11
Senpai, I'm in Love | JJK
Bab 11
----
"Lembut bukan bermakna aku tidak layak untuk menjadi pendamping di sisi kau. Biar aku buktikan."
-Jeon Jungkook
-------
Hujung minggu sudah berakhir. Sesi kuliah sudah mula berjalan seperti biasa. Aku menggenggam buku nota berwarna merah jambu yang dibeli di kedai 24 jam.
Jangan ingat aku sudah terjangkit penyakit si Softlan Kook itu. Kebetulan aku berasa agak malas untuk singgah ke kedai alat tulis.
Fikirku, mungkin di kedai 24 jam ada terjual buku nota kecil yang aku boleh guna untuk mencatat isi-isi nota kuliah. Jadi, aku tanpa berfikir panjang terus merembat buku nota yang sedia ada. Janji ada buku nak menulis.
"Entah syaiton apa yang merasuk aku beli benda warna pink ini. Meremang bulu roma aku. Ergh."ujarku sendirian.
Aku bawa langkah untuk menuju ke kawasan kafe berhampiran. Kafe yang diusahakan oleh Park Jeman itu bukan biasa-biasa. Tak menang tangan Jeman menerima kunjungan pelanggan daripada seluruh pelusuk Universiti Bughit.
Siapa suruh kau seksi sangat Jeman? Laku keras jualan di kafe Jeman itu. Setelah selesai membeli makanan, aku pegang kemas tray yang berisi makanan.
"Hey, awak makan sekali dengan saya? Sinilah. Sampai hati tak nampak saya lambai? Alaaa."
Telinga aku terus spontan menangkap suara gemersik Jeon Softlan. Mana lelaki lembut tu duduk? Jujur aku langsung tak nampak wajah dia sedikit pun.
Okay, kau tenang Park Hae Yoon. Cari warna merah jambu. Pasti ada Softlan di situ.
"Ala, ala, ala. Buruk sangat ke s-saya sampai Hae Yoon tak sedar saya dekat mana? Belakang awaklah."
Aku mengerutkan kening dan sekelip mata aku pusing badan ke belakang untuk melihat si pemilik suara lembut itu.
"E-eh kau ke Softlan?"
Terkebil-kebil aku memandang anak Jeon. Aku pandang atas. Aku pandang bawah.
"Ala, s-saya minta tolong abang Jeman tukar style pemakaian saya. H-hae Yoon mesti takkan malu duduk dengan saya. Bagus tak?"soal Jungkook.
Dek kerana gagal menahan perasaan terkejut, aku memandang wajah dan penampilan SoftlanKook dengan hati yang Jungshook.
Tray makanan melorot jatuh ke atas lantai. Uh, sadisnya.
"S-sejak bila kau jadi daddy ni, Softlan?"
"S-sebab saya tak nak awak malu jadi kawan saya, Park Hae Yoon."
-TBC-
A/N:
LUPA NAK KASI AMARAN. BAB 11-20 ADALAH FASA DI MANA JUNGKOOK CUBA JADI MANLY SIKIT.
DALAM ERTI KATA MUDAH, DIA CUBA JADI 'DADDY' EH.
BIAR KORANG NOSEBLEED. TISU TAKDE LEBIH NAK SPONSOR.
MARI MERIAHKAN RUANGAN KOMEN.
JANGAN LUPA LIKES. HOHOHO.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top