25
Senpai, I'm in Love | JJK
25
A/N: Saya kembali semula. Rindu tak..rindu tak? Eh hahahahaha.
🚻
"H-hentikan semua ini,Jungkook!" arah aku dalam nada suara yang lantang.
Suaraku dikuatkan pada nada yang begitu tinggi. Entah, aku sendiri kurang gemar perubahan mendadak yang berlaku kepada lelaki lembut ini.
Aku menolak tubuh Jungkook agar dia segera menjauhi tubuh badan lelaki yang sudah dibelasahnya sehingga lembik itu.
Dengan pantas, Jungkook menarik semula pergelangan tangannya. Mulutnya mencebik kegeraman sambil kakinya melangkah pergi daripada pandangan mata aku.
"A-aku tak nak kau ganggu aku Hae Yoon. Sudahlah. Jauhkan diri dari aku buat masa sekarang."pinta Jungkook dalam nada sinis.
Jauhkan diri? Itu sangat bertentangan dengan niat sebenar aku.
Kau jauhkan diri. Aku pula makin dekatkan diri. Jangan kau pandang remeh terhadap aku, SoftlanKook.
Deal aku dengan Min Yoongey masih belum tamat. Aku tidak akan sesekali mungkir janji.
---
Jungkook sangat yakin bahawa setiap gerak langkahnya diikuti oleh Park Hae Yoon.
Otaknya merancang jalan penyelesaian pantas. Jungkook tidak mahu gadis itu melihat riak wajahnya pada waktu itu.
Kalau Hae Yoon nampak, Jungkook pasti kantoi.
Lelaki itu mengambil keputusan untuk menukar destinasi yang ditujunya dengan pantas. Berbekalkan kepantasan larian sepantas Usain Bolt, Jungkook tidak menunggu lama.
Kakinya melangkah pantas agar dia dapat menyembunyikan diri daripada Park Hae Yoon.
---
"F-fuh. Saya berjaya larikan diri. Thanks god."
Mulut Jungkook tidak henti-henti mengucapkan kata-kata syukur. Badannya disandarkan di dinding bangunan yang terletak jauh dari kawasan Universiti Bighit.
"Auw auww auww, s-sakitlah tangan Kook. Sudahlah merah, luka pula tu. Penuh calar. Nanti mama marah."desis lelaki lembut itu.
Siapa suruh dia gatal sangat jadi lelaki sado takde perasaan tadi? Kononnya ingin nampak gagah pada pandangan mata Hae Yoon, Jungkook Softlan cuba jadi sado.
Mulutnya dimuncungkan ke hadapan. Tangan kirinya menuang sedikit air untuk membersihkan kawasan luka kecil di tangan.
Setiap kali air menyentuh permukaan kulitnya, lelaki itu mengerang kesakitan.
Air mata yang mengalir sudah lencun membasahi pipi. Suara tangisan kecil Jungkook mendayu-dayu di sebalik bangunan yang sudah terbiar itu.
"P-penatlah jadi sado. Saya tak suka. Ala, ala, ala. Luka banyak betul. Tangan Kook dah tak inesen. Dah tercemar. Mamaaaaaa."bentak Jungkook dengan manja.
Bulu matanya dikedipkan sepantas mungkin. Muka Jungkook berubah menjadi kelam dan sendu.
Fikirnya jadi sado itu mudah. Tetapi, ia ternyata sangat sukar bagi Jeon SoftlanKook.
"S-sampai bila Kook kena jadi sado? Penat tau acah tough bagai. H-hakikatnya, dalam softlan."
Mukanya disembamkan ke lutut. Jungkook sudah give up dalam usahanya untuk menjadi si lelaki bad boy.
-TBC-
A/N: Komen?
Terima kasih kerana korang sudi letak karya ini di dalam library serta reading list masing-masing.
Maaf kerana lama menyepi.
Diharapkan korang suka bab kali ini.
♥
"Jemput baca karya terbaru short story saya."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top