Bukan Sempurna: Hari Kekasih
"Sejambak bunga ros merah hanya 25,000 won. Sekotak coklat akan diberi percuma untuk setiap pembelian. Jangan lepaskan peluang anda. Inilah masanya untuk menghadiahkan pasangan anda sesuatu yang istimewa." gadis kecil molek berjalan ke hulu-hilir bagi meraih pelanggan. Bukan mudah kerjanya hari ini kerana persaingan begitu sengit, rata-rata kedai bunga membuat promosi sempena Hari Kekasih.
"Bang, tak nak beli ke bunga ni untuk teman wanita abang?" gadis itu tidak putus asa. Diekorinya seorang lelaki berjaket denim dari belakang.
"Abang, kalau abang beli bunga ni... Dapat coklat sekali tau. Percuma." pujukan itu mematikan langkah Kim Taehyung.
"Coklat percuma?" tersungging sedikit senyuman di hujung bibir lelaki tersebut.
"Ya, beli sejambak bunga ros dapat pecuma sekotak coklat. Kalau beli dua jambak, dapat dua kotak coklat. Tiga jambak..."
"Bagi saya satu jambak je." Taehyung tidak banyak bicara, kocek seluarnya diseluk.
"Terima kasih, bang. Abang tunggu di sini tau." berbekalkan keterujaan, gadis penjual bunga berlari ke arah gerainya untuk mendapatkan bunga dan coklat. Tingkah gadis itu membuatkan Taehyung tergelak kecil sebelum wajahnya berubah keruh.
Ahra. Dia mula teringatkan Yoon Ahra.
******
"Sayang." Taehyung meletakkan sejambak bunga dan sekotak coklat ke atas katil. Bingkai gambar yang terletak di atas meja kecil pula disambar sebelum lelaki itu berbaring lalu melepaskan satu keluhan.
"Tengok, bunga kegemaran awak. Saya belikan bukan sempena Hari Kekasih tau. Tapi sempena Hari-Hari Saya Sayang Awak." seperti biasa, untuk mengubat kerinduan... Bingkai gambar menjadi teman Taehyung berbual.
"Ahra, saya..." bicara Taehyung terhenti. Bibir diketap sedaya upaya kerana tidak mahu tangisannya terhambur pada malam ini.
"Sa...saya rindukan awak, Ahra. Saya tak sanggup lagi..." akhirnya walaupun sudah berusaha, tangisan lelaki itu mula kedengaran.
Bingkai gambar, sejambak bunga ros merah dan sekotak coklat kini didakap erat.
"Tolong kembali, Ahra. Tolong." Kim Taehyung merengkok menahan pedihnya rasa hati.
Hari ini, hari meraikan cinta bagi orang lain. Tetapi bagi lelaki itu, hari ini... Hari yang terlalu menyakitkan.
"Tuhan, kembalikan Yoon Ahra. Kembalikan dia ke pangkuanku, Tuhan. Aku merayu." ayat yang sama ditutur Taehyung berulang-kali sehinggalah matanya terkatup rapat.
Hujan renyai-renyai mula turun membasahi bumi, seakan turut bersimpati akan kesengsaraan yang dialami oleh lelaki berusia 25 tahun itu. Terlalu muda untuk kecewa. Terlalu rapuh untuk menanggung derita.
Doakan Kim Taehyung kuat untuk menjalani hari-hari seterusnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top