20
Senpai, I'm in Love | JJK
20
---
"Luarannya berjoget riang. Dalamannya, tidak seindah seperti di luaran. Tersimpan segala kesedihan yang tidak terluah sejak sekian lama."
-Kim Namjan
---
A/N: Bab kali ini tiada unsur lawak. Saya selitkan babak meruntun jiwa. Mohon pujuk Softlan berjemaah :')
Jungkook setia berdiri di hadapan pintu rumah. Tangannya diangkat lalu dia lambai ke arah Park Hae Yoon yang sudah ingin bergerak pulang.
"Terima kasih, Park Hae Yoon. Saya hargai kedatangan awak hari ini! Balik hati-hati tau!"tutur Jungkook penuh sopan.
Hae Yoon mengangkat ibu jari sebagai tanda balasan kepada permintaan Jungkook. Perlahan-lahan dia memasuki ke dalam teksi.
"Kenapa aku rasa kau sedang menangis di dalam hati? Kau tak okay Softlan. Kau berpura-pura gembira. Aku yakin dengan semua ini."ucap Hae Yoon dalam nada perlahan. Matanya menjeling sekilas ke arah Jungkook.
Kemudian, dia memalingkan muka semula ke hadapan. Hatinya tidak begitu kuat untuk memandang wajah lelaki lembut itu terlalu lama. Lagipun, dia masih terkesan dengan kata-kata mama Jeon sewaktu mereka menikmati makan malam bersama.
Terdetik di hati Hae Yoon untuk mencungkil kisah gelap lelaki bernama Jeon Jungkook itu.
----
Jungkook menutup pintu. Telapak tangannya ditekapkan ke dada. Hatinya yang sebak sudah tidak dapat dibendung lagi.
Dia biarkan air mata yang sudah lebat membasahi pipi. Panggilan mama Jeon tidak diendahkannya. Jungkook melangkah pantas menaiki anak tangga untuk menuju ke biliknya.
"Mama, tolong bagi Kook masa untuk bersendiri. Please."pintanya dalam nada lembut.
Usai sahaja pintu bilik ditutup, Jungkook tersandar lemah di belakang pintu. Jari-jemarinya mengesat kasar air mata yang hampir kering di permukaan wajah.
"Fake friends everywhere. Aku t-tahu kau terpaksa berkawan dengan aku Hae Yoon. Tetapi, aku tetap bodoh. Aku tetap paksa kegembiraan palsu ini untuk wujud di hadapan kau. Aku tak kuat, tuhan."
Rintihan Jungkook berbunyi perlahan. Tetapi, malam yang sepi itu semakin menambahkan rasa sedih di hati.
Matanya yang sudah berair dan sedikit merah melihat ke arah tingkap yang separuh terbuka. Jungkook tampar pipinya sendiri. Segala kekuatan dikumpul olehnya agar sebuah senyuman kecil dapat diukir di wajahnya yang mendung.
"J-jeon SoftlanKook akan sentiasa gembira. Dia seorang yang kuat dan tidak akan mampu mengalah."pesannya lagi kepada diri sendiri.
-TBC-
A/N:
Insha Allah Jeon Softlan akan bertemu kembali pada bab seterusnya.
Mari peluk dia berjemaah.
Auch. (⌣́_⌣̀)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top