18

Senpai, I'm in love | JJK

Bab 18

---

"Sesat dalam lautan cinta seolah-olah anda menyelesaikan satu formula math yang tidak berkesudahan."

-Jeon jungkook

"Kau jangan nak menghanat sangat , Jeon SoftlanKook. Kau pakai baju s-sekarang!"tempik aku dengan suara garau.

Ah, lantaklah kalau sekarang ini aku dah kelihatan begitu mirip dengan wanita jadian. Janji mata aku tidak terseksa melihat semua keseksian yang datang daripada Jungkook.

"Ala,ala, ala. Abang Jeman pesan macam ni. Bukan salah s-saya ye! Maafkan saya Hae Yoon!"balas Jungkook sambil tangannya terkial-kial menyarungkan baju ke tubuh tegapnya itu.

Dalam diam, aku mengetap bibir. Satu kata makian aku sempat luah dalam hati.

Betapa kejamnya manusia lembut ini, dia boleh acah inesen. Sedangkan baru sahaja tadi, dia menggoda aku.

Tanpa baju, badan berketak-ketak. Tubuh seksinya menjamah dan terus bersarang di dalam otak aku yang sudah sedia tercemar ini.

"Hae Yoon, duduk dulu. Saya pergi ambilkan makanan ringan. Kebetulan tadi s-saya buat kek coklat dengan mama. Hehehe."ujar Jungkook. Hidungnya mengembang dengan bangga. Riak wajah teruja terhias di wajahnya.

"Habis tu, mama Jeon kau pergi mana pula?"

Jungkook memuncungkan bibir. Matanya dikedipkan berbelas kali kepada aku.

Annoying tapi aku rasa kau kacak.

Ah, sudah.

----

"Mama pergi balik rumah nenek. Nanti malam, mama ada lah dengan kita. Hae Yoon okay ke stay kejap dengan Kook?"

Hae Yoon mendecit halus tatkala soalan itu dilontarkan oleh Jeon Jungkook. Tangannya memberi isyarat agar lelaki itu cepat beredar dari biliknya.

"Kalau kau tetap berdiri depan aku sekarang ni, ada kemungkinan besar aku sepak punggung kau."

Mendengar sahaja ugutan Hae Yoon, lelaki lembut itu segera beredar dari bilik dan menuju ke dapur.

Ternyata Jeon SoftlanKook tidak sanggup punggungnya dinodai sekali lagi.

---

"Sedap tak kek coklat hasil air tangan s-saya?"soal Jungkook kepada Hae Yoon. Gadis itu menyuapkan sudu berisi kek coklat ke dalam mulut.

Sejak dari awal kek itu singgah ke dalam mulutnya, mulut Hae Yoon tetap terkunci rapat. Begitu asyik dia menikmati keenakkan kek buatan tangan Mama Jeon feat Softlan Kook.

"Sedap. Aku rasa puas makan. Kau ni boleh buka kedai kek lah brader."

Hae Yoon menepuk bahu Jungkook. Suapan kek diteruskannya seperti biasa selepas itu. 

Pada saat itu, Hae Yoon berkelakuan normal. Tetapi, ianya tidak normal bagi manusia bernama Jeon Jungkook.

Mukanya menjadi merah. Kedipan matanya semakin berlaku dengan dahsyat. Jungkook memaut lengan gadis itu sebentar sebelum dia mengambil keputusan untuk terjun di atas katil.

"Hae Yoon suka kek coklat resipi Jeon Jungkook. Jungkook sangat gembira. Hati sangat gembira. Oh, sukanya. Eyyy."jerit Jungkook dalam nada riang.

Tangannya menepuk-nepuk cadar tilam. Pandangan tajam yang diberikan Hae Yoon tidak langsung menakutkan hati kecilnya.

Dia tetap meneruskan aktiviti berguling-guling di atas tilam sehingga badannya terjatuh ke atas lantai. Senyuman lebar tetap menghiasi wajah kacaknya.

"Adakah ini perasaan cinta yang sebenar seperti abang Jeman katakan?"bisik Jungkook dalam hati.

Dia sendiri keliru. Dia juga masih dalam proses mengenal erti cinta sebenar. Namun, dia tidak sedar akan sesuatu.

Jeon Jungkook bukan siapa-siapa di mata Park Hae Yoon.

-TBC-

A/N:

Bab yang sedikit panjang daripada kebiasaan.

Harap korang suka.

Jeon Softlan kembali bersiaran untuk tatapan pembaca Wattpad.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top