14

Serial Killer |JJK
---
Bab 14

Semuanya terasa seakan berada di awangan. Di dalam mimpi. Semua ini tidak mustahil untuk tidak berlaku.

Kelopak mata masih aku pejam rapat. Kedinginan malam membuatkan tubuh badanku menggigil.

Secara refleks jariku menarik selimut hingga menutupi keseluruhan badanku.

"S-sejuknya."gumamku perlahan. Entah datang dari mana, aku dapat rasakan haba panas dari badan seseorang.

Mungkin ini mimpi.

Ini semua hanya mimpi.

Dia sudah lari. Dia tidak akan muncul semula jika dendamnya tidak terlupus.

Sentuhan jari yang hangat mendarat di pipiku dan bibirku.

Betapa degil diri aku kerana langsung tidak membuka mata ketika itu.

"Titisan darah melambangkan kepuasan. Kau, aku tanda sebagai milikku. Aku bunuh tanda sayang."

Bait-bait kata yang muncul dari bibir lelaki itu semakin menambahkan debar di dada.

Kelopak mata memberontak untuk dibuka.

Ingin melihat si dia yang sudah hadir untuk melawatku pada lewat malam yang dingin dan beku ini.

Dahi kami bersentuhan. Dengan satu keazaman, aku membuka mata.

Jeon Jungkook.

Dia berada di hadapanku dengan senyuman manis. Wajahnya masih terlekat kesan percikan darah.

Walaupun senyuman diberi, matanya berbicara hal yang sebaliknya.

Dia sedih dan aku sangat mengetahuinya.

"Jung..jungkook. Kenapa tak lari je? Orang suruhan maharaja sedang jejaki awak. P-pihak istana hanya tunggu masa untuk hukum awak."

Jungkook menggelengkan kepala. Jari telunjuknya ditunjukkan ke arah satu sudut. Kelihatan sebilah pedang yang basah dengan darah.

"Aku baru tamatkan riwayat ayah aku. Kesudahannya, aku akan jumpa dia juga di..neraka. Selamat tinggal Kim Nae Min."

Aku menggelengkan kepala tatkala mendengar balasan Jungkook. Aku tarik tubuh badannya untuk masuk ke dalam pelukanku.

"Maafkan MinMin. Maaf sangat-sangat."balasku dengan sayu.

Satu ciuman kasih diberikan Jungkook. Dia menepuk bahuku lembut.

"A-aku pergi dulu. Jumpa esok di tempat hukuman."

----
Kedengaran suara riuh orang ramai dan pihak istana yang melaksanakan perintah memburu Jeon Jungkook, si pembunuh bersiri.

"Tangkap si pembunuh. Ayuh, heret dia ke muka pengadilan!"

Laungan suara rakyat memenuhi ruang kota. Nae Min memeluk tubuh badan Jungkook buat kali yang terakhir.

Jungkook mengelus pipi Nae Min. Wajahnya mengukirkan senyuman sinis.

Dia panjat tingkap bilik Nae Min dan menoleh sekilas sebelum terjun ke bawah.

"Selamat tinggal puteri MinMin. Jungkook nak main kejar-mengejar dengan pihak istana. Kalau ada rezeki, jumpa aku esok tau."tutur Jungkook.

Nae Min mengangguk dan menghantar pemergian Jungkook bersama iringan hati dan perasaan yang sedih.

💖🔪
A/N: Satu lagi bab sebelum berakhir. ♥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top