22

Senpai, I'm in Love | JJK

Bab 22

---

"Jangan dicabar, nanti kau juga yang tercabar. Eh."
-Jeon SoflanKook

🎈

"Jahat, jahat,jahat. Nanti punggung korang pula kook letak gam. Letak gam gajah baru sedar diri."bebel Jungkook penuh perasaan sebelum kakinya laju meninggalkan kawasan dewan kuliah.

Fikirannya sudah mulai kusut. Namun, lelaki berjiwa lembut itu tetap bergerak menjauhi kawasan dewan kuliah.

Gara-gara dia inginkan hatinya sedikit tenang, Jeon Jungkook sanggup ponteng kuliah pada hari tersebut. Otaknya aktif memikirkan tempat sesuai untuk menyembunyikan diri.

Kau takkan nak nangis lagi duhai Jeon?

"T-tak, saya takkan nangis. Jeon Jungkook adalah seorang lelaki yang sado. Lagi sado dari abang Jeman. Jangan nangis. Ergh."bisik Jungkook dalam nada suara separuh berbisik.

Kedua-dua tangannya tidak mampu untuk menyeka air mata yang membasahi pipi. Tangannya begitu sibuk menutup punggungnya yang sudah terdedah pada pandangan umum.

"Kau dah kenapa Softlan? Cukuplah dengan tangisan manja kau. Kau lelaki ke perempuan eh?"ujar seseorang dari arah belakang.

Tangan individu misteri itu merangkul bahu Jungkook dengan mesra. Sebuah senyuman kecil dihadiahkan kepada Jungkook.

"Kau nak tak jadi kawan aku? Aku ajar kau jadi sado. Ha, macam abang Jeman idola kau gitu."

Pertanyaan lelaki misteri itu membuatkan Jungkook terpana. Berkali-kali matanya berkedip kerana dirinya langsung tidak menyangka ada orang masih sanggup untuk berkawan dengannya.

"A-awak nama apa? Saya teringin nak tahu. Muka dah kacak. Jeles kook tengok. Ala, alalala."

Lelaki itu berdehem sebentar sebelum dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan si Softlan. Sudah lama dia perhatikan anak Jeon itu sejak hari pertama dia menjejakkan kaki di Universiti Beghit.

"Aku..Chaly Put Put. Pelajar pertukaran dari Universiti Weduntokenimor. Kamon bro, jadi kawan aku ya? Aku ajarin lo cara untuk jadi lelaki sado."

Jungkook mengangkat ibu jari tanda bersetuju. Matanya bercahaya apabila telinganya mendengar kata-kata penaik semangat yang keluar daripada bibir Chaly Put Put.

Nampaknya Softlan sudah ketemu sama abang Idola baru.

Adakah ini permulaan kepada sesuatu yang lebih menarik?

-TBC-

A/N:

Sudah lama kita tidak bertemu dalam karya ini wahai pembaca.

Adakah korang baik-baik sahaja?

🌌
Komen dan jangan lupa untuk kasi votes.

Jujur, saya rindu komen korang. 😘

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top