022
nobody
janji , satu perkataan yang memainkan peranan sebagai sebuah tanggungjawab . jikalau berjanji , haruslah ditepati . itulah perkara umum yang semua orang fahami .
namun ,
di zaman kini , maksud perkataan itu seakan diubah suai . seringkali manusia berjanji tapi janji itu sekadar meniti di bibir tetapi tidak ditepati .
siapa sangka di abad ke - 21 ini , manusia lebih gemar mengamalkan ' janji melayu ' . teknologi dan kemajuan yang dikecapi dunia menyebabkan mentaliti manusia semakin berubah mengikut peredaran zaman .
tapi pernahkah para readers sekalian terfikir bagaimana manusia di zaman dahulu menunaikan tanggungjawab mereka ketika menuturkan kata janji ?
seperti apa yang terkandung dalam pembelajaran sejarah di sekolah , peradaban manusia di zaman dahulu dan zaman sekarang sungguh berbeza . perbezaan yang amat ketara , bagaikan langit dan bumi .
senang cerita , mereka di zaman dahulu mempunyai kesedaran sivik dan peradaban yang lebih tinggi berbanding manusia kini yang semakin hari semakin dipengaruhi dengan duniawi yang seakan mengawal pemikiran matang mereka .
main point adalah janji . manusia di dinasti dahulu kala , mereka mementingkan peradaban sehingga begitu banyak etika dan pantang larang yang perlu dipatuhi .
sudah semestinya dalam bab perjanjian , mereka pastinya tidak akan sesekali memungkiri janji . benar bukan ?
omma kim , atau nama sebenarnya , kim naerin , melepaskan keluhan beratnya sebelum anak matanya memandang kembali wajah tampan anak terunanya . taehyung masih mengunci mulut , menanti si ibu menjawab persoalannya .
" omma kenal puteri yang tinggal kat istana lama tu . dia anak park ara ... "
" jadi ? " taehyung memintas ayat ibunya yang terjeda .
" eyyy aku ketuk juga kepala budak ni kang . park ara tu kawan baik omma , tu sebab omma suruh kamu kahwin dengan anak dia "
taehyung semakin tidak mengerti . sel otaknya tidak dapat berhubung dengan baik ketika ini kerana pernyataan ibunya begitu sukar difahami seperti addmath .
wanita itu memejam matanya rapat . dia menarik nafasnya sedalam yang boleh untuk mengumpul kudrat sebelum nafas dihembuskan semula . hatinya yang masih sebak cuba dikentalkan .
omma kim menceritakan sebuah kisah yang akan menjadi jawapan bagi persoalan taehyung dan juga readers .
kim naerin dan park ara , dua sahabat baik yang sentiasa berkepit bersama tidak kira ke mana jua . dua orang gadis rupawan yang merupakan pekebun istana .
keakraban mereka begitu erat . sangat - sangat erat . sehinggakan ketika park ara sah ditabalkan sebagai permaisuri lee , tidak sesekali dia melupakan kim naerin walaupun mereka berdua berbeza darjat .
pernah suatu ketika mereka berdua masih berstatus anak dara . kedua - duanya sedang berbual sesama sendiri sambil tangan mereka sibuk menanam berbagai jenis bunga yang indah belaka di taman .
" untungnya kau , ara . putera lee sayang cinta mati kau ketat - ketat kan ? lepasni kau akan jadi permaisuri dan aku tetap akan jadi pekebun "
" yah kenapa cakap macamtu , naerin ? aku taknak jadi ahli keluarga diraja sorang - sorang . aku nak bawa kau sekali . aku sayang kau . takkan aku nak biar je kawan baik aku jadi pekebun je sampai bila - bila ? "
" aku ? jadi ahli keluarga diraja ? takkanlah kau nak suruh aku jadi madu kau pula ? eh aku taknak tikam belakang kau , ara . biarlah aku hidup macamni . tengok kau dah tak senasib dengan aku pun aku dah rasa gembira "
" bukanlah , naerin ! hm apa kata -- kalau kita ada anak nanti , kita kahwinkan dorang nak ? anak kau akan jadi menantu diraja jadi kau pun boleh tumpang kemewahan di sini ! "
" tapi kalau anak kita sama jantina , macamana ? takkan nak kahwinkan juga ? "
" aku harap sangat mereka tak sama jantina . tapi aku nak kau tau yang aku takkan pernah lupakan kau . aku janji yang aku akan jadikan anak kau menantu aku supaya dia boleh merasa hidup keluarga diraja "
" ara ... "
" kalau aku lupa janji aku ni , tolong ingatkan aku nae ? aku taknak mungkir janji . aku nak kau dengan keluarga kau hidup senang . itu janji aku , naerin "
" hiks ... " omma kim menyeka air matanya yang jatuh membasahi pipi . dia tahu kisah keperitan park ara , mana mungkin hatinya tidak merasa sakit yang begitu dalam .
" park ara yang omma cerita ni , ibu puteri lee nara ? " soal taehyung . ibunya mengangguk . wanita itu mendongakkan kepalanya memandang siling , mengharap agar air matanya tidak mengalir lagi .
taehyung mengurut dagu . sel - sel otaknya yang tidak dapat berhubung dengan baik sebentar tadi kini sedang memproses jalan cerita yang disampaikan sang ibu . proses punya proses , akhirnya si jejaka sudah mendapat output yang diingini .
" omma suruh tae kahwin dengan nara sebab ibu nara dah janji nak kahwinkan kitorang ? "
" banyak tanya betul la kamu ni . kahwin sajalah dengan puteri itu . omma yakin dia akan terima kamu punya . siapa je kan nak tolak lelaki kacak macam kamu ni sampaikan omma pun boleh tergugat ? nasib anak sendiri "
taehyung diam , tidak tahu apa yang perlu dia respon . sekuntum bunga smeraldo dalam genggamannya diletakkan di atas meja .
" walaupun ibu nara dah takde , tapi dia tetap kena tunaikan janji . dia siap suruh omma ingatkan dia sebab taknak mungkir janji . kahwinlah dengan puteri nara . kita pun ada masalah dengan rumah sewa ni . kalau tae kahwin dengan puteri tu , kita boleh tumpang tinggal di istana lama "
wajah omma kim dihiasi dengan raut penuh pengharapan . taehyung memerah otaknya , cuba berfikiran matang seperti orang dewasa agar tidak tersilap langkah .
benda kahwin ni bukan main - main . dia kenal dengan nara pun tak sampai sebulan . muka sebenar gadis itu pun dia tidak tahu .
bukan itu sahaja , bagaimana pula dengan jungha ? hati jejaka itu terpaut pada gadis jelita kang jungha , semestinya taehyung perlukan masa yang begitu lama untuk berubah hati .
tapi tarikh tamat tempoh bayaran sewa rumah hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi . betul apa yang diperkatakan ibunya , mereka berdua boleh tumpang berteduh di istana lama kalau taehyung kahwin dengan nara .
soal hati cuba diketepikan . keutamaan taehyung adalah keselamatan sang ibu . kalau dengan mengahwini gadis bernama lee nara itu dapat menyelamatkan ibunya , dia rela . sayangnya lelaki itu pada si ibu melebihi segalanya .
" nanti tae jumpa dia . tae akan kahwin dengan dia . demi omma "
tanpa berfikir panjang , taehyung mengutarakan sahaja keputusan melulunya . ibunya tersenyum senang .
tapi ,
bolehkah dua orang manusia yang berbeza dunia disatukan ?
-
cukup jelas tak explanation aku tu ? ke ada yang " amende siaa dia explain ni ? " , " anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala ? " dan sebagainya ? aku main bantai je explain ikut kepala hotak aku HAHAHA
btw , nah aku belanja gambar tae yang dispatch upload ~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top