009

nobody

halmeoni park semakin mara merapati para pengawal istana yang sedang berdiri di gerbang pintu .

" boleh patik tau di mana keberadaan raja lee ? patik ingin menghadap baginda "

" maaf tapi kami tak boleh benarkan mana - mana orang asing menghadap tuanku raja lee "

halmeoni park cuba menahan sabar . nasiblah dia dah tua kerepot . kalau tak , dah lama dia layangkan sepakan free kat muka pengawal istana .

" patik ni hanyalah seorang warga tua . percayalah , patik takkan apa - apakan tuanku raja . izinkanlah patik bertemu baginda "

sedaya upaya wanita warga emas itu memujuk pengawal istana agar membenarkannya bertemu raja lee . ada perkara mustahak yang perlu dia bincangkan bersama raja itu .

" dah tau diri sendiri tu warga emas , duduk diam - diam jelah kat rumah halemaaa " ujar salah seorang pengawal istana sambil tersenyum sinis . pengawal yang lain turut tergelak .

jelingan yang cukup tajam dihadiahkan kepada setiap pengawal istana itu . atas dasar hormat , warga emas itu pun mengatur langkahnya untuk berambus .

" eh halmeoni ! tunggu kejap ! "

pengawal istana ternganga apabila melihat anakanda raja lee iaitu putera taeyong yang tengah mengheret kuda keluar dari istana memanggil wanita itu . halmeoni park lantas menoleh ke arah si pemilik suara .

" halmeoni ... nak jumpa ayahanda ? " soal putera taeyong . keinginan halmeoni park yang ingin bertemu raja lee turut membuatkan putera muda itu ingin tahu sesuatu yang seakan - akan ada kaitan dengan keluarganya .

selama dia hidup , tidak pernah pun mana - mana rakyat biasa yang berani menghadap ayahandanya secara persendirian . ni mesti ada something wrong somewhere ni .

" patik amat berbesar hati jika tuanku sudi membenarkan patik menghadap ayahanda tuanku "

" baiklah . mari beta bawa halmeoni berjumpa dengan ayahanda "

putera taeyong dan halmeoni park bersama - sama memasuki istana apabila gerbang pintu istana telahpun dibuka seluas - luasnya . para pengawal semua menunduk kerana serba - salah .

inilah yang dinamakan karma sebab tak hormat orang tua - tua .

-

nara

" eh dah hilang dah ke bunyi tu ? aku rasa aku dengar bunyi tu kat sini tadi "

kepala yang tak gatal ku garu . aku rasa aku tak pekak lagi . aku tau bunyi tadi tu datang kat semak samun ni ha .

mata aku tak lekang memerhati semak samun itu . kot - kot la kat sini ni ada haiwan liar ke ape ke . aku bukan apa , aku cuma taknak haiwan tu gi rosakkan bunga yang aku tanam . tu je .

susah payah tau aku nak tanam bunga tu .

tengah aku jalan berkaki ayam , tanpa sengaja aku tersadung sesuatu dan tubuhku akhirnya menyembah tanah .

" YAH ! "

dan terkeluarlah jeritan nyaring aku . aku toleh ke arah benda yang aku tersadung tadi .

kaki ?

perasaan curiga melanda diri . dengan kudrat yang ada , aku lantas berdiri dan pergi tarik kaki tu .

" AISH JANGANLAH TARIKKK !! "

tanpa mempedulikan jeritan tah sape , aku terus tarik kaki tu keluar dari semak . haiwan liar mende ni weh ? asal kaki macam kaki manusia do ? pakai selipar jepun lak tu .

" asal berat semacam je haiwan ni -- EH ! "

mata aku membulat . aku jatuh terduduk di atas tanah . anak mata si empunya kaki yang aku tarik tadi bertemu pandang dengan anak mata aku .

omo ...

.

.

" HUWAAAAAA PENGAWAL ISTANAAAAA "

" HUWAAAAAA V BITIYESHHHHH "

lintang - pukang aku berdiri untuk larikan diri . weh aku baru jumpa retis ke ni ?! tapi ni bukan masa sesuai untuk aku jumpa dia do ! tunggulah aku lawa - lawa dulu baru jumpa !!!

" OMMAAA , TOLONG TAEE !!! ARGHHH -- ADOII !! "

aku pandang semula ke arah lelaki yang muka iras v bitiyesh tu bila dengar dia mengadu kesakitan . terkejut aku dibuatnya bila nampak seluar dia koyak di bahagian lutut dan terdapat luka di situ kesan daripada terkena duri semak .

aku dah serabut kepala hotak taktau nak buat apa . luka dia nampak teruk weh ala ala kesian pula aku aduhaii .

" AH SAKITTT ! " adu lelaki itu dengan wajahnya yang memucat . dia cuba untuk bangun tapi nampaknya usaha tak berjaya sebab lutut dia menggeletar teruk sampai dia terjatuh .

aku yang dah kabut pun cepat - cepat meluru ke arahnya untuk hulurkan bantuan . entah kenapa macam - macam perasaan aku rasa sekarang . terkejut , risau , bingung -- ah semualah !

fikiran tak tentu hala punya pasal , aku pun larilah gi tempat lelaki tu tanpa fikir panjang . niat nak tolong dia sebab tengok muka dia pun macam dah nak nazak dah .

namun untuk kali yang kedua , aku tersadung kaki dia lagi sekali . tapi kalini aku tak terjatuh atas tanah .

aku ,

terjatuh atas dia .

AKU TERJATUH ATAS BADAN DIA DO YA TUHAN APESAL MUKA DIA DEKAT SANGAT NGAN MUKA AKU NI DUHAI HENSEM SIAAA AISH JINJJA BOLEH KOMA AKU SEBULAN MACAMNI HUWAAAAAAAA

-

aku baru perasan duh yang aku ada buat draft untuk chap ni . ingatkan aku dah lama pub. sokay harini aku pub ehek . anyway , enjoy

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top