27
Senpai, I'm in Love | jjk
27
"Setiap godaan itu berpunca dari hati yang berbunga cinta, tepuk dada. Tanya hati. Adakah itu cinta atau dusta semata-mata?"
-Princess Jin & Princess Kookona
🎈
Hanyut. Aku dibawa hanyut ke dalam lautan kasih yang paling dalam oleh Jeon Jungkook.
Bibirnya seperti satu dos. Aku semakin tertarik untuk meneruskan ciuman dengan lelaki lembut itu.
"D-dah cukup rasanya kiss ni. Hae Yoon dah cukup ke kasih sayang. Lain kali pula ye Kook topup kan ya?"
Bibir merahnya buat aku terkelu tanpa sebarang kata. Tanganku spontan menarik bahunya agar bibir kami bersentuhan sekali lagi.
Namun, si SoftlanKook lebih pantas daripada seekor lipas terbang.
"Mama Jeon kata tak boleh kiss anak dara orang lebih-lebih. Nanti kena kahwin paksa kata mama. M-maaf."
Tangan aku diraihnya lembut. Lalu, permukaan dadanya menjadi sasaran tempat mendarat telapak tanganku.
Sesuatu yang menarik perhatian adalah degupan jantungnya yang kencang kerana rasa kasihnya terhadap aku.
Aku? Hatiku makin dihantui rasa bersalah kerana aku hanya terdesak untuk meneruskan permainan gila aturan si Yoongey.
"Kook, aku sayang kau."luahku tanpa berdalih lagi. Semoga segalanya ini dapat ditamatkan dengan cepat.
Aku kasihan dengan Jungkook. Dia tidak bersalah. Dia hanya mangsa keadaan sahaja.
Maafkan aku, Jungkook.
----
Jungkook menutup pintu rumahnya. Apabila pandangan anak matanya bertemu dengan mama Jeon, lelaki itu melompat keriangan.
Kakinya diangkat pantas untuk dituju ke arah mama Jeon.
"M-mama, hari ni Jungkook dah dapat girlfriend. Nama dia Park Hae Yoon. Dia suka Kook, ala ala ala. Kook rasa nak guling-guling atas lantai je ni."
Badan mama Jeon dipeluknya erat. Ketawa manja meletus keluar daripada mulut Jungkook. Segala rasa suka dan cinta yang bersarang di hati diluahkan kepada mama kandungnya itu.
Mama Jeon tersengih gembira tatkala matanya terpandang wajah bersinar anak lelakinya itu.
Wanita separuh abad itu menggosok permukaan kepala anaknya dengan gaya perlahan.
Keningnya dijengketkan ke arah Jungkook.
"Apa kata Jungkook lamar dia nanti? Mana tahu mama dapat menantu awai. Cucu pun dapat ekspress gitu. Kook, tunjukkan kejantanan tu sikit. Mama nak tengok Kook bahagia. Boleh?"
Wajah Kook memerah apabila mamanya menyebut perkataan 'melamar' dan juga 'cucu'. Otak inesennya memproses begitu sukar kata-kata mama Jeon.
Setakat cium Hae Yoon pun dia dah rasa nak separuh nyawa, inikan pula nak dapat cucu.
"Ala, ala mama ni. Cucu apanya. Kook inesen kay. Inesen!"balas Kook.
Kedua-dua telapak tangannya ditekapkan ke telinga. Mama Jeon menepis tangan anaknya.
Bibirnya membisik sesuatu kepada Jeon Jungkook.
"Alo alo alo, nanti mama upah bapak Namjan rumah sebelah untuk kasi ajar kau pasal rukun rumah tangga. Alah, nanti terus tak inesen. Hehe. Anak mama ni dah besar pun naif benor."
Terkekek mama Jeon ketawa dalam nada yang beroktaf tinggi. Dahi SoftlanKook berkerut. Asalnya, dia hanya meluahkan isi hati. Tapi, mama Jeon menyangka Kook ingin kahwin.
"Kook suci tahu?"ujarnya sambil mengedip manja kelopak matanya.
-TBC-
A/N:
Inesen = Innocent = suci
Hahahaahha.
Maaf kerana membiarkan karya unik ini terbengkalai begitu lama.
Let us give more love to Jeon Softlan.
Rindu?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top