5

Senpai, I'm in Love | JJK

Bab 5
---
"Jungkook kembali untuk menghangatkan jalan cerita."

"Beli Softlan, percuma satu Jengkuk. Ala, ala, ala"

-----

Hari yang bertuah. Hari yang teramat gembira bagi Jeon Jungkook.

Hari itu sudah hari terakhir sebelum hujung minggu bermula. Tulang pipinya menaik. Senyuman lebar terhias di wajah kacak Jungkook.

Tak sabar dia ingin mencemar duli untuk singgah ke rumah abang idolanya.

Siapa lagi kalau bukan abang Kim Seokjin letop hangat di pasaran.

"Tak sabarnya aku nak jejak kaki ke rumah abang Jin. Eee rindu kitew. Rindu kitew."Jungkook menggedik keseorangan.

Dia sandar badannya di sebuah pohon yang rendang. Angin yang menderu sepoi sepoi bahasa membuatkan Jungkook semakin hanyut melayan perasaan.

"Tapi kan, kenapa aku rasa aneh banget ini?"

Jungkook seakan sedar akan sesuatu. Mulutnya melopong luas. Bunyi gelak tawa di belakang menyebabkan Jungkook berpaling pantas untuk melihat gerangan orang itu.

Namun, tiada satu pun manusia di belakangnya.

"Eh, awak jangan buat saya takut. Saya terkencing dalam seluar. Mama saya sekeh kepala saya nanti."

Jungkook terjenguk-jenguk mencari suara orang yang mengusiknya tadi.

Pukk.

Satu botol kecil berwarna kuning hinggap di rambut kelapa Jungkook. Lelaki itu membuntangkan mata tatkala bayangan jelas botol itu singgah di pandangan mata.

Jungkook cuba untuk bangun dari duduk. Tetapi, dia gagal. Rumput yang menjadi alas punggungnya  begitu jahat ketika itu.

Punggungnya melekat begitu padu di atas rumput. Sukar bagi Jungkook untuk bangkit.

"Ergh. Korang letak gam UHU dekat rumput? Jap, takkan ini rumput pelesu (fake)? Mama, punggung anakmu ini dalam kesusahan."

Tergedik-gedik Jungkook cuba bangun.

Gagal dan gagal sentiasa.

Tangannya melambai-lambai di udara. Secebis oksijeon dihirup perit. Dengan sekuat tenaga, Jeon SoftlanKook menolak dirinya sendiri ke hadapan.

Prakkk.

Prekk.

Ah, shial.

"Weh, spende Jungkook warna pink . Ya tohan, viralkan."

Terkoyak dengan sadis belakang seluar Jeon Jungkook.

Jangan sedih brader.

-TBC-


A/N: Dua update kerana esok saya busy.

Komen bebanyak. Nanti seya dan Jengkuk akan reply.

Babai. Sayang semua.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top