24
Senpai, I'm in Love | JJK
Bab 24
A/N:
Last update for this week. Kita jumpa pada bab seterusnya tahun baru 2019.
Harap tiada silent readers. 💖
🌌
Aku hanya memandang langit yang kelihatan mendung. Selang beberapa minit, bibirku mengeluh.
Sudah banyak hari aku tidak bertembung dengan Jeon Jungkook.
Aku rindu nak melihat gelagat comel si lelaki lembut itu. Dia sentiasa mencuit hati aku walaupun ada masa Jungkook juga suka bikin hati aku panas.
Cinta? Sudah tentu jawapannya tidak. Aku pasti aku hanya ingin bersahabat dengannya. Tidak lebih daripada batasan persahabatan.
Kata-kata ugutan dan tawaran daripada sahabat baikku, Min Yoongey juga semakin menyesakkan fikiran aku sejak kebelakangan ini.
Perasaan bersalah membuatkan jiwa aku menjadi gelisah. Aku bimbang akan penerimaan Jungkook jika suatu hari nanti niat sebenar aku ingin berkawan dengannya terbongkar juga.
Marahkah dia? Bencikah dia kepada aku?
"Weh, kau dah kenapa Jungkook? Lepaskan aku. Cukuplah kau dah kasi hadiah dekat wajah kacak aku hanat."
Wait. Aku ada terdengar nama Jeon SoftlanKook.
Takkanlah dia buat perangai pula?
---
Terpinga-pinga gelagat Park Hae Yoon mencari suara seorang lelaki yang sedang menjerit nama lelaki lembut itu.
Fikirnya Jungkook dalam kesusahan. Tetapi, andaiannya selepas itu cenderung pula ke arah yang lebih negatif.
"Kau jangan bertumbuk dengan anak orang pula, Softlan."getus Hae Yoon penuh kerisauan.
Matanya tertumpu kepada susuk tubuh seorang lelaki yang sedang mencengkam bahu lelaki yang sedang tersandar lemah di bonet kereta.
Hampir mengucap panjang si Hae Yoon. Gadis itu berlari laju ke arah mereka. Tangannya menarik lengan lelaki yang sedang galak memberi tumbukan ke atas permukaan pipi Jungkook.
"Kau tak perlu balas dendam dengan rosakkan muka aku Softlan. Sekali lembut, selamanya kau akan lembut. Ingat ayat aku ni!"
Api kemarahan Jungkook yang baru ingin reda bertukar arah. Sisi barunya itu mendorong Jungkook untuk menolak bahu lelaki itu rapat ke cermin kereta.
Tangan kanan Jungkook mencengkam rahang lelaki yang sedang gelak mengekek di hadapan wajahnya itu.
"Kau diam. Kau tak layak untuk tentukan masa depan aku."ujar Jungkook ringkas tapi penuh sinis.
Pautan erat tangan Hae Yoon dipandangnya bersama wajah dingin. Jungkook menolak lembut tubuh Hae Yoon sebelum perhatiannya difokuskan semula terhadap lelaki yang mencabarnya itu.
"Lebih baik kau jangan masuk campur, Park Hae Yoon. Aku cuba untuk jadi kuat. Aku bukan diri aku yang lama. Just go."
Tiada lagi penggunaan kata ganti nama diri saya-awak.
Hanya aku-kau.
Softlankook, di mana kau menyorok?
-TBC-
A/N:
Saya hanya ingin ingatkan. Story ini saya selitkan pelbagai emosi. Luarannya nampak seperti komedi, tetapi adakalanya setiap watak akan alami juga konflik dalam diri masing-masing.
Moga setiap bab dapat dijadikan pengajaran untuk semua.
Terima kasih. I love you. ♥
Kita berjumpa tahun baru 2019 kelak. Insha Allah.
"A huge thanks again for the massive supports."
-iamyourcupcake
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top