22
"Injun!" Kakinya berhenti melangkah. Renjun berpaling kearah gadis itu dan mengerutkan dahinya. Daripada mana Jihyun tahu tentang namanya itu?
"Injun, kau taknak teman aku ke?" sekali lagi Jihyun cuba memujuk lelaki itu untuk tidak pergi. Dia tidak mahu ditinggalkan berseorangan. Dia tidak mengantuk lagi!
Renjun mengeluh perlahan dan berpaling. Dia melangkah kearah gadis itu semula dan duduk disebelahnya. Renjun menoleh memandang Jihyun yang sudah tersenyum kemenangan itu.
"Mana kau tahu nama aku tu?" soal Renjun pelik. Bukan semua orang tahu tentang nama koreanya itu. Hanya kawan-kawan yang rapat dengannya sahaja yang tahu.
"Ouh, aku tengok dalam fail peribadi-" Jihyun menutup mulutnya menggunakan kedua-dua belah tangannya. Dia tidak sedar dengan apa yang dikatakannya tadi. Dia dah bocorkan rahsianya sendiri! Dalam hatinya sudah banyak kata makian terhadap dirinya sendiri.
Renjun tercengang. Fail peribadinya? Maksudnya...
"Dalam bilik guru tu, kau tengok fail akulah kan." kata Renjun dan dia tertawa kecil. Hari itu, dia sedar Jihyun sedang melihat fail seseorang semasa di bilik guru tetapi dia tidak sangka Jihyun melihat fail miliknya.
"Aku bukan- tak aku tak sengaja- aku tak nak buka pun- okey aku buka." Jihyun menjawab pasrah dan mengeluh panjang. Percakapannya menjadi sangat gagap sekarang.
'Bodoh Jihyun.' omelnya sendirian. Dia rasa dia boleh mendapatkan sijil tentang kemahiran membocorkan rahsianya.
"Kenapa kau panggil aku dengan nama itu tiba-tiba?" soal Renjun lagi. Sebelum ini tiada sesiapa termasuk kawannya yang memanggilnya Injun.
"Kau tak rasa ke nama tu comel!" Jihyun berpaling memandang Renjun teruja. Jihyun berdehem kecil dan kembali kearah posisinya tadi setelah perasan wajahnya dengan Renjun agak dekat.
"Comel?" Renjun tergelak. Rasanya sudah banyak kali dia mendengar perkataan comel itu keluar daripada mulut Jihyun. Renjun menggosok tengkuk lehernya gementar. Namun, dia terasa ingin membiarkan gadis itu memanggilnya dengan nama itu.
"Maaf- nanti aku tak panggil-"
"Kau panggil jelah aku dengan nama tu. Aku suka." Renjun memandang anak mata gadis itu dan tersenyum kecil. Melihat senyuman daripada lelaki itu membuatkan hatinya berasa tidak tenteram. Perutnya juga berasa tidak selesa. Seperti ada sesuatu yang bermain di dalamnya.
Jihyun meneguk liur. Tetapi dia masih membalas senyuman lelaki itu.
--
Keesokkan harinya, mereka perlu mengemas dan menyimpan khemah semula. Setelah Puan Lee memberi kata-kata terakhirnya, mereka semua dibenarkan bersurai.
Jihyun mengambil begnya yang terletak di bawah pokok. Heejin masih setia berdiri disebelahnya. Jihyun menarik tangan Heejin untuk pergi daripada situ.
"Jihyun! Jom." Yangyang menjerit memanggil Jihyun apabila dia ternampak gadis itu. Yangyang menyandang beg galasnya dan memandang kearah Jihyun yang masih berbual dengan Heejin.
Jihyun menoleh kearah empat orang lelaki yang sedang memandang kearah mereka. Mereka berdua melangkah mendekatinya.
"Yangyang, aku hantar Jihyun. Aku dah cakap dekat Jaehyun hyung." Renjun bersuara mendatar. Keempat-empat mereka terkejut mendengar kata-kata Renjun itu dan memandang lelaki itu tidak percaya.
Betul ke ini Renjun?
Renjun mengabaikan pandangan daripada mereka berempat dan menyimpan telefonnya di dalam poket seluar. Dia memandang kearah Jihyun dan mengangguk. Menyuruh Jihyun mengikutinya. Jihyun melambai kearah mereka berempat dan berlari anak mengejar Renjun yang sudah berada jauh di hadapan.
"Injun tunggulah aku!" Jihyun menjerit memanggil Renjun. Renjun berhenti dan menoleh kearah Jihyun dan menunggu gadis itu sehingga Jihyun berada disisinya.
Mereka berempat memandang antara satu sama lain. Tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya.
Haechan menutup mulutnya yang ternganga. Jeno masih terpaku. Anak matanya mengekori langkah Renjun dan Jihyun. Yangyang menggaru kepalanya.
"Aku tak salah tengok kan?" Heejin mengumam. Dia menjerit kecil apabila Haechan mencubit pipinya kuat.
"Kau tak mimpi." sambung Haechan dan mengangkat bahu. Heejin menjeling Haechan yang berada disebelahnya.
"dan Jihyun panggil dia Injun-"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top