3; Langit Menjadi Saksi
"Ahra, jangan lari!" aku cuba mengejar kau sekuat hati.
"Wekkk! Kejarlah kalau dapat." kau menjelir nakal. Mentang-mentang kau bekas atlet olahraga, kau memandang rendah pada aku.
"Kalau dapat, siap. Saya akan lempar awak ke dalam laut." aku menarik nafas panjang lalu berlari sepenuh tenaga..dan akhirnya aku berjaya menyaingi kau.
Aku menolak kau. Kita sama-sama rebah di atas pasir pantai yang memutih. Bersaksikan langit yang cerah pada hari itu, aku mencipta janji.
"Saya akan menyayangi awak walau apa pun yang berlaku."
*****
"Tak payahlah, Tae." kau menolak bila aku cuba memapah kau. Dulu kau cergas, Ahra. Kini ke mana sahaja, kau perlukan bantuan.
"Kerusi roda kan ada. Saya boleh bergerak ke mana sahaja. Jangan bimbang." kau sentiasa menjawab bersama ukiran senyuman.
"Awak memang degilkan." aku duduk mencangkung di hadapannya.
"Apa lagi ni, Tae?" kau memukul lembut belakangku.
"Saya piggyback awak. Naik cepat."
"Tak naklah, Ahra tak nak."
"Tak nak, tak apa. Tae nak merajuk. Uh!! Tak nak kawan!!"
Ini caranya aku untuk mengugut kau. Ugutanku yang sentiasa dibalas dengan tawa halus. Tak mengapa Ahra, aku cukup sukakannya..buat kau ketawa. Lagi dan lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top