29
Senpai,I'm in Love | jjk
29
"Perasaan bahagia itu bisa membuatkan kau angau sehinggalah bau kentut pun terasa wangi seperti haruman downy."
-Namjan Bosskur
----
Jeon Jungkook berdiri di hadapan cermin. Habis seluruh badannya diperhatikan. Sudah cukup kacak dia gayakan pakaian tersebut.
Semuanya demi Park Hae Yoon yang disayangi seiklas hati. Bibir comel lelaki lembut itu perlahan-lahan membentuk satu senyuman bahagian.
Biar dia digelar kuno sekalipun, Jungkook berazam ingin menambat hati Hae Yoon secara rasmi pada malam itu juga.
Setelah dia yakin untuk pergi bertemu dengan Hae Yoon. Jungkook sempat mengerling ke arah jam yang terletak di dinding.
Masa yang berbaki 15 minit mendesak lelaki itu agar dia cepat keluar dari bilik.
Malam itu menjadi satu-satunya malam yang paling diingati oleh SoftlanKook.
----
Aku menggenggam hujung skirt labuh yang tersarung di badan. Malam yang ditunggu sudah kunjung tiba.
Malam yang menyaksikan hati Jungkook gembira dan hancur lebur dalam sekelip mata.
"Park Hae Yoon, saya dah sampai. Boleh pandang belakang tak?"
Suara garau itu menyebut namaku dalam nada penuh romantis. Aku berpaling ke belakang.
Jungkook tersenyum manis. Kedua-dua tangannya memegang erat jambangan bunga ros yang begitu cantik pada pandangan mata.
"Maaf jika Kook buat Hae Yoon menunggu. Maafkan saya."
Aku menggelengkan kepala. Tangan aku dihulurkan ke arah Jungkook.
Sambut tangan aku Jungkook. Biar rancangan ini terhapus. Aku sudah sakit untuk menghadap permainan gila yang diatur Min Yoongey.
Hakikatnya aku jatuh cinta. Cintaku hanya terhad untuk lelaki ini.
Kaulah orangnya Jeon Jungkook.
"Bunga untuk awak. Mama saya yang pilihkan. Hae Yoon, saya nak awak dengar luahan hati saya ya?"pinta Jungkook.
Aku menyambut huluran tangannya. Dahi kami disatukan erat. Hembusan nafas Jungkook menyebabkan hati aku dilanda perasaan gementar.
"Saya suka, cinta dan sayangkan awak sejak dari pertama kali kita berjumpa. Hae Yoon, sudi tak terima cinta Kook? Kook janji akan cuba untuk gembirakan Yoon, erm?"ujar Jungkook begitu manja.
Dalam keterpaksaan aku mengangguk, penipuan yang dicipta sudah sampai ke penghujung.
"A-aku..Yoon cintakan Kook juga. Maafkan salah silap aku."
Tubir mata semakin hangat. Aku enggan sebarang air mata tumpah pada malam itu.
Setiap perbuatan jahat ada kifarahnya. Aku bersedia untuk menerima akibat penipuanku terhadap Jungkook.
"Kook dah cukup gembira. Yoon sanggup terima diri yang tak sempurna ini."balas Jeon Jungkook. Kepalanya didekatkan ke arah Hae Yoon.
Bibirnya mengucup lembut bibir Hae Yoon. Jungkook tak ingin lepaskan walaupun sesaat sekalipun.
"Aku tipu kau Jungkook. Kau tak sedar ke?"
Bibir merah lelaki itu menguntum senyuman sedih. Jungkook menggelengkan kepala.
"Saya sedar Hae Yoon. Saya tak bodoh. Sedikit pun saya tidak menyesal untuk terus cintakan awak."
Lelaki lembut itu mengeluarkan gelak tawa yang berbaur sedih. Jari-jemarinya mengelus pipi Hae Yoon.
"Jungkook tak marah Yoon?"
Jungkook malas hendak menjawab pertanyaan yang sama. Lengannya menarik Hae Yoon dalam pelukan penuh bibit cinta dan bahagia.
"Jangan cabar Kook. Saya hanya mahukan awak. Duduk diam dan enjoy sayang."
Bintang-bintang yang bertaburan menjadi saksi cinta sebenar yang baru terjalin antara Jeon Jungkook dan Park Hae Yoon.
-TBC-
A/N:
Ohooo, dah rasmi pasangan cintan-cintun kita ini.
Adakah korang bersedia untuk menuju ke penamat cerita?
Saya cadang nak tamatkan bab selepas ini je, iaitu bab 30.
Tak nak ah plot meleret sangat.agagaggaagaga.
🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚🌚
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top