7

Senpai, I'm in Love |JJK

Bab 7
---

Jungkook mengedipkan bulu matanya yang lentik itu. Kedua-dua telapak tangannya masih kekal menutupi punggungnya yang terdedah.

Dia pun terasa hairan dengan permintaan Park Hae Yoon yang mengejut itu.

"Apa benaran awak mahu jadi teman guwe? Ini bukannya mimpi dong."ujar Jungkook dengan riang.

Sukar dia hendak sorok perasaan teruja pada ketika itu. Belum ada lagi manusia yang mempelawa diri untuk menjadi kawannya.

Semuanya disebabkan perwatakannya yang lembut. Satu Universiti menjadikan Jungkook sebagai bahan gurauan.

"Iyalah. Habis tu kau nak aku jadi apa? Bini kau?"balas Hae Yoon begitu tegas dan garang.

Jungkook mencicit ketakutan. Dia segera berundur ke belakang. Rasa seram pula hendak berdiri berdekatan dengan Park Hae Yoon.

"T-tak. Saya cakap aje. Betul ke awak nak jadi kawan saya? Saya ni tak segagah lelaki lain tahu? A-awak tak malu ke kawan dengan saya?"

Jungkook tergamam apabila lengan Hae Yoon melingkari lehernya. Badan Jungkook terus terdorong ke arah gadis itu.

"Betul. Aku nak jadikan kau Jeon SoftlanKook sebagai teman rapat aku. Jadi kawan aku . Faham?"

Suara Hae Yoon mendesup masuk ke gegendang telinga Jungkook. Pipi Jungkook segera memanas dan warna merah jambu kelihatan terserlah di kedua-dua bahagian pipinya.

"Eh jap. Kau pehal nak blushing bagai? Dah lama tak makan penyepak?"

Suara ganas Hae Yoon tidak menjentik rasa ketakutan kepada Jungkook. Lelaki itu mengukirkan senyuman gembira.

Hatinya melonjak kegembiraan. Kelopak matanya dikedip berulang kali sebagai tanda penghargaan kepada Hae Yoon.

Dia terharu ada juga yang sudi menawarkan diri untuk menjadi temannya.

Jungkook mengembungkan pipinya. Sedaya upaya dia cuba serlahkan kecomelannya untuk meyakinkan Hae Yoon bahawa dia sememangnya kawan terbaik untuk gadis itu.

"Saya suka Hae Yoon. Sebab Hae Yoon sudi kawan dengan saya. Ala,ala, ala. S-saya comel kan?"

Jungkook menyembamkan mukanya di bahu Hae Yoon. Gelak tawa manja dan gediknya berbunyi sakan di telinga Hae Yoon.

Hae Yoon menjulingkan mata. Dia tampar perlahan belakang kepala Jungkook.

Gedik bebenor lelaki lembut ini.

"Kau gedik sangat. Aku tak nak kawan dengan kau. Jadi, diam."arah Hae Yoon.

Jungkook terus senyap. Dalam diam, lelaki lembut itu tersenyum sekali lagi.

Dia terharu dengan kesudian Hae Yoon untuk berkawan dengannya.

-TBC-

A/N: Sudah bermulanya pertemuan Hae Yoon dan Jungkook secara rasmi. ♥

Eei, comel aje diorang.

Komen anda. 🐒

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top