35

Pelembap bibir itu dioleskan pada bibir munggilnya. Sekali lagi dia melihat ke dalam cermin. Dia memakai blouse hitam dan dikenakan dengan seluar jeans putih.

Setelah dia berpuas hati, Jihyun melangkah keluar daripada biliknya. Puan Jung yang berada di dapur tersenyum melihat Jihyun yang sudah bersiap sedia untuk keluar itu.

"Jihyun jangan balik lambat sangat." Pesan Puan Jung apabila Jihyun datang mendekatinya. Jihyun mengangguk faham dan memeluk tubuh itu sekilas.

Baru sahaja dia mahu mengeluarkan kasutnya daripada rak, suara Jaehyun mencelah daripada belakang menghentikan tindakannya tadi.

"Jihyun jom keluar- kau nak pergi mana?" Jihyun menoleh kearah Jaehyun dengan sengihan. Jihyun hanya mengangkat bahu, tidak mahu memberi tahu Jaehyun tentangnya.

"Jomlah keluar dengan aku..." Jaehyun cuba memujuk Jihyun. Dia memegang lengan gadis itu untuk menghalangnya daripada keluar rumah.

"Jaehyun, esoklah aku keluar dengan kau eh?" Jihyun cuba bertolak ansur dengan lelaki itu. Jaehyun mencebik tidak puas hati dengan jawapan Jaehyun. Pegangan pada lengan Jihyun tadi dilepaskan.

"Kau keluar dengan siapa ni? Siapa yang lagi penting daripada aku?" soal Jaehyun tidak puas hati. Lelaki itu bercekak pinggang. Jihyun pula sudah menggeleng perlahan mendengar Jaehyun yang sudah mahu membebel padanya.

"Jaehyun kamu nak keluar ke? Tolong eomma beli tepung. Eomma nak buat kek." Puan Jung menjerit daripada dapur. Jihyun tersenyum nakal pada Jaehyun dan dia mengambil peluang itu untuk keluar daripada rumah secepat mungkin. Puan Jung dah menolongnya.

"Ala eomma~" Jaehyun merengek. Kakinya melangkah kearah dapur tidak puas hati. Dia menjeling Jihyun yang sudah berjaya melarikan diri daripadanya. Dia mengambil beberapa keping duit diatas meja dan keluar.

Dia nak keluar berjalan-jalan, bukannya nak pergi kedai. Hish!

--

"Injun!" Jihyun melambai kearah Renjun yang berada tidak jauh dengannya. Renjun bangun daripada duduknya dan berjalan mendekati Jihyun dengan senyuman di bibirnya.

Pakaian lelaki itu diperhatikan daripada atas sampai bawah. Tshirt putih bersama jaket hitam dan dikenakan dengan seluar jeans berwarna khaki. Boleh tahan handsome.

Huang Renjun memang handsome-

"Kau ada terfikir nak beli apa-apa tak?" Renjun bertanya, memandang kearah Jihyun yang berada disebelahnya. Mereka berdua memasuki mall yangnsudah dipenuhi dengan orang ramai itu.

"Mungkin patung? Aku nak belikan dia gelang. Mesti comel dia pakai!" Jihyun berkata teruja. Tangannya yang sudah memegang lengan Renjun itu menariknya masuk ke dalam kedai anak patung.

"Adik kau suka apa?" Jihyun menoleh kearah Renjun. Wajah lelaki itu blank. Dia cuba memikirkan sesuatu tentang soalannya itu.

"Aku tak ingatlah..." Renjun berkata perlahan dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia baru sedar, selama ini dia hanya bermain dengan adiknya tanpa sedar apakah perkara yang disukainya. Jihyun memerhati satu-satu anak patung yang berada di hadapannya.

Tangannya mencapai anak patung beruang yang berwarna putih, badannya dipakaikan dress merah jambu dan lehernya diikatkan dengan reben.

"Yang ini." Jihyun menunjukkan anak patung itu kepada Renjun untuk meminta pendapatnya. Renjun hanya mengangguk setuju, dia tidak kisah tentangnya. Dia pasti akan pilihan Jihyun.

Renjun mengambil anak patung itu daripada pegangan Jihyun dan menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran

"Comel girlfriend awak." Wanita itu menunjuk kearah Jihyun yang sedang melihat patung-patung itu. Renjun terkejut tetapi dia hanya tersenyum dan mengangguk. Dia mengusap lehernya kekok. Dia tidak menidakkannya.

Selepas mereka membayar, mereka keluar daripada kedai itu dan mula mencari kedai yang diinginkan oleh Jihyun.

Renjun menggeleng perlahan melihat Jihyun yang berperangai seperti kanak-kanak apabila melihat gelang-gelang itu. Matanya bersinar memerhatikannya.

"Lawa tak?" Jihyun menunjukkan seutas gelang silver dan mempunyai bentuk bulan berwarna ungu ditengahnya.

"Lawa." Renjun membalas pendek. Jihyun memandang gelang itu lama sebelum meletakkannya semula. Renjun memandangnya pelik.

"Kenapa letak balik?" Dia bertanya.

"Aku nak beli untuk adik kau, bukan untuk diri sendiri." Jihyun menjawab tenang, matanya tidak lari memerhatikan gelang-gelang itu. Dia mengambil lagi seutas gelang yang berwarna pink pastel dan bentuk hati.

Jihyun mengangguk puas dan pergi ke kaunter dengan seutas gelang yang baru dipilihnya, meninggalkan Renjun di belakangnya.

Renjun memerhati gelang yang diambil oleh Jihyun tadi. Senyuman kecil terukir dibibirnya.

--

"McChicken burger satu set, besar dan..." Renjun menoleh kearah Jihyun disebelahnya, dia tidak tahu Jihyun mahu memesan apa.Jihyun menjongketkan kakinya bagi menyamakan ketinggiannya dengan Renjun dan berkata perlahan padanya. Renjun mengangguk.

"Cheese burger set , besar." Renjun menghulurkan beberapa keping not duit.  Jihyun mahu membayar untuk bahagiannya tetapi Renjun tidak membenarkannya. Katanya dia mahu belanja kerana sudah menolongnya hari ini.

"Bila hari jadi dia?" Jihyun bertanya, dia menyuapkan satu suapan besar pada mulutnya. Dia mengambil tisu untuk mengelap hujung bibirnya.

"Esok." Membuntang mata Jihyun mendengarnya. Kalau dia tidak bertanya, pasti sampai esok baru dia tahu tentangnya.

"Nak pergi." minta Jihyun. Renjun memandang anak matanya yang bersinar itu. Dia mengangguk, membenarkannya. Perasaan gembiranya tadi terhenti. Dia tidak tahu dimana rumah Renjun-

"Aku ambil kau nanti." sambung Renjun. Jihyun menayangkan senyumannya, dia seakan tahu apa yang difikirkan oleh Jihyun.

"Lagi satu... nah." Renjun menghulurkan kotak kecil itu di hadapan Jihyun. Perempuan itu memandang kotak itu pelik.

"Apa ni..." dia.memandang Renjun terkejut apabila dia membuka kotak itu. Gelang yang ditunjukkan padanya tadi.

"Renjun~" gadis itu merungut kecil, terharu dengan pemberian Renjun itu. Jihyun memasangkan gelang itu pada pergelangan tangannya dan menunjukkan kearah Renjun.

"Cantik. Sesuai dengan kau." Jihyun tersenyum gembira. Seketika kemudian, Jihyun pula mengeluarkan kotak kecil daripada beg kertasnya tadi. Dia menolak kotak itu pada Renjun. Renjun mengangkat kening. Kotak itu dibuka perlahan. Mulutnya ternganga melihat cincin di dalam kotak kecil itu.

"Jadi ni boleh jadi gelang dan cincin friendship kita kan." Jihyun berkata yakin. Renjun mengangguk setuju dengannya. Kedua-dua anak mata mereka bertembung sebelum mereka mengeluarkan tawa gembira.

huangrenjun

liked by na.jaemin0813 , haechan.lee , do0_young and 2302 others
huangrenjun cc : @ jjihyunkang

view all the 193 comments

l.heejinn spilled the tea 👀
yangyang_x2 @l.heejinn we need tea 👀

haechan.lee date jelah terus @jjihyunkang

_jeongjaehyun patutlah taknak keluar dengan aku 😒 @ jjihyunkang

jjihyunkang aww! cincin tu sesuai dengan kau dan lawanya aku tangkap gambar ! cepat puji aku.

--

Deringan itu kedengaran kuat daripada poket seluarnya. Jihyun mengambil telefonnya daripada dalam poket.

Nama yang terpapar pada skrin telefonnya membuatkan tangannya menggeletar.

Tubir matanya sudah bertakung dengan air mata. Teragak-agak dia menyentuh butang berwarna hijau itu dan telefon itu dilekapkan pada telinganya.

Diam. Kedua-duanya mendiamkan diri. Hanya bunyi angin yamg menyapa kulitnya sahaja kedengaran.

"Hyun... eomma dah sampai Korea." Serentak dengan itu cecair panas itu jatuh.

mekasih nash untuk idea gambar tu HAHAHAHA

btw lagi dua chapter :D

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top