019
nobody
taehyung menyandarkan dirinya pada permukaan pintu rumah . nafas berat dihembus . pandangannya pula jatuh pada sekuntum bunga smeraldo yang setia dalam genggamannya .
" om nyom nyom ! sedapnya makanan ni HUAHUA ! "
taehyung lantas mengangkat kepalanya apabila dia terdengar sebuah suara garau yang datangnya dari arah dapur .
takkanlah suara ibunya yang persis dato siti nurhaliza itu tiba - tiba sahaja bertukar garau ? mustahil !
dengan langkah penuh berhati - hati , taehyung menapak ke dapur . rasa tidak sedap hatinya semakin menguasai . sempat juga dia berdoa agar si pemilik suara itu bukanlah toyol atau hantu atau pape jela yang seangkatan dengannya .
" KAU BUAT APA DEKAT SINI HA ? MANA MAK AKU ? "
sekujur tubuh yang sedang asyik menikmati mochi di meja makan tersedak akibat jerkahan taehyung .
" UHUK UHUK ! KAU TAK NAMPAK KE AKU TENGAH MAKAN NI ? " marah lelaki itu sambil menepuk - nepuk dadanya .
taehyung bengang . tempoh dua bulan belum habis lagi , lelaki tu muncul kembali .
" AKU TANYA KAU NI KAN . MANA MAK AKU SYAL ?! "
taehyung sudah naik angin . nada suara sengaja ditinggikan mengalahkan speaker . geram dengan lelaki tua gemuk miang tu punya pasal .
BUK !
satu tumbukan padu hinggap di atas meja makan sehinggakan pinggan berisi mochi turut tergegar angkara tumbukan tersebut . lelaki itu mengerling tajam ke arah taehyung dengan riak wajah serius , seakan kesakitan di tangannya tidak terasa .
taehyung menelan air liurnya payah . dia mula berundur setapak demi setapak ke belakang apabila lelaki itu semakin maju merapatinya .
akhirnya langkah taehyung terhenti apabila belakang badannya bertemu dengan dinding . pergerakannya terkunci namun sedaya upaya raut wajah acah macho dikekalkan .
" kau tak pernah belajar sivik ke budak ? walaupun kau tak pergi sekolah , tapi adab tu jagalah sikit . aku bakal bapa tiri kau , tau ? "
sinis nada suara lelaki itu berkata . taehyung pula meletuskan gelak tawanya .
" kau ? jadi bapa tiri aku ? HAHAHAHA ! maaf , aku taknak jadi anak tiri kau . muka aku terlalu kacak untuk berbapakan lelaki gemuk macam kau "
hati lelaki itu mula memanas tatkala ayat berbaur sindiran itu meluncur keluar dari bibir taehyung . muka hensem tapi mulut kemain lancang namateyy !
" kau cakap aku gemuk ? eh annyeong ! ingat sikit yang lelaki gemuk ni la yang bagi kau dengan mak bapak kau tempat tinggal tau ! "
" dan kau patut berterima kasih kat aku , budak . sebab apa ? sebab aku je satu - satunya lelaki yang terkejar - kejarkan mak kau . manada lelaki lain yang nakkan mak kau tu . sedangkan bapak kau pun tinggalkan dia -- AUCH ! "
lelaki itu tersungkur di atas lantai dapur apabila aset berharganya disepak taehyung dengan menggunakan lutut .
TANG !
penangan kuali daripada ibu taehyung yang tiba - tiba sahaja muncul tah dari mana menyebabkan kepala lelaki gemuk itu pun bergetar bagaikan vibrate phone .
" DASAR MIANG PUNYA JANTAN ! DENGAN ANAK LELAKI AKU PUN KAU NAK KE HA ? " gertak omma kim . kuali di tangan diayun - ayunkan , siap sedia untuk hinggap di bontot si lelaki gemuk itu sekiranya dia bertindak menyentuh taehyung .
" tolonglah ! aku tak berminat pun dengan anak kau ni . aku berminat dengan kau je ! " kata lelaki itu sambil memegang kepalanya yang terasa agak berpinar .
" dia tipu , omma ! tadi dia cuba nak gogol tae ! "
lelaki itu terkejut dengan apa yang baru sahaja taehyung adukan sebentar tadi . batu api sungguh punya kim taehyung !
" oi budak ! pepandai je kau nak fitnah -- "
" KAU BERAMBUS SEKARANG SEBELUM KUALI NI HINGGAP DI PUNGGUNG KAU ! DAH LAH HABISKAN MOCHI KEPUNYAAN ANAK AKU PASTU NAK CABUL DIA PULA . AKU LAGI RELA JADI JANDA SELAMANYA DARI KAHWIN DENGAN KAU "
disebabkan takut didera dengan kuali lagi sekali , lelaki itu pun pantas bangkit lalu berlari terhuyung - hayang bak orang mabuk menuju ke pintu rumah .
" 2 MINGGU LAGI TEMPOH 2 BULAN KORANG AKAN HABIS . SILA BAYAR SEWA SECEPATNYA ATAU KORANG TAULAH APA NASIB KORANG ! "
itulah ayat terakhir yang dilontarkan sebelum lelaki itu menapak keluar dari rumah teres setingkat yang didiami anak - beranak kim .
-
nara
mata aku tak berkelip memandang ke arah gerangan yang menegur aku dan taeyong sebentar tadi .
atau lebih tepatnya , di depanku sekarang adalah seorang wanita berpakaian gaun mewah dan wajahnya mirip muka mak aku .
MAMA , IS DAT YU ?!
mahu sahaja aku peluk wanita di depanku ini seerat - eratnya . aku rindu . dah berapa hari tak jumpa hiks ~
tapi bila tengok wajahnya memandang aku dan taeyong dengan reaksi hairan , aku batalkan niat aku . aku dah agak , dia taktau yang aku ni anak dia .
nanti kalau aku peluk tetiba , pasti terkejut punya . babak - babak klise macamni aku dah biasa nampak dah kat tv . tu sebab aku tak peluk walaupun sebenarnya aku rindu sangat nak peluk .
" anakanda ? " wanita yang mirip mama itu memandang ke arah taeyong . aku pula menundukkan wajah . aku hanya mampu berdiam diri sebab aku taktau nak buat apa sekarang .
" anakanda bawa adinda tuan puteri lee nara . dialah puteri kandung ayahanda . ampuni anakanda sebab tak khabarkan hal ini kepada bonda .. "
nada suara taeyong kedengaran begitu perlahan tapi masih dapat aku dengari suaranya disebabkan dia kini berdiri betul - betul di sebelah aku .
dan secara tiba - tiba dagu aku didongakkan oleh wanita di hadapanku ini membuatkan pandangan aku beralih pada wajahnya .
aku menelan air liurku payah . adakah lepasni aku akan dihalau ? dah la aku pakai topeng , mesti ramai orang kecam aku HUWAAAA !
" bermula hari ini , kamu akan jadi puteri bonda "
aku terkesima . hampir sahaja aku tersedak air liur sendiri .
BETUL KE APA YANG AKU DENGAR NI ? AKU -- TAK KENA HALAU ?
" b - bonda tak murka ? " taeyong menyoal gagap . eh bukan dia sorang je yang gagap , aku pun gagap gak ni .
" tiada sebab untuk bonda murka terhadap anakanda . bonda tau kisah silam ayahanda . dan puteri ini -- "
tangannya yang tadi hinggap di daguku beralih ke kepala . rambut aku dibelai lembut .
" -- dia adalah ahli keluarga diraja lee dan layak untuk tinggal di istana ini "
-
" ada yang nak jadi adinda beta ? pm tepi k " - putera taeyong
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top