26

Senpai, I'm in Love |JJK

26


"Tanya sama Softlan, lembut-lembut nak gi ane pun tak boleh. Nak gi ane pun tak oleh."

-Kim Seokjin,Raja Hiphop

A/N: Hopefully, no silent readers. ;)

🎈

Satu kotak tisu terbang ke arah Jungkook dan kepala lelaki itu menyenget ke tepi.

"Aduh, sakitlah. Siapa yang nakal sangat ni? Saya report dekat abang Chaly Put Put baru tahu!"omel Jungkook tidak puas hati.

Tangannya mengusap lembut permukaan kepalanya yang menjadi sasaran balingan kotak tisu. Jungkook menoleh kepalanya memandang gerangan individu yang menjadi suspek utama.

"Kau nangis ke Kook? Aku baru nak tabik hormat sebab kau jadi sado. Lap muka tu cepat."desak Hae Yoon.

Gadis itu mengambil tempat duduk di sebelah Jungkook. Matanya menjeling gelagat Jungkook yang hanya mampu tunduk ke bawah.

"Nak bercinta dengan lantai pula? Sampai muka aku pun kau tak ingin tengok?"

Jungkook merungut persis anak kecil. Saat kepalanya diangkat untuk memandang wajah gadis itu, dahinya menjadi tempat mendarat bibir munggil Hae Yoon.

Uih, berani benar kau Hae Yoon?

Begitu pantas gadis licik ini melangkah ke langkah seterusnya yang sememangnya  wow gitu.

----
Jungkook menelan air liur yang terasa seperti tersekat di kerongkong.

Otot wajahnya langsung mengeras. Nak senyum rasa kekok, nak beri reaksi takut pun Jungkook rasa terhalang pada waktu itu.

Perlahan-lahan tangannya diangkat tinggi. Bahu Hae Yoon ditamparnya lembut.

"Suka buat hati s-saya tumbuh bunga yang mekar. Kalau boleh, rasa di hati macam nak guling-guling depan Yoon. Perasaan cinta kah ini?"soal Jungkook penuh teruja.

Habis kering sudah air mata jantannya. Kali ini, semangat dan keazaman yang tinggi membuatkan SoftlanKook menjadi lebih ceria.

"Kalau aku kata ini cinta, apa kau akan buat, Jeon Softlan?"

Jungkook terkesima. Matanya memberi jawapan yang tidak pasti kepada Park Hae Yoon.

Hae Yoon tidak ingin mengalah. Raut wajahnya kekal garang. Keningnya diangkat tinggi. Dia mahu jawapan daripada Jungkook.

Jungkook mengetap bibir. Kedua-dua tangannya digenggam kemas dan erat. Hatinya sudah membuat keputusan pantas.

Berkat bantuan abang Chaly Put Put dan Diva Seokjin, Jungkook juga tidak akan kalah.

Dia sudah sediakan jawapan dan tindakan yang mantop terhadap soalan cepumas Park Hae Yoon.

"Kalau Yoon tegaskan ini cinta, hadiah bibir menggoda akan Kook beri istimewa buat Y-yoon."ujar lelaki itu tergesa-gesa lalu bibirnya dicantumkan ke bibir Hae Yoon tanpa sebarang amaran.

Nakal kau, Softlan ye.

-TBC-

A/N:

Iye, setiap bab memang pendek. Sebab saya dah nyatakan dalam bab intro dahulu.

Kita berjumpa lagi pada minggu hadapan. Saya nak fokus update story lain.

Asalnya, satu update. Tapi, saya beri dua update hari ini.

Saya harap bab ini tak bosan. :')

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top