung memilih untuk redha sahaja demi chenta hati acewah kau .
" hm baiklah , saya naik . tapi jangan tinggalkan saya pula "
" yeeeee "
usai mendapat balasan ringkas daripada yuha , pintu kereta dibuka dan taehyung pun melangkah keluar dari perut kereta .
jangan risau , taehyung dah pandai buka pintu kereta gais ~
-
nara
aku sekadar diam membatu . rancak betul taeyong membawang eh berbual dengan kawan dia tu sampai lupa kewujudan aku kat sebelah dia ni .
sambil tu , aku perhati juga kawan taeyong ni . dari tadi dia senyum je . bersinar - sinar pula tu senyuman dia . tak penat ke otot pipi tu bang ?
bila aku scan muka dia dari rambut sampai ke dagu tajam dia , muka dia betul - betul seiras dengan sorang artis ni .
jap jap , bagi aku ingat balik nama artis tu .
muka dia sebijik macam ....
" ya tuhan , hampir beta terlupa ! tuanku putera jung hoseok , kenalkan ini adinda beta , tuan puteri lee nara "
.... J - HOPE MEMBER BITIYESH !
uish lepas taeyong kenalkan aku kat kawan dia , terus ingat aku nama artis tu . jampi apa kau pakai ni abang oi .
" adinda ? " lelaki yang diberi nama putera jung hoseok itu pun mengerutkan dahinya .
mesti dia ingat adinda yang taeyong maksudkan tu bini . padahal adik je kot .
" ya . adinda . adik tiri beta "
hoseok meng'ohhhh'kan pernyataan taeyong sambil anggukkan kepala .
" patutlah tak pernah nampak " ujar hoseok sambil memandang ke arahku dengan senyuman yang aku rasa dah setengah jam tak lekang dari bibir dia .
aku sekadar senyum senget . aku tau dorang berdua takkan nampak senyuman aku ni sebab aku pakai topeng sksksk .
syukurlah dorang tak nampak . kalau dorang nampak , tak ke nanti lari lintang pukang ?
suasana di antara kami bertiga menjadi sunyi sepi walaupun muzik klasik berkumandang dan tetamu jemputan sudahpun menari bersama pasangan masing - masing .
tak hormat orang single langsung .
" tuanku puteri lee nara , beta tuan putera jung hoseok . asal dari kerajaan seokland . selamat berkenalan , tuanku "
hoseok secara tiba - tiba menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan aku . disebabkan aku ni bukanlah orang yang sombong so aku pun balas la huluran tangan dia tu .
" kalau adinda nak tau , putera hoseok inilah yang hadiahkan horseok untuk istana kita . sebab itulah kanda berikan nama horseok sebagai tanda terima kasih " tambah taeyong . aku taktau nak balas apa , aku anggukkan je kepala .
aku nak tarik balik tangan aku ni , tapi nampaknya jantan -- i mean putera kat depan aku ni macam taknak lepaskan je tangan aku .
" err ... boleh lepaskan tak ? " aku gerak - gerakkan tangan aku . seperti baru tersedar dari lamunan , putera hoseok pun cepat - cepat tarik tangan dia .
" mianhae " ujarnya sambil usap belakang tengkuk .
pandangan aku dialihkan pula pada taeyong . muka dia nampak sangat yang dia tengah tahan gelak .
jap jap aku tak faham . apa yang jadi ni sebenarnya ? mengapa lelaki begitu complicated ?
" beta mahu bersantap dahulu . kamu berdua bolehlah bersembang dahulu ya " taeyong menepuk bahu hoseok dua kali pastu dia pun blah .
maka tinggal aku berdua dengan hoseok sambil ditemani bunyi cangkerik .
" nampaknya ramai jemputan yang dah menari . sudikah tuanku menjadi pasangan beta untuk menari bersama ? " untuk kali kedua , hoseok hulur tangan dia . bezanya , tadi dia nak bersalam . sekarang dia ajak menari .
aku tidak bersuara sebaliknya aku just gelengkan kepala . gila ke aku nak menari ? aku menari sumazau pun dah macam burung pipit .
hoseok melangkah beberapa tapak menghampiri aku . dengan gelabahnya , aku undurkan diri .
" kenapa tuanku berundur ni ? " soalnya polos . aku ketap bibir .
dah kau maju , aku undur la . soalan apa kau tanya ni !
" yang tuanku dekat dengan saya ni dah kenapa ? "
" bila seorang putera itu sudah berkenan dengan seorang puteri , topeng yang tersarung di wajah si tuan puteri akan ditanggalkan oleh sang putera . dan itulah apa yang dilakukan mereka sekarang "
hoseok menuding jarinya ke arah beberapa orang pasangan yang tengah menari dengan lemah - gemalainya .
betul apa hoseok cakap , kebanyakkan perempuan yang ada kat ballroom ni semua dah tanggal topeng . itupun bukan dorang yang bukak sendiri , tapi tuan putera yang tolong bukakan .
aku mula jadi tak keruan . siapa do yang buat permainan macamni ? bila menari , kena buka topeng . muka aku dah macam hulk , jangan sampai aku yang jadi hulk kat sini !
" maaf tuanku . banyak lagi puteri - puteri lain yang lagi cantik yang boleh tuanku ajak menari "
kedua kakiku diangkat untuk blah . langkah dipantaskan sebab khuatir yang hoseok akan kejar aku .
sambil lari , sambil aku toleh belakang . syukurlah aku ni kecik , dapat juga aku reda lautan manusia di sini .
lari punya lari , tiba - tiba saja hidung aku tersembam pada dada bidang seseorang .
auch , hidung aku ~
-
adakah tulang rusuk anda bergetar selepas melihat gambar ini ? HAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top