024
nobody
sejak semalam , nara ditemani permaisuri lee . kedua - duanya berkurung di dalam kamar nara .
demi mengisi kebosanan , mereka berdua membuat tinjauan di bilik persalinan . nara menjadi pendengar setia kepada hujah - hujah sang permaisuri tentang bagaimana dia menjahit gaun yang terdapat dalam bilik persalinan tersebut .
setiap rumahtangga pastinya akan mengalami konflik , tidak terkecuali pasangan kerabat diraja . permaisuri lee sama seperti para isteri di luar sana . gaduh dengan suami , semestinya isteri akan merajuk . benar bukan ?
itu sebabnya permaisuri lee membuat keputusan untuk bermalam dengan anakanda tirinya , puteri nara . permaisuri itu sememangnya sudah kehilangan mood untuk bertemu dengan raja lee kerana merajuk .
usai sahaja si gadis membersihkan diri dan mengganti pakaian , dia duduk di tepi tingkap . pemandangan burung pipit berkejaran di udara dan suasana kampung memukau pandangannya .
" tengok apa tu ? " soal permaisuri lee ramah . intonasinya seolah - olah dia masih seorang rakyat , tiada terselit pun bahasa raja .
" tengok kampung tu " nara menunjuk ke arah kampung yang dimaksudkan . nak tunjuk burung , burung dah terbang ke tempat lain .
tidak tahu nak balas apa , permaisuri lee sekadar menganggukkan kepala .
" err bonda .... nak tanya , boleh ? "
permaisuri lee agak terpempan dengan ujaran secara tiba - tiba nara itu . riak wajahnya cuba dikawal walaupun hakikatnya dia berdebar - debar menantikan soalan yang bakal diutarakan .
yelah , siapa je yang tak suspen bila ada orang nak tanya soalan en ?
" b - boleh ... tanyalah "
" anakanda nak tanya dua soalan . pertama , bonda tak takut ke dengan anakanda ? semua orang yang ada kat istana ni semua takut dengan anakanda sebab anakanda pakai topeng "
" erm soalan kedua ? "
" untuk soalan kedua , kenapa bonda nak backup -- eh pertahankan anakanda sedangkan bonda baru je jumpa anakanda ... semalam ? "
nara menampar - nampar bibirnya . suasana menjadi sedikit awkward angkara gadis itu tersebut perkataan barat yang di pendengaran permaisuri lee begitu asing sepertinya mendengar bahasa alien .
" baiklah . jawapan untuk soalan pertama , bonda tak takut pun dengan anakanda sebab bonda tau anakanda takkan makan bonda "
nara mengangguk faham dengan jawapan yang diberi permaisuri itu . telinganya terus dipasang untuk mendengar balasan seterusnya .
" soalan kedua pula , bonda pertahankan anakanda sebab -- entahlah . hati bonda yang paksa . bonda rasa macam ada aura yang buatkan bonda ambil keputusan untuk tolong anakanda "
permaisuri lee mengurut dagunya ala - ala berfikir . dia juga tidak pasti mengapa dia bertindak sedemikian kepada suaminya sendiri . mungkinkah ada makna tersirat di sebalik semua ini .
" itu saja soalan anakanda , bukan ? boleh bonda pula yang bertanyakan soalan ? "
pertanyaan permaisuri lee mendapat anggukan daripada nara .
" tanyalah bonda . kalau senang , anakanda jawab hehehe "
" sejujurnya , bonda kini mengalami kemusykilan "
nara mengerutkan dahinya . wajah permaisuri lee sudah tidak seceria seperti tadi . raut wajahnya sudah berubah serius dan tegang semacam .
" bonda nak tanya anakanda -- erm tak jadilah . bonda lupa nak tanya apa "
permaisuri lee menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal . nara pula menepuk dahi .
nasiblah gadis bernama lee nara ini hudnuszon . kalau tak difikirkannya yang permaisuri lee itu sudah tua dan cepat pelupa disebabkan faktor usia , memang dah senget kepala permaisuri tu .
-
" TAEHYUNG - AH ! MARI SINI JAP ! "
berdesup taehyung berlari dari bilik ke dapur rumah sebaik sahaja namanya dilaung sang ibu .
" ye omma ? ada apa - apa ke ? "
" kalau takde , buat pe omma panggil kan ? senanya omma nak tae pergi belikan mochi kat gerai kak kiah . boleh ? "
" errr .. erm ... ahhhh .... " taehyung mengusap belakang tengkuknya . jujur , dia juga sama seperti anak lelaki lain . perasaan malas nak keluar rumah untuk tolong ibu itu tetap ada .
amboi , kalau curi bunga orang rajin kemain . suruh belikan makanan , lesap terus kerajinan .
" apa err err ? takde bantah - bantah ek . kalau omma kata pergi , pergi . jadi ini duitnya , dah pergi sekarang "
tangan kanan taehyung ditarik dan seterusnya kepingan not wang diletakkan di atas tapak tangan yang besar gedabak itu .
taehyung mengeluh . dia tidak dapat membantah arahan ibunya . terpaksalah dia seru kerajinannya untuk datang kembali .
" hm baiklah . tae pergi dulu " taehyung mula menapak untuk ke pintu utama rumah .
usai sahaja taehyung menjejakkan kedua kakinya keluar dari rumah , dia dikejutkan dengan cerita gossip daripada makcik - makcik bawang selaku jiran terdekatnya .
" kau tau tak tadi ada sorang pengawal istana datang pergi pekan pastu buat pengumuman ? "
" eh betul ke ? jadi kau ada dengarlah ? "
" ada weh ! katanya malam ni ada majlis tari - menari . jarang tau ada majlis macamni kat istana "
" aku rasa mesti tuanku raja lee nak carikan permaisuri untuk putera taeyong . maklumlah kalau tuan putera nak naik takhta , mestilah kena kahwin dulu "
" ha betul tu . tapi tulah , yang boleh datang cuma orang tertentu . sebabnya majlis tu ramai tetamu dari kerabat diraja kerajaan lain . kalau kita ni bangsawan , bolehlah kita pergi "
serentak kedua - dua wanita berusia lebih kurang 40 - an itu mengeluh . taehyung memandang kasihan terhadap mereka berdua yang jelas teringin nak bertandang ke majlis gilang - gemilang itu .
beberapa saat kemudian , barulah taehyung sedar sesuatu . untuk apa dia simpati dengan orang lain sedangkan dirinya juga mengalami nasib yang sama ?
" ala ... kalau aku dapat pergi , mesti aku dapat jumpa nara kan ? " monolog jejaka itu bersama sebuah keluhan berat .
apabila kedua makcik bawang itu sudahpun menukar topik kepada isu semasa , taehyung pun membuka langkah untuk beredar . cukuplah saja dia dengar khabar tentang majlis istana itu .
-
HOW DARE YOU TO BE TOO HANDSOME HUH ? HAMPIR TERCURANG GUE DIBUATNYA HSHSHSHSHS
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top