1
Senpai, I'm in Love | JJK
-----
Bab 1
🍟
Seorang lelaki berpakaian serba pink melangkah masuk dengan riang ke dalam dewan kuliah.
Terus kedengaran suara meriah pelajar lelaki bersorak dalam nada mengejek. Pelajar perempuan turut serta dalam aktiviti memerli lelaki tersebut.
Namun, lelaki itu hanya memekakkan telinga. Dia segera melabuhkan punggung di tempat duduk berdekatan tingkap.
Tangan kanannya sibuk mengipas-ngipas permukaaan wajah dan leher yang berpeluh menggunakan kipas tangan berwarna merah jambu.
"Aigoo, Jungkook jambu panas ke? Aduh, merah merah muka tu. Kesiannya. Meh abang nak lap."
Jungkook berdecit perlahan. Dia menghantar jelingan manja kepada seorang lelaki yang mengusiknya pada waktu itu.
"Awak jangan kacau s-saya boleh? Saya panas kay. Panas!"ujar Jungkook dalam nada lembut.
Tiba-tiba, Jungkook menekup mulut. Dia seakan terlupa tentang sesuatu. Beg yang berisi bekal makanan tengah hari sudah tertinggal di dalam kereta.
"Alamak, saya tertinggal pula bekal lunch dalam kereta. Ala..ala..ala!"bentak Jeon Jungkook.
Jungkook terus berdiri dari tempat duduk. Hajatnya ingin keluar dari dewan kuliah untuk mengambil bekas makanannya.
Belum sempat dia melangkah jauh, punggungnya ditampar kasar oleh seseorang setan.
Jungkook menyeringai kesakitan. Suara jantannya membingitkan suasana dalam kuliah.
Ha, gatal sangat ko tampar punggung Si Jengkuk. Dah keluar suara jantan dia.
"Sakitlah ha hanat. Awak jahat. Jahat , jahat, jahat. Jungkook nak merajuk dengan korang!"ujar Jungkook.
Sempat lagi dia menjeling tajam ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang mengejeknya.
Terkedek-kedek Jungkook berlari keluar dari dewan kuliah bersama punggung yang masih kebas.
-TBC-
A/N:
Amacam bab pertama? Korang suka?
Mari kasi support story baru saya ♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top