03
"Jihyun." Jihyun mengeluh perlahan. Dia sudah dapat mengecam suara lunak itu.Tidak lain tidak bukan, pastinya Ahreum.
Jihyun mengangkat wajahnya dengan senyuman paksa terukir pada bibirnya. Wajah Ahreum yang sedang berdiri di hadapannya dipandang.
"Boleh tak tolong buatkan kerja rumah Matematik aku? Cikgu nak kerja ini sebelum balik nanti." lembut sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut gadis itu. Seakan seperti pertanyaan. Tetapi tidak. Ia seakan arahan kerana sudah menjadi kebiasaannya untuk menyuruh Jihyun melakukan kerja rumahnya.
Hatinya memberontak kuat supaya tidak menerimanya. Dia masih mempunyai beberapa nota yang perlu dilengkapkan sebelum habis sekolah ini! Namun mulutnya terlalu berat untuk mengatakan tidak! Terpaksalah...
"Okey-"
Belum sempat Jihyun mahu menyambut huluran buku latihan Matematik itu , seorang lelaki terlebih dahulu merampas pegangan buku itu daripada tangan Ahreum kasar.
"Aku rasa aku tak silap pandang." Jihyun memandang kearah milik suara itu. Pemilik suara yang merampas buku itu. Huang Renjun.
Lelaki yang membayar air tinnya tadi!
Jihyun sememangnya mengenalinya. Dia adalah ketua kelas bagi kelas mereka. Jarang dia mahu melihat lelaki ini bermain-main atau bergurau. Dia hanya memasang wajah serius seperti sekarang.
"Tangan kau masih ada, tak kudung lagi . Kau memang nak jadi kudung ke? Atau nak aku patahkan tangan tu?" kata Renjun sarkastik. Bibirnya terangkat. Dia tersenyum sinis memandang kearah Ahreum yang sudah bertukar merah.
Buku latihan Matematik itu dihempas kasar pada meja.
Ahreum berdiam diri. Wajahnya juga sedang menahan geram. Buku latihan Matematik yang dihempas tadi diambil kasar lalu dia berlalu keluar daripada kelas.
"Kau lain kali jangan terlalu naif sampaikan semua benda kau perlu kata 'ya'." kata Renjun dingin sebelum dia kembali ke tempat duduknya.
Jihyun terdiam. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Sebelum ini tiada siapa pernah mengambil kisah tentangnya malah jarang berbual dengannya.
Tanpa sedar , Jihyun tidak berhenti merenung kearah Renjun daripada belakang. Senyuman di bibirnya terukir.
"Terima kasih..." Jihyun berkata perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top