34
"Doyoung oppa!" Jihyun menegur Doyoung yang baru memasuki rumahnya itu. Matanya meliar memandang kearah belakang Doyoung.
Mengharapkan seseorang datang sekali bersamanya. Tetapi hampa, hanya figura Doyoung yang muncul.
Jaehyun yang perasan akan raut wajah Jihyun yang bertukar kecewa secara mendadak itu tersenyum nakal.
"Tunggu Renjun ke?" tanya Jaehyun. Jihyun membuntang matanya dan memukul bahu Jaehyun kuat menyebabkan lelaki itu mengerang kesakitan.
"Kenapa? Kau tunggu Renjun ke Jihyun?" Doyoung pula bertanya. Laju Jihyun menggeleng menindakkan hal itu. Dia menekup wajah malu. Jaehyun ini memang sengaja cari pasal dengannya sekarang.
"Ayo semua!" Mendengar suara daripada pintu hadapan rumah itu menarik perhatian mereka bertiga. Haechan memasuki rumah itu selamba sambil membawa sekotak ayam goreng. Dia mengambil tempat disebelah Jihyun dan meletakkan kotak itu diatas meja.
"Hai Jihyun." Haechan menyilangkan kakinya dan mengangkat tangannya pada Jihyun, dia menegurnya ramah. Kepala Haechan terus diketuk menggunakan majalah yang digulung oleh Doyoung.
"Sedap je kau main terjah masuk rumah orang." kata Doyoung dan dia menggeleng perlahan. Haechan memegang kepalanya yang baru dipukul oleh Doyoung itu. Dia menjeling Doyoung.
"Hyung, kenapa kau tak pernah bagitahu kitorang tentang Jihyun?" Haechan bertanya serius. Serentak mereka bertiga memandang Jaehyun. Jihyun juga tertanya-tanya. Kalau Renjun tidak datang ke rumahnya hari itu, sampai sekarang mereka tidak mengetahui tentangnya.
"Buat apa aku nak kenalkan Jihyun dekat korang, nanti ada yang menggatal kang." jawab Jaehyun sarkastik. Haechan mengelipkan matanya beberapa kali.
"Auch!" Dia memegang dadanya, seolah-olah terasa dengan kata kata Jaehyun itu. Mula dah drama dia ini.
"Dah tu kenapa Doyoung hyung boleh tahu?" Haechan menyambung lagi, dia tidak puas hati lagi ini.
"Dia tak gatal macam kau." sekali lagi Haechan memegang dadanya. Auch sakitnya hati ini. Dia kena kutuk depan-depan betul ini. Jihyun tertawa kecil melihat tingkah laku Haechan yang berlebihan itu.
Sesekali dia memandang ke luar pintu, masih berharap dengan kedatangan lelaki itu. Jihyun melarikan pandangannya semula apabila Doyoung menangkapnya memerhati ke luar pintu. Doyoung tersenyum kecil.
"Jomlah Jihyun." Doyoung bangun dari duduknya. Jihyun yang faham akan kata Doyoung itu juga turut bangun. Haechan memandang mereka berdua pelik.
"Nak pergi mana? Nak ikut!" kata Haechan tidak puas hati, seperti budak kecil. Dia bangun daripada duduknya dan mendekati Doyoung. Doyoung memandangnya menyampah.
"Nak belajar kimia? Ha jomlah, aku ajar percuma ni." jawab Doyoung tenang. Lelaki muda di hadapannya ini dipandang. Terus Haechan membawa dirinya duduk disebelah Jaehyun semula. Tangannya memberi isyarat kepada mereka berdua untuk pergi.
Belajar masa cuti ini? Bagi percuma pun dia tidak mahu.
Jihyun tergelak kecil. Baru sahaja kakinya nak melangkah menaiki tangga, panggilan Haechan menghentikan dirinya.
"Korang tak nak makan ayam ini lagi ke?" Haechan mencebik bibir. Punyalah hatinya baik pada hari ini nak membelanja mereka makan, tetapi ayam itu hanya dipalau.
"Kitorang makan nanti." jawab Jihyun, memberikan senyuman kepada Haechan sebelum menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya.
Sekarang hanya tinggal Jaehyun dan Haechan berduaan di ruang tamu. Haechan mendekatkan diri dengan Jaehyun. Dia perlu bertanya pada Jaehyun selagi Jaehyun ada.
"Hyung, Jihyun ada cakap apa-apa tak pasal Renjun?" tanya Haechan. Jaehyun menoleh memandang Haechan sekilas dan kembali memandang kearah televisyen semula.
"Ada. Dia tanya macam-macam pasal Renjun." Hujung bibirnya terangkat mendengar jawapan Jaehyun, jarinya dipetik seakan mendapat idea.
"Hyung ada rasa tak Renjun tu sukakan Jihyun?" Jaehyun memikirkan perkara itu seketika dan dia mengangkat bahu. Tetapi bibirnya mengukirkan senyuman
Renjun, kelemahan yang paling besar dia ada ialah dia tidak pandai menyorokkan perasaannya. Semua tingkah lakunya akan menggambarkan emosinya pada masa itu.
"Kau jangan nak jadi cupid untuk diorang." Jaehyun memberi amaran kepada Haechan. Dia tahu dalam kepala Haechan sekarang sedang mencari cara untuk membuat Renjun meluahkan perasaannya pada Jihyun. Dengan segala kelakuan Renjun itu, jelas dia sukakan gadis itu.
Haechan mencebik bibir. Semua angan-angannya tadi dihapus daripada fikirannya setelah mendapat amaran daripada Jaehyun.
--
"Argh letih!" Jihyun merungut. Dia menggeliatkan tubuhnya. Urat-urat pada tubuhnya sudah terasa sengal. Doyoung tersenyum kecil melihat gadis itu, tangannya masih bergerak mengemas buku-buku milik Jihyun itu.
"Jom makan." ajak Doyoung. Jihyun mengangguk. Kakinya laju menuruni tangga apabila dia teringat tentang ayam goreng yang dibeli oleh Haechan tadi.
"Haechan- eh Renjun." Kakinya berhenti melangkah menuruni tangga apabila anak matanya menangkap figura Renjun yang sedang duduk bersama Haechan. Doyoung yang berada di belakang Jihyun juga turut terkejut dengan kehadiran Renjun.
Renjun hanya tersenyum untuk menyapa mereka berdua. Jihyun berjalan mendekati mereka dan duduk diatas lantai, menarik kotak ayam itu mendekatinya manakala Doyoung sudah ke dapur untuk mengambil air.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini Injun?" Jihyun bertanya, memandang lelaki itu sekilas.
"Haechan call aku untuk datang. Dia kata dia bosan." Jihyun memandang Haechan yang sudah tersengih kearahnya.
"Tak apa, Jihyun pun tunggu kau Renjun-" kata-katanya terhenti apabila Jihyun mencampakkan kusyen yang berada disebelahnya tepat pada muka Haechan. Renjun tertawa melihat mereka berdua.
Haechan memang mulut tempayan ke apa ni?
Renjun memerhatikan Jihyun yang berada di bawah, duduk bersila di hadapannya memandangkan meja itu hanya berada dekat dengannya. Bibirnya tersenyum apabila melihat pakaian yang tersarung pada tubuh gadis itu.
Jihyun yang perasan akan renungan Renjun itu memandang kearahnya semula. Keningnya diangkat pelik. Kenapa pula Renjun memandangnya begitu?
"Tu." Renjun melirikkan matanya pada baju yang sedang dipakai oleh Jihyun. Jihyun menunduk memandang bajunya. Jihyun memandang baju itu lama. Rasanya dia tidak pakai baju yang pelik-
Hoodie Renjun.
Matanya membuntang. Terkejut. Macam mana dia boleh tidak sedar tentang perkara ini. Sebelum Doyoung datang ke rumahnya tadi, dia hanya menyarungkan apa-apa yang berada di hadapannya.
"Nanti aku bagi-"
"Pakai jelah." Renjun mencelah sambil tertawa kecil. Nasib baik Haechan tidak mendengarnya. Kalau tidak pasti lelaki ini makin banyak bertanya. Jihyun memuncungkan bibirnya.
Doyoung kembali bersama dengan dua gelas air, satu gelas itu diberikan kepada Jihyun. Dia membuk kotak ayam goreng itu dan mengambil satu ketul ayam.
Haechan dan Renjun juga turut menikmati ayam itu bersama mereka. Matanya memandang kearah jam dinding.
7.40 p.m.
Tidak lama lagi Jaehyun balik daripada latihannya.
Setelah mereka siap makan, Renjun memberikan isyarat mata pada gadis itu untuk pergi ke luar sebentar, dia mahu berbual sebentar dengannya. Renjun terlebih dahulu meninggalkan ruang tamu itu. Selepas dua minit, Jihyun pula yang keluar.
Haechan dan Doyoung perasan akan hal itu dan mereka tersenyum antara satu sama lain. Bukannya mereka tidak nampak isyarat mata Renjun tadi. Renjun memang tidak pandai menyorokkan sesuatu.
"Kenapa?" Jihyun bertanya setelah dia melabuhkan punggung diatas kerusi kayu di halaman rumahnya. Angin malam yang sejuk itu menerpa kulit wajahnya.
"Aku nak ajak kau keluar esok boleh tak?" Jantungnya mula berdegup kencang semula. Dia seakan terkejut dengan ajakan lelaki itu secara tiba-tiba.
Renjun yang perasan akan perubahan raut wajah Jihyun itu terus mengusap belakang tengkuknya kekok.
"Kalau tak boleh-"
"Bo- boleh!" kata Jihyun sedikit kuat. Tangannya memegang lengan lelaki itu akibat terlalu cemas tadi. Matanya memandang kearah pegangan tangannya itu. Perlahan-lahan dia mengangkat semula tangannya daripada lengan lelaki itu. Malu.
Dia melarikan seketika wajahnya daripada Renjun, dia sedar wajahnya sangat membahang sekarang ini. Dia tidak mahu Renjun sedar akannya.
"Aku nak beli hadiah untuk adik aku, birthday dia dah nak dekat dan aku tak tahu nak beli apa... jadi kau boleh tolong pilihkan untuk aku tak?" minta Renjun teragak-agak, dia agak takut akan menyusahkan gadis itu. Jihyun terus mengangguk setuju dengannya.
"Bawa aku jumpa dengan adik kau nanti. Aku nak bagi dia hadiah juga." Renjun mengangguk setuju sambil tersenyum kecil pada gadis itu.
Jaehyun yang sudah lama berdiri di hadapan pintu pagar rumahnya itu memerhatikan pasangan itu dalam diam. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat mereka berdua sebelum dia melangkah dan membuka pintu pagar.
"Jihyun!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top