11

Jihyun perlahan-lahan membuka kelopak matanya apabila cahaya matahari mula menyinari matanya melalui celahan langsir. Patung beruang disebelahnya kembali dipeluk.

Sesekali dia merungut dan menggeliatkan tubuhnya. Tangannya mencapai getah rambut diatas meja kecil itu dan mengikat kemas rambutnya.

Dia membuka pintu bilik untuk pergi ke tandas untuk mencuci muka dan memberus gigi. Sebelum itu sempat dia memandang kearah jam dinding yang elok tergantung pada dinding biliknya.

11.58 a.m.

Setelah selesai memberus gigi dan mencuci muka, Jihyun menuruni tangga dan menuju kearah dapur.

Badannya masih elok tersarung pajama yang bercorak kartun We Bare Bears. Kartun itu ialah kartun kegemarannya. Tidak heranlah kalau dia mempunyai banyak barang-barang kartun itu. Pada setiap bilik tidur, termasuk bilik tidur Jaehyun dan Puan Jung juga mempunyai satu patung kartun itu.

Cawan yang bewarna ungu itu diambil. Matanya memandang kearah meja makan.

Roti bakar.

Dia menarik tangannya daripada penapis air itu dan melangkah kearah tangga semula. Roti bakar itu dia akan makan selepas siap mandi.

Matanya memerhati pada sekeliling rumah. Kosong. Puan Jung sudah pergi ke sekolah nampaknya. Katanya ada mesyuarat. Tuan Jung seperti biasa jarang ada di rumah disebabkan pekerjaannya sebagai juruterbang.

Seperti biasa, pada setiap pagi hari cuti rutinnya ialah pergi ke bilik Jaehyun terlebih dahulu. Dia tidak perlu risau sebab Jaehyun sememangnya lelaki yang bangun pada awal pagi untuk berjoging di taman.

Daun pintu bilik Jaehyun ditolak sambil sebelah lagi tangannya menghirup air pada cawan ungu itu.

"Jaehyun~ good mor-" kata-katanya terhenti apabila matanya menangkap figura tiga orang lelaki di dalam bilik Jaehyun. Jihyun terkaku seketika.

"Jihyun." Jaehyun yang sedang berbaring diatas katil itu segera bangun dan cuba mendapatkan Jihyun yang masih statik berdiri di hadapan pintu biliknya.

Mata Jihyun memerhati figura lelaki yang sedang duduk diatas lantai bilik Jaehyun itu. Dia cuba memproses keadaan sekarang. Ketiga-tiga lelaki itu juga memandangnya dengan terkejut

Lelaki yang dia tidak kenal, Doyoung dan- Renjun-- !

"Jung Jaehyun!" Jihyun segera melangkah keluar daripada bilik Jaehyun dan menghempas pintu bilik lelaki itu. Suara jeritannya memenuhi satu rumah itu. Ah dia malu!

Kaki Jaehyun yang baru menyentuh lantai itu terhenti apabila Jihyun segera berlari keluar daripada biliknya dan menghempas pintu. Dia mengigit bibir. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

Dia lupa mahu memberitahu kawan-kawannya akan datang pada pagi  ini.

Doyoung tergelak memandang kearah Jaehyun yang sudah berkerut. Dia juga terkejut dengan situasi yang baru berlaku. Lelaki itu juga dalam keadaan keliru dan Renjun juga terkejut.

Tetapi, persoalan ini lebih menarik perhatiannya. Mengapa Jihyun ada di dalam rumah Jaehyun?

--

"Argh Jung Jaehyun!" suaranya menjerit kecil supaya orang lain yang berada di luar biliknya tidak mendengar. Wajahnya ditekup pada bantalnya.

Dia malu! cukup malu sekarang! Jika boleh, dia mahu memukul Jaehyun sebanyak yang dia mahukan sekarang!

Dengan wajah yang baru bangun daripada tidur dan masih tersarung baju tidur pada badannya.

Jihyun mengusutkan rambutnya apabila memikirkan semula kejadian yang baru berlaku sebentar tadi.

Dia menjerit kecil lagi apabila melihat wajah yang sangat dikenalinya tadi. Kenapa Renjun boleh ada situ? macam mana dia mahu menghadap wajah Renjun di sekolah nanti!

Jihyun mengangkat wajahnya daripada bantal dan menggeleng laju. Lupakan Jihyun, lupakan!

Jihyun mengambil tuala yang tersangkut pada pintu biliknya dan menuju kearha bilik air di dalam biliknya. Pada pertama kali, dia bersyukur di dalam biliknya mempunyai bilik air.

hai!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top