12
tok tok!
Matanya berpaling kearah pintu biliknya. Bibirnya dikemam. Ragu-ragu dia mahu membukanya.
"Jihyun..." suara garau kedengaran daripada luar biliknya. Sedikit sebanyak Jihyun berasa lega apabila suara Jaehyun yang kedengaran.
Kakinya mencecah lantai dan melangkah kearah pintu biliknya. Tombol pintu yang dikunci itu dipusing dan membuka sedikit pintu. Wajah Jaehyun yang sedang tersenyum terpancul di hadapan pintu biliknya.
Jihyun hanya membuka ruang kecil pada pintu itu, jadi hanya wajahnya yang kelihatan.
"Jom makan, aku dah masak." kata Jaehyun. Senyumannya masih terukir pada bibirnya. Jihyun tahu Jaehyun sedang cuba memujuknya sekarang. Jihyun mengerling kearah jam dinding.
3.40 p.m.
Wah sudah lama juga dia mengurungkan dirinya di dalam bilik. Wajah Jaehyun dipandang tidak puas hati. Dia masih tidak puas hati dengan Jaehyun. Perasaan malu itu masih ada padanya.
"Jomlah~" Jaehyun sengaja melembutkan suaranya sambil mencapai tangan Jihyun dan menariknya perlahan untuk keluar daripada bilik. Jihyun menjeling Jaehyun dan melangkah keluar daripada bilik.
Ya, dia tidak boleh merajuk lama-lama dengan Jaehyun. Nanti dia tiada siapa pula mahu diajak berbual dan nanti dia tidak dapat merasakan katil empuk Jaehyun!
Seperti biasa, Jihyun melingkarkan sebelah tangannya pada lengan Jaehyun. Memeluk lengannya. Sudah menjadi tabiatnya.
Mereka berdua menuruni tangga dan melangkah kearah dapur. Baru sahaja Jihyun mahu bersuara tetapi ia terhenti apabila melihat Doyoung, Renjun dan lelaki berambut coklat yang sudah duduk di meja makan sambil memerhati kearah mereka berdua.
"Lupa nak cakap, diorang makan dekat sini sekali." Jaehyun memandang Jihyun. Jihyun memandang Jaehyun tajam dan memukul lengannya kuat.
"Marilah Jihyun. Kau kan dah biasa dengan aku." Doyoung mencelah sambil tersengih lebar pada Jihyun. Jihyun menggaru kepalanya.
Diantara kawan-kawan Jaehyun, hanya Doyoung yang dia pernah jumpa secara bersemuka. Disebabkan Doyoung sering datang pada hujung minggu jadi secara tidak langsung dia menjadi rapat dengan Doyoung. Jadi Doyoung juga sudah biasa melihat Jihyun dalam keadaan macam pagi tadi.
Kawan-kawan Jaehyun yang lain dia hanya mengenali nama dan tidak mengetahui wajah mereka.
Jihyun melepaskan tangannya daripada lengan Jaehyun dan melabuhkan punggung di tepi Doyoung- dan juga bertentangan dengan Renjun. Jaehyun turut mengambil tempat duduk disebelah Jihyun.
"Jihyun sihat ke?" Doyoung memulakan perbualan. Jihyun hanya mengangguk. Dia jadi malu untuk bersuara apabila Renjun dan lelaki itu memandang kearahnya.
Doyoung yang tersedar akan hal itu tergelak kecil.
"Jaehyun, Jihyun memang tak kenal kawan-kawan kau selain aku ke?" Doyoung bertanya sambil tergelak memandang Jaehyun.
"Eh mana ada. Renjun, Haechan dan Yangyang itu kawan dia." jawab Jaehyun tidak puas hati. Jihyun berpaling memandang Jaehyun dengan terkejut. Maknanya Jaehyun memang sudah mengenali ketiga-tiga mereka!
"Jihyun, kau kenal Renjun ke?" Doyoung berpaling memandang Jihyun sambil chopsticknya dihalakan pada Renjun.
Jihyun menunduk memandang makanan dan mengangguk perlahan.
"Wah, kau tak cakap dekat hyung pun Renjun."
"Hyung tak tanya." jawab Renjun ringkas dan menyambung makannya semula.
Jihyun mengangkat wajahnya sedikit dan memandang kearah lelaki itu. Jihyun segera mengalihkan pandangan matanya apabila matanya bertembung dengan lelaki itu.
"Ouh- saya Mark." lelaki itu memperkenalkan diri dan tersenyum padanya. Jihyun tersenyum kecil dan mengangguk padanya. Ah rupanya dialah Mark. Selama ini apabila Jaehyun menceritakan sesuatu tentangnya, dia hanya mengetahui nama lelaki itu.
"Apa diorang buat dekat sini?" Jihyun mendekatkan dirinya dengan Jaehyun dan berbisik padanya.
"Doyoung memang selalu datang sini kan, jadi Renjun ini rapat dengan Doyoung dan dia saja nak ikut Doyoung datang sini. Aku dengan Mark ada latihan bola keranjang petang nanti, jadi dia saja lepak awal" terang Jaehyun perlahan. Jihyun menegakkan badannya semula setelah mendapat jawapan daripada Jaehyun.
"Jadi kau daripada awal memang dah kenal Renjun lah kan ?" Sengihan daripada Jaehyun itu mendapat jelingan tajam daripada Jihyun
"Jihyun, macam biasa eh, nanti aku datang bilik." Doyoung bersuara sekali lagi. Jihyun hanya mengangguk. Jihyun bangun dan menuju ke dapur sambil mengangkat pinggannya.
Sementara dia membasuh pinggan itu, dia mendengan bunyi derapan kaki menuju kearahnya.
"Bagi pinggan itu pada saya, biar saya tolong basuh." Tanpa berpaling kebelakang, Jihyun berkata. Haruman daripada badan lelaki itu memenuhi ruang rongga hidungnya apabila dia berdiri disebelahnya.
Jihyun menoleh kesebelah. Matanya berkelip beberapa kali apabila melihat Renjun yang sedang berdiri disebelahnya dan dia turut memandang kearahnya.
"Eo- Renjun." Jihyun mengalihkan pandangan matanya secepat mungkin apabila dia tersedar.
"Letak pinggan itu kat tepi. Nanti aku tolong basuhkan." tutur Jihyun tanpa memandang kearah lelaki itu. Renjun mengangguk dan meletakkan pinggannya diatas kabinet putih itu. Keningnya bertaut apabila panggilan 'awak-saya' tadi bertukar menjadi 'aku-kau'.
Renjun masih tidak bergerak daripada tempatnya dan memerhati Jihyun membilas pinggan dan mangkuk itu. Haruman minyak wangi daripada tubuh lelaki itu sedang cukup menganggunya sekarang. Dia seolah-olah terbuai dengan bau haruman yang tidak terlalu manis itu dan membuatkannya tidak dapat fokus.
goodnight!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top