8

Senpai, I'm in Love | JJK

Bab 8

🍟


"Macam arnab pula Kim Seokjin."

🌚

Jeon Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah abang kegemarannya itu.

Siapa lagi kalau bukan Kim Seokjin?

Haruman masakan kari kepala ikan air tangan Seokjin menjentik hidung Jungkook. Lantas, lelaki itu berlari terus ke arah dapur tanpa dipelawa.

"Abang Seokjin idolaku, patik datang mencemar duli ke rumah tuan hamba. Rindu saya tak? Cerr gitau sikit. Cer cerr gitau."ujar Jungkook.

Kipas tangan berwarna merah jambu diambil daripada beg galasnya. Lalu, tangannya sibuk mengipas-ngipas wajah dan lehernya yang sudah kepanasan.

Kim Seokjin menutup api. Masakannya sudah selesai. Tunggu untuk dipanaskan aje. Hujung matanya menjeling manja kelibat anak buahnya.

"Hang pasaipa dok menyemak dekat rumah aku? Aku tibai punggung gebu hang karang. Menangis tak berlagu pulak."tutur Seokjin dalam dialek Kedah.

Pekat dialek utara yang keluar dari mulut Seokjin atau lebih mesra digelar Diva Jin.

Jungkook duduk di meja yang terletak di tengah dapur. Tangannya lincah menyedok nasi putih ke pinggan. Perutnya sudah berlagu rancak minta disuapkan kari kepala ikan masakan Seokjin.

"Dak aih. Cheq nak habaq ja. Cheq dapat kawan perempuan baru. Tak sangka noh ada juga nak kawan dengan cheq. Letops bakhang saya ni bang Seokjin."ujar Jungkook bersama hidungnya yang sudah kembang kerana perasaan bangga yang menyelinap ruang hati.

Kim Seokjin hanya mampu menggelengkan kepala. Dalam diam, bibirnya mengukirkan senyuman gembira.

Jauh dari sudut hati, Diva Jin sangat berharap Jungkook lembut akan bertukar sado semula.

Bibirnya menguntumkan senyuman manis kepada Jeon Jungkook. Seokjin mencubit pipi SoftlanKook.

"Bawa kawan kau datang rumah aku nanti. Aku nak kenal dengan dia. Boleh?"

Jungkook menganggukkan kepala. Selepas itu, laju pula dirinya melahap masakan enak banget air tangan abang Seokjin.

"Baik. Saya sanggup tunaikan hasrat idola saya. Just for you!"sahut Jungkook.

Muka Jin bertukar riak nakal. Dia ambik senduk kayu. Kari kepala ikan yang berada di dalam kuali dikacaunya perlahan.

Pada masa yang sama, fikiran Jin sudah merancang rancangan bernas.

"Aku nak kasi Jungkook Softlan jadi lurus semula. Dengan kuasa cinta. Ehehheheh."bisik Seokjin dalam hati.

-TBC-

A/N:

Dalam cerita ini, Kim Seokjin menjadi orang Kedah.

Jadi, jangan terkejut.

Hahahahahahhaa.

Bab seterusnya dijamin kemanisannya.

🐒💖

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top