Bukan Sempurna; Kelmarin
Kelmarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu
"Jangan gelak." Yoon Ahra memberikan amaran setelah loyang dikeluarkan dari oven dan diletakkan ke tengah-tengah meja.
Kim Taehyung menggetap bibirnya, sedaya-upaya lelaki itu menahan diri untuk tidak ketawa.
Nafas ditarik dalam sebelum dilepaskan kuat.
"Pantang dos ubat tahan sakit tengah on, laju je kan awak masuk ke dapur." sindir Taehyung sambil matanya masih melekat pada kek yang dibuat oleh isterinya.
"Resepi viral, mestilah kena cuba. Tiga bahan je pun. Bukan susah." Ahra menjeling manja.
"Tiga bahan tak tiga bahan, tapi kenapa rupa...Ya Tuhan. Kek ke gunung berapi lepas meletus ni?" kali ini tawa Taehyung terhambur.
Kelmarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
"Gunung berapi meletus pun gunung berapi meletuslah. Saya tak kisah. Janji saya cuba." Yoon Ahra mencebik. Air mukanya tampak keruh tidak seperti sebentar tadi.
"Alololo, merajuk eh. Sini." Kim Taehyung mendepakan kedua-dua belah tangannya. Tubuh genit Ahra segera dirangkul erat.
"Maaf kalau dah buat awak terasa hati. Saja menyakat awak, rindu nak tengok bibir muncung sedepa." senyum Taehyung melebar.
"Maaf diterima, tapi dengan syarat... Habiskan kek coklat tu." giliran tawa Yoon Ahra pula meletus.
"Tak naklah!" rangkulan segera dileraikan dan Taehyung membuka langkah laju untuk menyelamatkan diri.
"Sini, Taehyung!"
"Tak nak!"
°°°°°°°°°
Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya
Kim Taehyung melepaskan satu keluhan saat meletakkan dua cawan kopi dalgona yang dibancuhnya sendiri ke atas meja kecil.
Kerusi ditarik. Bertemankan langit biru dan angin sepoi-sepoi menerbangkan kelopak bunga ceri, sekeping gambar polaroid ditatap Taehyung.
"Kalau awak masih ada, mesti awaklah yang paling teruja untuk cuba kopi viral ni. Tapi sekarang, tak mengapa. Saya akan lakukan apa sahaja untuk awak." walaupun terasa sukar, Taehyung cuba mengukirkan senyuman. Polaroid mendiang isterinya itu disentuh sebelum dikucup lama.
Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top