15
Serial Killer | JJK
---
BAB 15 -Akhir
---
"Semoga bahagia itu sentiasa mengiringi kita pada kehidupan yang akan datang. Aku cintai kau Kim Nae Min. Kita jumpa nanti ye?"-Jeon Jungkook.
-----
"Penamat sebegini sudah menjadi kebiasaan. Aku bersumpah akan cari kau di kehidupan seterusnya. Cari dan bunuh. Aku suka!"ujar Jungkook sambil matanya liar memerhati susuk tubuh seorang wanita yang sedang memandangnya dari jauh.
Tubuh sasa miliknya diheret ke tengah kawasan hukuman. Jungkook ditolak untuk duduk melutut di atas tanah.
Wajah pemerintah zaman Jooseon itu berkerut memandang banduan yang menjadi buruan ramai tersebut.
Dia, Jeon Jungkook. Banduan yang dikehendaki ramai pihak. Membunuh sudah menjadi hobinya. Baginya, ia satu kepuasan. Satu nikmat apabila melihat titisan darah.
Dia tersenyum sinis tatkala kata-kata cacian dan lontaran makian ditujukan ke arahnya. Badannya didirikan untuk menghadap ke arah khalayak ramai.
"Hukuman bunuh. Hadiah terbaik untuk aku kali ini."
Dia menggigit bibir. Tangannya melambai-lambai ke arah seorang wanita yang sedang sakan menangis.
"Kim Nae Min, pembunuh bersiri kegemaran kau akan muncul lagi pada masa yang akan datang. Takdir akan menemukan kita."
Tali gantung dipasang di leher Jungkook. Jungkook tidak meronta-ronta apatah lagi ingin melarikan diri.
"Hukuman gantung ke atas Jeon Jungkook akan dilaksanakan dalam kiraan 3. Satu, dua.."
"Aku bersumpah kau akan bertemu aku lagi pada kehidupan selepas ini. Ingat, Kim Nae Min."
Klakk. Bunyi tali gantung tersebut memecahkan suasana sepi. Diikuti dengan sorakan rakyat jelata yang bergembira dengan kematian Jeon Jungkook, si pembunuh bersiri.
"Tiga."
Tali gantung itu sekelip mata merampas nyawa Jungkook. Lelaki itu bergelut menahan sesak di dada kerana kekurangan oksigen.
Beberapa minit kemudian, tubuh badannya sudah terkulai layu. Kelopak matanya tertutup rapat.
Dia mati bersama perasaan dendam yang sudah tercapai.
----
Aku larikan diri ke kawasan yang sedikit sunyi. Tanpa dipinta, aku terus menangis sekuat hati.
Peristiwa hitam ini akan terus tersimpan dalam kotak ingatan aku. Dari permulaan hukuman mati dijatuhkan ke atas Jungkook sehinggalah detik-detik terakhir sebelum nafasnya terputus jua.
Mataku mengalirkan air mata yang deras membasahi pipi. Bayangan tubuh badan Jungkook yang tergantung dan terkulai lemah semakin kerap muncul di fikiran aku.
Aku menutup mata dan tangisanku bersambung semula.
Hati aku sudah kehilangan dia. Dia sudah tiada.
Selamat tinggal Jeon Jungkook.
---
Sekarang,kita pergi ke zaman moden ye? Ingat tak lagi author ada nyatakan yang diorang akan berjumpa semula.
Kehidupan semula. Kelahiran semula.
Reincarnation of Jeon Jungkook dan Kim Nae Min di dunia moden.
Hampir sampai ke penamatnya. ♥
----
Masa : Zaman Moden | 2018
----
Aku menyumbat earphone di telinga. Langkah kakiku diaturkan laju untuk menuju ke kedai runcit 24 jam.
Telapak tangan kanan aku letak di perut yang sudah berbunyi beberapa kali kerana inginkan makanan.
Aku menolak pintu kedai runcit itu bersama perasaan lapar yang menebal. Tanpa mempedulikan renungan gatal dari pekerja kedai runcit itu, aku terus mencapai semangkuk ramen dan susu pisang.
"Terima kasih adik cantik. Nanti datang lagi ya. Boleh la date dengan abe Seokjin Mr. Worldwide Handsome ni."ujar lelaki yang bekerja di kedai runcit itu.
Aku mencebik bibir dan menayangkan senyuman hambar. Aku hulurkan duit dan tanganku mengambil plastik yang berisi makanan itu.
"Jangan gatal sangat. Tsk."balasku sebelum bergerak keluar dari pintu kedai.
Satu angin menderu laju dan seakan menampar pipiku.
Aku mengemaskan lilitan kain di leher aku.
"T-tolong saya cik. Saya ada luka. Dah t-teruk sangat ni."
Aku menoleh ke belakang. Seorang lelaki berjalan dalam langkah yang tidak stabil menuju ke arahku.
Tangannya menekup kawasan sekitar perutnya.
Mataku membulat apabila tersedar darah pekat mula mengalir dari tangannya.
Aku berlari menerpa ke arah lelaki yang tidak dikenali itu. Nafasnya termengah-mengah.
Anak mata kami berdua saling bertemu.
Dia nampak familiar. Aku pernah berjumpa dengan dia ke?
"Siapa awak? Kenapa sampai jadi m-macam ni?'soalku panik.
Aku memaut bahunya agar dia dapat berdiri dengan stabil.
Deruan nafasnya singgah di pipiku.
"Saya Jeon J-jungkook. Saya baru kena tikam. P-please, bawa saya ke hospital."
Jungkook, nama lelaki itu.
"Saya Nae Min. B-baik, mari saya bawa awak ke hospital."
---
Nae Min memimpin badan Jungkook untuk masuk ke dalam kereta milik Jungkook.
Tanpa dia sedar, lelaki itu sudah memasang perangkap.
Nae Min tersentak apabila Jungkook mengunci kereta.
Badannya bersentuhan dengan Nae Min. Dagu wanita itu dicengkam dengan kasar. Mulut Nae Min ditekuo kasar menggunakan telapak tangan kanannya.
"Bodoh sangat Cik Nae Min ni. Kau bersedia je. Bila-bila masa aku nak bunuh kau. Itupun setelah aku bosan dengan kau."
Pedal minyak ditekan. Kereta Jungkook meluncur laju meninggalkan kedai runcit tersebut.
Nae Min memandang muka Jungkook dengan perasaan terkejut dan takut.
"A-apa semua ni?"
Dalam fikirannya , babak imbas kembali sewaktu kehidupannya yang lampau mula tertayang di fikiran Nae Min.
Cuma Jungkook sahaja yang masih tidak mengingati semua kenangan itu.
Nae Min, kau berjodoh kuat dengan si Jeon ini.
Jungkook membelai rambut Nae Min yang sudah kusut.
Matanya menilik lama wajah cantik wanita itu.
"Kau cantik sangat. Kita pernah berjumpa ke sayang?"
Oops.
Memang benar.
Kamu berdua sudah berjumpa.
Hati-hati Kim Nae Min.
Kau sudah termasuk ke sangkar harimau.
Jungkook, your only one serial killer.
♥End♥
A/N: Saya tamatkan cerita ini pada bab yang ke-15. Terima kasih sudi votes, komen etc. 🌚
Saya menantikan feedback anda tentang story ini.
Harap ending ni okay..😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top