16
Senpai, I'm in Love | JJK
Bab 16
---
"Keseksianmu membuatku hampir bergolek di atas jalan tar. Sungguh mengasyikkan."
-Abangtan 2018
---
"Aku rasa kau dah jatuh cinta. Jeon Jungkook."aku nyatakan secara jujur.
Mana taknya, degupan jantung kau macam nak melompat keluar dari dada kau, Softlan?
Masalahnya, takkan lelaki lembut ni dah terjatuh cinta dengan aku begitu awal?
Tetapi, kalau lagi cepat, lagi mudah misi aku nanti.
Senyuman sinis terukir di hujung bibirku. Aku menjengketkan kening. Fikiranku sudah mengatur langkah seterusnya.
Mari tawan hati dia dan musnahkan dalam sekelip mata.
Aku pasti berjaya kelak. Lihat sahaja nanti si Softlan ni jatuh tersungkur di kaki aku.
Gara-gara cintanya ditolak dengan kejam.
Kau kena bersedia, Jeon Jungkook.
---
Hae Yoon bergerak merapati tubuh badan Jungkook sehingga bahu mereka saling bertemu.
Jungkook yang masih sibuk melayan perasaan hati yang tidak tentu arah segera menoleh ke arah gadis itu.
"S-saya jatuh cinta? Maksudnya, saya jatuh cinta dengan awak , Park Hae Yoon?"soal Jungkook sedikit teruja.
Kasihan Softlan. Pertama kali dia jatuh cinta. Dia juga masih tidak sedar dia hanya dijadikan bahan permainan oleh Hae Yoon.
Lelaki berperwatakan lembut itu tersenyum kekok. Tangannya mencuit lengan Hae Yoon.
Akhirnya, masalah yang terpendam hati sudah selesai. Sekarang, tiba masanya untuk Jeon SoftlanKook menyelami lautan cinta.
Fuh, jangan kau lemas sudahlah Softlan.
"M-maksudnya, saya boleh jadi teman lelaki Yoon lah? T-tapi awak cinta saya tak?"soal Jungkook lagi.
Bagaikan seorang manusia yang baru kenal erti cinta, Jungkook memaut lengan Hae Yoon dengan erat.
Matanya bersinar meminta jawapan daripada gadis itu.
"Ya. Aku cinta kau, Softlan. Lepaskan aku. Kau ni dah macam beruang Koala. Nak aku sepak punggung kau?"ugut Hae Yoon.
Jungkook segera melepaskan pelukannya di lengan gadis itu. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Bibirnya digigit untuk mengurangkan rasa debar yang menggila di hati.
"Mama Jeon, a-ada juga perempuan yang suka Kook. Ala, ala, ala. Panas pipi saya. Balik nak membawang dengan mama."ucap Jungkook dalam nada berbisik.
Tiba-tiba, otak siput milik Softlan terlintas satu nasihat dari abang Jeman idolanya itu.
Jungkook menjeling wajah Hae Yoon dari hujung anak mata. Pipinya mula memerah.
"Hae Yoon, kalau saya kiss, a-awak marah tak?"soal Kook penuh keyakinan.
Nasihat Abang Jeman menjadi satu pendorong bagi Jeon Jungkook untuk mara ke tahap seterusnya.
Wajah Hae Yoon ditarik. Beberapa saat kemudian, wajahnya bersatu dengan Jeon Jungkook.
"H-hanat. Sotong curi first kiss aku."
Hae Yoon tergamam. Jungkook pula tersenyum puas.Bangga siot nasihat abang Jeman sudah berjaya dilakukannya.
Situasi tersebut bisa membuatkan Hae Yoon menjadi sawan kerana godaan si lembut itu.
Lain kali, jangan cari pasal sama Jungkook. Luarannya Softlan, dalamannya mungkin tersimpan daddy.
Eh.
-TBC-
A/N:
Bab 16 🌚
Tengah malam saya update.
Insha Allah bab seterusnya, sudah makin sensasi.
Nantikan. 🚻
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top