3

Senpai, I'm in Love | JJK

Bab 3
---

Jungkook memuncungkan bibir. Hatinya bagai disiat-siat. Hancur perasaannya ketika itu disebabkan bekal Kimchi buatan tangan Mama Jeon sudah bergelimpangan di atas lantai.

Bersama linangan air mata yang menderu laju seperti air terjun Niagara, Jungkook bingkas bangun dari duduk.

Dicapainya dengan penuh berhati-hati bekal makanan tengah harinya yang sudah tiada rupa makanan itu.

Gimana mahu jawab sama Mama Jeon apabila dia pulang ke rumah kelak.

Mahu dicubitnya punggung gebu Jungkook akibat sikapnya yang cuai itu.

"Balik rumah nanti confirm mama mengamuk dekat aku. Eee, Kook takut."keluh Jungkook.

Jungkook ambil sapu tangan merah jambu yang tersedia elok di poket seluarnya.

Pipinya yang basah lencun dengan air mata segera dilapnya.

Fikirannya tiba-tiba dipenuhi wajah garang Park Hae Yoon.

Wanita segarang itu sering dihindari Jeon Jungkook. Baginya, Hae Yoon seorang perempuan yang tidak boleh dibawa berbincang.

Silap sedikit, mahu teruk dia dikerjakan oleh perempuan ganas itu.

"Oh tuhan, kesian orang yang jadi pakwe si Hae Yoon tu. Adudu, seram lah perempuan garang ni. Adudu, tengoklah balik nanti Kook nak report dekat mama Jeon. Baru tahu."

Jungkook mengatur langkah untuk dituju ke tandas.

Jari-jemarinya menolak rambut yang digayakannya pada hari itu.

Rambut istimewa dandanan mama Jeon itu terlihat comel di kepala Jungkook. Anak rambutnya yang terjuntal di dahi ditarik ke atas untuk membentuk pokok kelapa yang kecil.

Sangat mantop gaya yang direka oleh mama Jeon.

"Fuh, jangan biarkan semangat ini runtuh. Aku yakin aku paling comel. Ala ala ala, tocang kelapa dah senget!"rungut Jungkook sambil dirinya sibuk mengemas gaya rambut khas yang dibuat oleh mama Jeon.

Tanpa Jungkook Softlan sedari, sepasang mata nakal sedang memerhati gelagatnya dari dalam tandas.

-TBC-


A/N: Semoga bab ini tidak menghanat teruk. Majulah Jeon SoflanKook bersama tagline,

"Ala,ala, ala~"

(๑ิټ ิ)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top