5; Asalkan Kau Bahagia


"Melalui beberapa hasil pemeriksaan, pihak hospital mendapati isteri encik menghidap penyakit multiple myeloma iaitu sejenis kanser yang menyerang sel plasma pada sumsum tulang."

Aku ingat lagi, Ahra. Saat kita berdua mendengarkan perkhabaran dari Dr. Jung, kau nampak pasrah sepertinya kau tahu kau akan sakit teruk.

"Kanser ni boleh membawa maut ke doktor?" resah aku bertanya.

"Memandangkan sel plasma terganggu, maka berlakunya pengeluaran protein yang tidak normal dan berlebihan yang akhirnya boleh merosakkan organ lain seperti ginjal dan tulang."

Kau dengar tak Ahra?

A..aku..Aku tak sanggup kehilangan kau.

*****

"Taehyung.."

Kau datang lagi dalam mimpiku, Ahra. Kau sentiasa tersenyum, membawa sekuntum mawar merah.

Yoon Ahra, pergilah. Pergilah usah datang menjengukku lagi. Aku tahu di sana, kau takkan sakit. Kau takkan menderita.

Kau bebas berbuat apa sahaja.

Apa yang perlu kau tahu, aku di sini sentiasa mencintai kau.

Pergilah, aku tidak mengapa asalkan kau bahagia.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top