Bukan Sempurna; Kek Hari Lahir & Hajat
Kek hari jadi yang dihiasi beberapa batang lilin menyala diletakkan ke atas meja dengan berhati-hati.
"Sekarang.." Taehyung menarik kerusi, mengambil tempat duduk segera agar masanya tidak dibazirkan begitu sahaja.
Kuntuman senyum mula terlorek di bibir lelaki itu sebelum kedua-dua tangannya bertaut erat, Kim Taehyung menunduk..memasang hajat.
"Dah." pandangan diangkat dan ketika itulah riak wajah Taehyung berubah sedikit demi sedikit.
Kerusi kosong di hadapannya membuatkan Taehyung sedar akan realitinya.
Walaupun berjuta kali hari lahir disambut.
Walaupun berjuta kali hajat yang sama disebut.
Yoon Ahra tidak akan pernah kembali walau hanya sesaat.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top