13

Senpai, I'm in Love |JJK

Bab 13

---

"Mulut menidakkan kenyataan. Hakikatnya, hati menyatakan kebenaran."

-Kim TaeGuchiHyung

Dddu ddap ddu ddap.

Hati Park Hae Yoon sudah memainkan rentak yang tidak stabil. Perubahan mendadak sikap dan perlakuan Jeon Jungkook nyaris membuatkannya hampir diserang sawan.

Tengoklah esok atau lusa, mahu disepaknya punggung tebal milik Park Jeman kerana ajaran sesat yang diajar lelaki itu kepada Jungkook.

"K-kau dah meroyan ke Softlan? Nak aku tarik isi punggung kau?!"ugut Hae Yoon dalam nada keras. Tangan kanannya menarik pula cuping telinga Jungkook yang sememangnya nampak kasihan itu.

Jungkook mengerang kesakitan. Tergedik-gedik badannya meronta ingin melepaskan diri daripada Park Hae Yoon.

---

"Lepaskan saya. Saya tak bersalah. Abang Jeman yang ajar. B-bukan salah Kook. Ala al-"

Belum sempat dia menuturkan tagline kegemarannya itu, aku terus menyumbat sandwich sardin ke mulutnya.

Mata Jungkook kelihatan bersinar di pandangan mata aku. Aku menarik nafas dan menghembus perlahan. Aku memandang ke arah Min Yoongey yang sedang ralit memerhatikan kami berdua dari arah belakang Jungkook.

"Ingat deal kita. Pikat si lembut tu!"tutur Yoongey tanpa mengeluarkan suara. Aku mencebikkan bibir dan menayangkan raut wajah menyampah kepadanya.

Aku arahkan semula pandangan di wajah Jeon Jungkook. Wajahnya yang putih dan bersih tanpa cela aku perhatikan dalam diam.

Hidungnya yang mancung, bibir munggilnya yang terbentuk elok, warna matanya yang berwarna keperangan cukup lengkap untuk menambat hati para gadis di luar sana.

Tetapi, aku tekad akan sesuatu. Aku tak akan sesekali jatuh suka terhadap lelaki lembik ini. Sudahlah lembut, perangainya pun mengada juga.

Siapa yang sanggup tahan?

Hujung jari aku seakan dicuit oleh seseorang. Kepalaku terus pantas memandang ke atas.

Jungkook menayangkan senyuman berserta barisan giginya yang tersusun kemas. Kelopak matanya dikedipkan berulang kali apabila aku tetap menunjukkan wajah bosan aku kepadanya.

"Saya nak berterima kasih sebab Hae Yoon sudi kawan dengan saya. Semua orang pinggirkan saya kerana sikap lembut ni. S-saya hargai sangat-sangat."luah Jungkook penuh syahdu.

Aku telan air liur yang terasa perit. Perasaan bersalah mulai menghimpit hati kecilku ketika itu. Bagaimana perasaan lelaki ini jika dia tahu aku hanya jadikan sebagai alat mainan?

Bagaimana perasaan dia jika dia juga sedar perasaannya hanya menjadi bahan gurauan aku dan Yoongey?

"Park Hae Yoon, kita kawan ya."

Permintaan Jungkook singgah di cuping telingaku. Aku pantas mengangguk sebagai tanda respons kepada permintaannya itu.

Jungkook mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. Earphone berwarna putih disumbatkan di telinga kanannya. Manakala, sebelah lagi earphone disumbat pula kepada telinga kiriku.

Kami saling berhadapan dan saling bertatapan wajah antara satu sama lain.

"Dengarkan lagu kegemaran s-saya. Khas untuk sahabat baru saya, Hae Yoon."ujar Jungkook penuh sopan.

Hatiku seperti kekurangan oksigen pada waktu tersebut. Tindakan comel SoftlanKook ternyata membuatkan aku tidak senang duduk.

"L-lagu apa kau nak pasang, Softlan?"

Jungkook tersenyum manis sekali lagi. Matanya tidak lekang daripada memandang tepat ke arah anak mata aku.

"Euphoria. Tajuk lagunya. Harap a-awak sukakannya."

-TBC-

A/N:

Bab ini penuh kemanisan. Sekali lagi, akak tertumpah berkilo gula.

Bab seterusnya, akak sudah selitkan konflik.

Terima kasih untuk komen korang dan juga likes yang diberikan.

Saya sayang anda semua. Anda semua sayang saya tak?

eh tiber.

Hahahaha.

"Terima kasih"♥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top