Bukan Sempurna; 12 Malam
Come home and lie in bed
Thinking if it was my fault?
Dizzy night, looking at the clock
Soon it will be midnight.
Tepat pukul 12 malam, Kim Taehyung melangkah masuk ke dalam rumahnya bersama bagasi hitam. Terpaksa menempuhi penerbangan selama 12 jam tidak sedikit pun menampakkan lelaki itu di dalam keadaan penat, malahan kakinya di atur ke ruang tamu lalu mencapai sesuatu.
Sebuah diari berwarna ungu lembut, peninggalan mendiang Yoon Ahra kini berada di tangan.
Kim Taehyung menghenyak punggung ke atas sofa. Kaki kanan disilangkan ke atas kaki kiri, tangan pula membelek helaian kertas satu-persatu.
02.02.2019
Selain suntikan morfin, tangan hangat si dia mampu mengurangkan serba sedikit kesakitan yang aku tanggung.
13.02.2019
Sudah dua hari aku berada di hospital, ditemani ibu. Jujur aku tidak mahu lepaskan Taehyung ke luar negara. Apakan daya, tuntutan kerja lebih memerlukan lelaki itu.
Semoga awak baik-baik sahaja di sana.
04.03.2019
Taehyung, maaf. Janji saya untuk berada di sisi awak dengan lebih lama mungkin tidak mampu saya tunaikan.
12.4.2019
Jangan menangis, Taehyung. Tolong kuat demi saya?
21.4.2019
Maaf.
"Saya maafkan awak, Yoon Ahra." Kim Taehyung meraup kasar wajahnya yang sudah lencun dibasahi air mata. Diari ungu lembut milik mendiang isterinya didakap kemas.
Di tengah malam yang sunyi, tangisan demi tangisan kedengaran... Berharmoni bersama bunyi rintik hujan di luar.
Will something be different?
It won't be something like that
But this day will be over
When the minute and second hands overlap
The world holds its breath for a little while
Zero o'clock.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top